Tepung Pelita..sape suka lompat 18x hahaha..Tepung Pelita ni 1st time el buat..ini one of my favourite kuih..saja nak celen diri sendiri  boleh x buat kuih ni..kuih2 mcm ni kan senang je nak buat..tp lau silap skit mmg x jadi

Ahad lepas el cuba wat kuih ni dengan mengunakan resepi dari SINI 

RESEPI TEPUNG PELITA


Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
 sedikit garam

Cara :

Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.


NOTA: 
Sedikit tip untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sudu besar tepung ubi. 
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sudu kecil gula pasir.
Daun pisang ada je kt blkg rumah tu tp malas pulak nak ambil..so el selongkar kat dapur tu dptlah cwn comel tu ngan 4-5 bekas kecik..bolehlah nak letak Tepung Pelita tu hehe
Kaler hijau tu menarik sbb el letak sedikit pewarna hijau..nampak naik seri kuih Tepung Pelita el tu haha 
Cubalah..senang je pun nak watnyer..30minit dah siap uolss :)

21 Ulasan

  1. Sedapnya!! nak wt tak dapek r..petang kang cari! :D

    BalasPadam
  2. mmg mengancam..suka mkn tp tk pernh buat

    BalasPadam
  3. pandainya kau buat el! anak2 aku suka mkn tepung pelita. tp aku beli je. tak penah lak terpikir nk buat sendiri. huhu...

    BalasPadam
  4. ko mmg masterchef la el! pandai tol ko bikin kuih muih...one of my peberet kuih nih...tabik kat ko! :D

    BalasPadam
  5. Makkkk
    Rase cam nak celen diri sendrik gak
    Rase2 bleh ke ek? Saya bab kuih2 ni mesti fail huhu
    Nak try!

    BalasPadam
  6. kuih tepung pelita dengan kuih tako beza ye?hehe...x tau...kite tau makan je

    BalasPadam
  7. fvret aku jugak el...
    kena tgu weekend la klau nk buat...
    sedapppnyerrr

    BalasPadam
  8. fevret suami akak ni tp akak tak penah buat..sbb somi akak jer yg makan sorang. anak2 semua ikut akak kalo bab makan kuih ni, huhu..kena try buat jgk laa, kot...ek?? bkn susah pun resepi dia (kalo tgk resepi el ni la, hihi)

    Tepung pelita ngan kuih limas sama ke?? mm..konpius nama2 kuih ni..

    BalasPadam
  9. mak aku suka buat gak
    dulu la..guna daun pisang..

    eh ye la nk tnya mcm kak Alona gak..
    tepung pelita n kuih limas sm la kan? hehe

    BalasPadam
  10. aku dok konpius ni. kuih pelita ni bukankah hat bawah dia kaler jernih tu ka? hahaha.. sori wei aku memang bukan kaki makan kuih. kami anak beranak pun tak makan. cuma makan sesetengah kuih je. kalau tak de kuih pun tak pa tuk berbuka.


    hat jernih kat bawah tu setahu aku depa guna tepung kacang hijau. ish.. hat mana satu ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hijau jernih lain.. bentuk sama tp lain :)
      apa nama dia... lupa heheheh

      Padam
    2. kan aku dh habaq aku letak pewarna hijau..lau x letak mmg warna jernih harap mklum..hehe

      Padam
  11. pehhh. mengancam betul tengok benda ni siang-siang. haha

    BalasPadam
  12. gulpp..sedapnya..tahan air liur jela tgk tepung pelita ni

    BalasPadam
  13. feberet niii tapi kat sini tak jmpa lagi org yg jual tepung pelita..nnt aku cuba..klu jadi aku share hehehe..kalau dok share tu, tak jadi la ahaks

    BalasPadam
  14. Ok nanti nak try buatlah :)

    TQ sharing :D

    BalasPadam
  15. Anak suka kueh nie, tp biasa beli jer ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama