Pada malam tadi berlangsungnya majlis resepsi
persandingan pelakon Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 40 yang
diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam. Majlis
yang digembar-gemburkan menjadi Wedding of the Year ini berlangsung
penuh meriah dan gilang gemilang dengan tema Taman Ala Inggeris Klasik.
Aturcara majlis sangat ringkas. Kedua-dua pasangan itu melangkah
masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi dengan lagu Cinta
Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadhi secara live. Acara dimulakan dengan
bacaan doa daripada Imam Muda Asyraf Redzuan dan tayangan video majlis
merisik, berinai dan akad nikah. Tiada acara merenjis, majlis ini begitu
sederhana dari segi aturcaranya. Tidak terlebih dan tidak berkurang.
Che Ta tampil dengan rekaan elegan dan anggun mengayakan busana
daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman turut
memperagakan barang kemas bernilai RM11.2 juta. Seramai 500 tetamu
termasuklah keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan media menghadiri
majlis tersebut.
Majlis dimeriahkan dengan nyanyian daripada Fazli Zainal, Ayu Damit
dan Dafi. Sementara itu, antara rakan artis yang hadir ialah Ziana Zain,
Sherry Ibrahim, Tasha Shilla, Azza Elite, Micheal Ang, Rizal Jaafar,
dan Azhan Rani.
Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan
sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam
Khamis lalu. Pelakon popular dengan drama Kiah Pekasam ini telah
menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas
kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang
hantaran sebanyak RM23,000.
sumber
Gambar Pra Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin klik SINI
Gambar Majlis Berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin klik SINI
Gambar Pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin klik SINI
amboi cantik sungguh warna kuning tu ^_^
BalasPadamelegan, grand... apa lagi nak ckp.. mmg world lah...
BalasPadamimpian dia nak dpt 2 org anak asil dr perkahwinan ni, moga jd kenyataan.. amin
cantik giler bj che ta..
BalasPadamtahniah...
pergh ! tapi yang best tu, Che Ta pakai heels, cian zain nmpk 'comel' !hehe
BalasPadamMEMANG TAK NAMPAK UMUR CHE TA TU 40 KAN..
BalasPadamhaha.. tak sabar nak tengok anak deme ni. mesti comel lottey..
tahniah.. smoga bkekalan hingga ke akhirat...
BalasPadamtahniah... semoga berkekalan..
BalasPadamuntung la dapat suami muda.. and untung jugak dapat isteri lawa :D
BalasPadamWow.. ala ala fairy tale yer.. Moga berkekalan
BalasPadamSpeechless... huhu
BalasPadamSuka tengok baju kuning diraja Che Ta, cantik sangat :D
BalasPadamtahniah buat mereka..untung che ta dapat zain..encem..ahaha.. ;)
BalasPadamCatat Ulasan