Nampaknya berita mengenai salah seorang selebriti popular dari Britain bakal mengejutkan seluruh dunia dan juga peminatnya.
Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita, dilaporkan bahawa
selebriti yang popular dengan watak Mr Bean iaitu Rowan Atkinson
dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.
Menerusi laporan yang diambil dari laman web Sadabladi.com, Rowan dipercayai terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.
Filem yang diarahkan oleh Nakoula Basseley Nakoula itu mengandungi
fitnah dan isi cerita yang menghina Nabi Muhammad SAW. Ia sekaligus
menimbulkan kontroversi di seluruh dunia sekitar tahun 2012.
Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu,
“‘Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat.
Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan.” – dipetik dari Islampos.com
Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita
ini. Dan khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi
apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.
Kita nantikan sahaja berita penuh sensasi ini. Jika benar ia berlaku,
maka seluruh industri hiburan barat bakal terkesima dengan berita ini.
nota noti: kalau betul..Alhamdullilah
ye, masih tak dapat disahkan lagi kan.. kalau ya, Alhamdulillah.
BalasPadamalhamdulillah kalo betol.. ^_^
BalasPadamberita blom dpt kesahihannya. Kalo belum, kita doakan dia terbuka hatinya..klu dah, alhamdulillah.
BalasPadamAda kawan p bali
BalasPadamJumpa snoop dog kt sana
Dia kata snoop dog dah peluk islam jugak
Errr kenal tak snoop dog? ;)
Baru je baca berita ni tadi. Kalau betul Alhamdulillah.
BalasPadamhaah..ada jugak baca pasal nie..kalau betul..Alhamdulillah..terbuka jgak hati dia nk memeluk Islam =)
BalasPadamKalau betul, Alhamduillah. kalau tak betul, doa kan dia mendapat hidayahNya.
BalasPadamAlhamdulillah.. moga ia sebuah kisah yg benar.. dan akan membuka hati mereka yang lain :D
BalasPadamaminnnn....
BalasPadamjgn jd mcm MJ udah kan...
nak msk islam mcm2 dugaan
Catat Ulasan