Perkenalan singkat merpati dua sejoli ini telah membawa kepada majlis
pertunangan mereka awal pagi ini. Selepas upacara menyarungkan cincin
ke jari manis Mawar oleh ibu Fizo, Wan Hafizol bin Wan Omar atau Fizo
Omar kini bergelar tunangan pengusaha muda tudung Fareeda, Mawar Abdul
Karim.
Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah
pihak perempuan di Country Height, Kajang dengan dihadiri lebih kurang
300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan
beberapa wakil media.
Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5
dulang hantaran. Manisan antara hantaran iringan melambangkan manisnya
pertunangan pasangan yang sedang disirami kehangatan percintaan ini.
Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 Nov, bertempat di kediaman pihak perempuan, Country Height Kajang.
Majlis pernikahan mereka esok boleh disaksikan secara langsung di program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9.
Tidak pernah menyangka gadis manis yang menghiasi “billboard” Fareeda akhirnya menjadi miliknya. Personaliti Mawar, keluhuran budi juga semangat saingnya dalam dunia perniagaan memikat hati Fizo. Inilah pakej wanita dambaan yang dicari selama ini. Walau hanya melalui perkenalan yang singkat, Fizo yakin memilih Mawar sebagai suri pelengkap kehidupannya dunia akhirat.
GAMBAR PERNIKAHAN FIZO OMAR DAN MAWAR klik SINI
mawar ni memang cantik. sesuai la ngan fizo.
BalasPadamnape bella rasa mawar ni ada iras2 muka bella je kak el? ishh musykil betul >,<
BalasPadamCantik baju tunang Mawar :)
BalasPadamp/s: EL, RBB tu klau dari Penang Bridge terus je sebelum exit Pmtg Pauh akan nampak sebelah kanan ada bangunan baru nama WAKAF SEETEE AISAH
Catat Ulasan