sape2 dalam famili uols ada masalah mengetap gigi ketika tidur x?
anak iols Arwen tu mmg sllu ketap gigi ketika tidur
Iols mmg xleh tido lau tido ngan dia
Bila dgr dia ketap bibir..terus iols bgn goyang2 pipi arwen tu
barulah dia diam..xdelah tiap2 hari..mslh ni kdg2 je..iols dgr dia ketap gigi pun naik ngilu

Mula2 iols igt itu just perkara biasa yg dialami oleh kanak2..sbb nti dah besar hilanglah tu
tp smlm my hubby ada suh tgk satu video kat youtube dr Ustaz Sharhan Shafie pasal salah satu seseorang itu mempunyai Saka adalah suka sgt ketap gigi ketika nyenyak tidur..iols dgr seram sejuk ok 
boleh tgk video tu kat SINI

Antara lain yg seseorang itu mempunyai Saka ialah: - 

1) Mimpi menyusui baby xkiralah mimpi tgk baby sahaja atau dukung baby
2) Bila bangun tidur didapati ada kesan lebam di badan
3) Rumahtangga bermasalah contoh masalah kecik menjadi besar, anak hyperaktif dan x suka dengar cakap
4) Mengetap gigi ketika tidor
5) Nervous tanpa sebab
6) Sakit bahagian atas belakang badan
7) Sakit yang diserang di bahagian utama iaitu lutut, sendi dan buku lali


Untuk mengelakan dari gangguan Saka boleh diamalkan membaca surah Al-Isra' ayat 82

 Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya


Ok berbalik dr masalah mengetap gigi ketika tidur tadi tu kan secara saintifik dipanggil 

BRUXISM atau lebih dikenali dengan tabiat mengetap gigi selalunya dilakukan seseorang tanpa disedari ketika tidur nyenyak. Biarpun nampak seperti tidak berbahaya dan hanya menjengkelkan orang sekeliling, ia sebenarnya mampu memberi kesan jangka panjang kepada pelakunya.

Ianya bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa

 Langkah mengatasi:


  • Ibu bapa harus peka dan memberi perhatian bagi mengenal pasti sama ada anak mereka mengalami bruxism seperti melihat anak-anak yang sedang tidur di tengah malam bagi memastikan mereka bebas daripada masalah mengetap gigi.

  • Ibu bapa juga perlu memberi perhatian dan mengenal pasti masalah bruxism di kalangan anak-anak apabila anak membuat aduan seperti mereka berasa sakit pada bahagian rahang, tergigit bahagian dalam pipi atau ada anak yang lain mengadu adik-beradiknya membuat bunyi bising ketika tidur.

  • Bruxism mungkin berlaku akibat rasa tertekan, oleh itu ibu bapa perlu berbincang dengan anak, mengenal pasti isu yang dialami anak seperti dibuli di sekolah atau kerisauan mengenai sesuatu dan mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan. Kemungkinan besar masalah mengetap gigi akan berhenti sendirinya apabila anak berasa lebih tenang.

  • Jika kerisauan memuncak mengenai bruxism di kalangan anak dan ibu bapa hilang punca untuk membantunya, bawa anak bertemu doktor gigi terutama sekiranya anak sering mengadu sakit di bahagian rahang.
    Doktor gigi akan membantu dengan memberikan pelindung gigi seperti yang digunakan atlet profesional, yang hanya digunakan ketika tidur pada waktu malam bagi mengelak mereka terus mengetap sehingga merosakkan gigi. Bagi kanak-kanak dan bayi, pelindung gigi biasanya dibuat mengikut bentuk mulut dan gigi supaya ia muat.


  • Didik anak supaya tidak menggigit atau mengunyah apa-apa peralatan seperti pensel, pen, penyedut minuman dan elak beri anak gula-gula getah. Ini kerana tabiat mengunyah sesuatu yang bukan makanan akan membiasakan anak menggunakan otot rahangnya untuk mengetap dan mengisar, seterusnya boleh mendorong bruxism berlaku pada waktu tidur.

  • Cara lain yang boleh dilakukan ibu bapa untuk membantu mengurangkan seterusnya menangani masalah bruxism adalah meletakkan kain yang direndam dalam air suam di bahagian pipi berhampiran telinganya selama 10 minit. Ini bagi merehatkan otot rahangnya setiap kali sebelum anak tidur.

  • Ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka minum air yang cukup sepanjang hari termasuk sebelum tidur. Masalah bruxism sering berlaku apabila tubuh kekurangan cecair.

  • Sediakan suasana tidur yang menenangkan untuk anak supaya dia tidak tertekan setiap kali sebelum tidur. Misalnya memberikan anak susu suam, mandian suam atau membacakan buku cerita yang menggembirakannya.

  • Jangan berikan anak makan coklat atau minuman susu berperisa sebelum tidur. Ini kerana kandungan kafein dan gula dalam makanan itu akan menyebabkannya sukar tidur atau membuatkan tidurnya sedikit terganggu.

  • Selain kanak-kanak, bruxism juga boleh berlaku di kalangan bayi. Oleh itu, bawa anak bertemu doktor kanak-kanak dan maklumkan semua maklumat mengenai waktu dan tempoh bayi anda biasa mengetap giginya. Ini bagi membantu doktor memahami dan mencari penyelesaian kepada masalah itu.

  • Jangan biarkan anak menangis atau meragam sebelum tertidur. Pastikan bayi berasa tenang dengan mendodoi dan mendakapnya rapat ke badan sehingga dia tidur dalam keadaan tenang.

  • Biarpun bruxism selalu berlaku ketika tidur, ia juga boleh berlaku ketika aktiviti yang memberi tekanan pada bayi atau kanak-kanak. Ibu bapa perlu peka dan kenal pasti tabiat suka mengetap dan menggesek gigi pada anak mereka.

  • Sekiranya anak atau bayi didapati mengetap gigi ketika anda membacakan buku cerita menakutkan mereka atau menonton filem seram menakutkan, elakkan perkara sedemikian.

  • Jika anak cenderung menggesek gigi sekiranya sedang bimbang, cuba pelbagai cara untuk membuatkan anak berasa lebih selamat dan tenang termasuk sering mendakapnya dan memberi perhatian sewajarnya apabila ibu bapa sedar dia berada dalam keadaan tertekan dengan keadaan sekelilingnya.

  • Selain kanak-kanak, orang dewasa juga boleh mengalami masalah bruxism. Ia boleh diatasi jika pandai menguruskan tekanan, kurang mengambil minuman berkafein, mandi air suam, minum susu suam serta merenggangkan otot sebelum tidur.
  • 21 Ulasan

    1. K.El, CN pun ada masalah mengetap gigi ni masa tidur tau, tp bukan selalu la, bila penat sangat, mmg ada, CN mmg tak sedar, tapi orang sekeliling yang bagitahu, risau betul bila baca entry ni..huhu

      BalasPadam
    2. baru tahu nih.. ingatkan menangis & meragam sebelum tidur tu perkara biasa

      BalasPadam
    3. I ada masalah ni, skang dah kurang la tapi dulu boleh kata everynight, bangun pagi2 mesti sakit rahang. I notice benda ni akan jadi kalau sejuk, atau bila I stress. Sangat tak vest uols sebab benda ni diluar kawalan.

      BalasPadam
    4. betoi ka el..
      anak2 n laki aku mmg tdoq ketap gigi tu
      tp x der la kerap sgt, sbb time aku sedaq la aku dgr time aku x sedaq x tau la plak depa ketap gigi ka dak.. mmm

      BalasPadam
      Balasan
      1. Hang p tgk video ustaz tu..ustaz tu yg bg tau..iols pun terkejut allahualam

        Padam
    5. Baru tauada kaitan dgn saka..
      Igtkan takde apa ...

      BalasPadam
    6. o...baru tau. Ingatkan ia perkara biasa je

      BalasPadam
    7. Aku alami menda ni masa peknen Aleesya. sampai doktor buat rahang palsu utk aku. sebab aku suka getap gigi time tido. doctor ckp rahang aku tergeliat. adei... tak tau la nak cakap cam na. sakit yaqmat. sampai rasa nak terburai taik telinga

      BalasPadam
    8. family ak tk kot..
      tp kalau bdgkur ada..
      hehe..

      BalasPadam
    9. Walaupun saya skrg berumur dalam 20-an saya tidur masih ketap gigi, hahah
      bermaksud dah 15tahun saya tidur ketap gigi

      BalasPadam
    10. Saya tidur hari2 ketap gigi.. Suami ckp kuat sgt sampai kadang2 dia pegang rahang saya tanak bg berlaga.. Tak pasti kalau ada kena mengena ngan saka sbb so far ok je takde gangguan apa2.. Cuma bila baca entry ni terkejut jugak la huu..

      BalasPadam
    11. baru try2 search malam ni..
      dah tua2 cenggini pun sama laa..
      budak2 dulu x plak dok mengasah gigi nii..haha..jennggg...

      BalasPadam
    12. baru try2 search malam ni..
      dah tua2 cenggini pun sama laa..
      budak2 dulu x plak dok mengasah gigi nii..haha..jennggg...

      BalasPadam
    13. baru search psl bnde nie..sblm nie ignore je..kdg2 suami gtau sy ketap gg wktu😴😴..bnde nie jd pas ada👶👶..bkaitn ngn ustaz tue,wallahu..tnda2 mcm lebam kt bdn mmg ada tnpa tau sbb..😅😅mmpi psl👶👶pnhlh jgk..👦👦hyper tue🙅🙏nk ckp..sbb klu tgk👦👦mmg lasak..pape pon,hope semuanya dilindungi Allah..hnya Dia je yg tau sglenyer..

      BalasPadam
    14. Moga kita semua dilindungkan Allah dari dosa yang kita tahu dan tidak tahu..aminn.
      Huhu

      BalasPadam
    15. Betul ke artikel ni?? Semalam sy kuat ketap gigi smpai husb pegang rahang sy, n siap kejutkan sy tp sy xsedar lgsong..pastu die siap record lg bnyi tu..mmg kuat sgt..boleh katakan tiap mlm mcm tu..

      BalasPadam
    16. Kacip gigi mase tidur xde kene mngene langsung dgn saka..tp bkait rapat dgn pekara yg ghaib..
      Doktor pula,die akn buat mcm2 ksimpulan blandaskn teori..
      Cari la ape2 doa sbelum tido yg boleh manahan gangguan makhluk alam ghaib..Paling mudah blindunglah dgn Allah..InsyaAllah..

      BalasPadam
    17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam
    18. tq el for sharing.. term baru tahu.. Bruxism

      BalasPadam
    19. Anak ammi yg last tu adakala suka tidur kerap gigi

      BalasPadam

    Catat Ulasan

    Terbaru Lebih lama