Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Elite atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau sekarang
dikenali dengan nama Fiza Halim, 32 sah menjadi isteri kepada penyanyi
kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam AF,
30 pada jam 10.30 pagi tadi bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam
Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan
lengkap.
Pasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah
Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dan majlis dimulakan dengan khutbah nikah
oleh Suhaimi. Pasangan ini yang mengenakan putih ini turut kelihatan
sepadan bagai pinang dibelah dua.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Fiza Elite dan perkahiwinan pertama
bagi Adam AF selepas Fiza Elite pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.
Mengingkap perkenalan Adam dan Fiza
Sejak pertemuan pertama kali pada Ramadhan kelima, hati Adam atau
nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman sudah terpaut & selepas
pertemuan kali kedua Adam meluahkan hasrat untuk memperisterikan bekas
ahli Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim.
Menurut Adam AF selepas melihat gambar profil
Facebook mengenakan hijab yang dimuat naik sangkaan awal Adam bahawa dia
mungkin bertudung kerana lakonan ternyata meleset apabila mengetahui
bahawa Fiza ketika itu sudah terbuka hati untuk berhijab.
“Selepas mengetahui dia sudah berhijab saya terus mengajaknya keluar,
untuk berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah. Tidak sangka pula
pelawaan saya disapa baik oleh Fiza”
“Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah
Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya anggap itulah petunjuk
daripada Allah,” ujar Adam AF.
Tanpa mahu melambat lambatkan proses perkenalan Adam AF lantas
membawa Fiza bertemu keluarganya dan ibunya juga terbuka hati melihat
kelembutan Fiza yang juga pandai mengambil hati keluarganya — mereka
juga tidak kisah akan status janda Fiza Elite.
Keserasian yang ada pada Adam dan juga anaknya turut diakui bahawa
antara sebab Fiza Elite menerima lamaran tersebut
nota noti : 2 hari lepas el bc kisah diorg..mmg terkejut..xsgka diorg ni bercinta n xtau pun yg Fiza ni ibu tunggal..alhamdulilahhh...seronoklah tgk diorg ni kahwin..mmg no publisiti tup2 nikah hehehe..sejuk je mata tgk diorg ni kahwin..smoga bahagia hingga ke Jannah :)
tahniah..
BalasPadamtu la tk sgka adam n fiza..hehe..
alhamdulillah jodoh mereka...
Suka jugak..
BalasPadamMoga perkahwinan berkekalan...
Bersih jek muka adam tu
Teringat bandangan masa dlm af hehe
bagus dorang ni, xde pon gosip2..tup2 dah nikah ..alhamdulilah, semoga kekal ke akhir hayat hendaknya ;)
BalasPadamSempoi jer dorang ni kan, majlis pun simple tak sesak mata nengok. Moga bahagia and Blessed forever.
BalasPadamkalo dh jodoh tak ke mana...
BalasPadamkalo dh jodoh...siapa sangka...
doa yg baik2 utk mereka.
moga bahagia ke anak cucu
BalasPadamsemoga kekal hingga akhir hayar...
BalasPadamisi tabung education
http://www.noormalashahar.com.my
nyue suka cara mereka nie, mrk hebahkn psl nk kawin 2 hr dr tarikh nk kawin.. xde gosip, xde apa2 publisiti murah.. kawin pn pakai simple, cantik dan mengikut islam...
BalasPadamaku la lagi terkejut tenuk beb. mcm caya ngan idak je berita ni. bTW doakan dorang bahagia hingga ke jannah
BalasPadamAlhamdulillah ... Cantik nyer Fiza ... Tak sangka plak dia orang berdua eak ... Semoga berkekalan ...
BalasPadami'm happy for them! semoga kekal bahagia hingga ke Jannah...suka sgt dgn perkahwinan derang yg takde publisiti...dan sgt simple bertepatan dgn syariat Islam :D
BalasPadamcomel depa..sweet...:)
BalasPadamBwp wp wnoe PS wnpw pranpππππππ°π¬ππππ
BalasPadamOf an so enoud Noe odmpenpie e pie enofsp
Woman's body fa PW s pH is ohsp
Adamaf
BalasPadamDSO via BlackBerry from you are HSP ofsno KNVB so that scos bwp
Leno's ap Zhao wrote Spanish language psmos anpa Alva is PS ohsp phenomenon ndl sbsl
BalasPadamIfskafp Noe wp P's SBS Anibal snowboarding oenie pemoe ienwp eidodnieo osoenoskp
Catat Ulasan