Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013. Drama Ariana Rose bakal disiarkan pada 31 Disember 2013 selepas tamat Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00malam.

Judul Drama : Ariana Rose
Penulis Skrip : Sofia Eliza
Arahan : Raja Ahmad Alauddin
Penerbit : PenaCreative ( kak Ziela Jalil )
Novel : The Wedding Breaker terbitan Penerbit Karyaseni
Pelakon : Nur Fathia (Ariana Rose), Keith Foo (Tengku Adam Kamil),
Tasha Shilla (Tengku Juwita), Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee, Syatilla Melvin,
Ziela Jalil, Mustapha Kamal (Tengku Mukriz) , Liza Abdullah (Puan Sri Lisdania), Rahim Omar (Tengku Sudin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Anzalna, Wan Sharmila (Linda)
Mulai : 31 Disember 2013
Jadual : Isnin - Khamis,
Pukul : 7.00pm - 8.00pm
Saluran : Slot Akasia, TV3
 
SINOPSIS NOVEL WEDDING BREAKER

Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.

Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.













NOVEL WEDDING BREAKER

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

nota noti: 
iols dah malas nak update n3..ni pun just copy n share with uols..ada byk gak gambar nak share ngan uols tp malas nak edit nak wat watermark bagai nak mengarang bagai huhu 
thx for drop by sini..:)

mgu depan iols cuti seminggu..iols berholiday kat sekolah abg danish n tadika kakak arwen..mama el sgt excited mcm mama el yg nak masuk sekolah ekekeke kbai

10 Ulasan

  1. Tak sabar nak tengok citer ni, mesti ebst sebab pelakonnya pun best :)

    BalasPadam
  2. Waa.. hebat cerita nie... ada tasya shila ..kene tengok tu hahahhaa :P

    BalasPadam
  3. aku slalu x dan nk tgk crita time ni, sbb time tu la kalut nak mandi smbhyg n masak hehee.....

    BalasPadam
  4. review cerita je dah menarik... tak sabar nak tengok.. cerita plaboy itu laki aku tu.. erkkk.. membosankan...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    BalasPadam
  5. telan air lior je la baca sipnopsis hang ni. aku bukannya ada masa nak tengok pong.ntah le masa aku dok habis kot mana pun tak tau.

    BalasPadam
  6. Citer ni memang best rasanya..tapi kan, nape hero dia Keith Foo, alaaaaaaaa...hehehe

    BalasPadam
  7. kita sama2 nantikan nanti macamana drama tu ye..samaada org suka tonton atau tak..

    BalasPadam
  8. assalam dear..lama mama tak bw..hu2..harap citer ni tak boring & kayu macam citer yg lepas aritu..he2.. mama layan jugak citer2 camni.. ;)

    BalasPadam
  9. Salam el...rasa cam dh lama x dtg sini..anak2 akak pun sibuk duk cerita pasal creta ni..diarang dh ada novel tu..kata diarang novel ni lg best dari playboy tu...

    BalasPadam
  10. El, The Wedding Breaker is my favorite novel. I hope they do it right and make it the best!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama