Pengarah juga pelakon terkenal, Syamsul Yusof
selamat bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana dalam satu majlis akad
nikah yang telah diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara
pagi ini dengan sekali lafaz.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil
Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah
RM1,111 tunai tepat jam 10.30 pagi tadi.
Majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua mempelai iaitu Encik Megat
Kamaruddin bin Megat Shamsuddin dan Puan Paridah binti Puteh serta Datuk
Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. Turut hadir adalah ahli keluarga
dan sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis dan selebriti
tanah air. Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang
hantaran daripada pihak perempuan.
Walau bagaimanapun, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada
malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa ditunda ke satu
tarikh yang akan ditentukan kemudian kerana seperti yang sedia maklum
bahawa keadaan kesihatan Syamsul yang masih tidak mengizinkan.
Tahniah semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat
alhamdulillah akhirnya diijabkabulkan.
BalasPadamShamsul ni masih dmm dggi tau..tp alhmdulilah..selamat gak diijabkbulkn..CN start suka shamsul ni lps dia break ngn diana daniele..hehe
BalasPadamwahhhh syamsul dh kawennnn...apa2 pun tahniah la ek utk depa.
BalasPadamPsttt : yg penting abg jebat solo lagi ^___^ hihihi gatai...
Syukur... Ustaz Azhar dtg tak.. =)
BalasPadamSyukur...moga bahagia hingga ke jannah
BalasPadamAlhamdulillah.. sama cantik sama padan...
BalasPadambeb...
BalasPadamn3 ni br ak tgk perkataan2 dia bertindih..hehe
syukur tertunai sudah hasrat di hati.. moga kekal bahagia selamany...
BalasPadamsweet je diorang ni...jeles2..hiks
BalasPadamCatat Ulasan