Selepas berakhirnya drama popular Sebenarnya Saya Isteri Dia minggu lepas, slot Zehra di TV3 sekali lagi menampilkan drama bersiri yang dipercayai bakal mencipta fenomena luarbiasa.
Drama berjudul Kampung Girl lakonan Akim Ahmad dan Nad Zainal
ini mempunyai jalan cerita yang lebih kurang dengan sama dengan
kebanyakan drama yang lain namun bila difikirkan semula, cerita seperti
inilah yang semakin digemari penonton Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, drama bersiri 13 episod ini merupakan
adaptasi dari sebuah novel popular karya Umi Kalsom dan diarahkan oleh
Heykal Hanifah.
SINOPSIS KAMPUNG GIRL
Kampung Girl menceritakan tentang Ashraf Khairi (Akim Ahmad) yang
memberontak apabila ibu bapanya cuba menjodohkan dia dengan sepupunya
sendiri, Ainnur Azmi (Nad Zainal).
Ashraf sememangnya tidak menyukai Ainnur sejak dari kecil lagi kerana
menganggap sepupunya itu hanyalah seorang gadis kampung yang tidak
bekerja dan cuma Menghabiskan masa dengan ayam dan itik.
Namun hakikatnya, Ainnur merupakan seorang graduan luar negara dan
bekerja sebagai guru bahasa Inggeris. Ainnur yang tercabar dengan cacian
Ashraf nekad menerima pinangan ibu saudaranya kerana mahu mengajar
Ashraf yang sombong dan bongkak itu.
Pada malam pengantin, Ashraf secara tak sengaja mendapat tahu yang
Ainnur sebenarnya berpelajaran tinggi. Disebabkan rasa tertipu dan
diperbodohkan, Ashraf tidak mempedulikan isterinya itu selama sebulan.
Masalah bertambah rumit apabila Ainnur mengajar di Pulau Pinang dan
Ashraf bekerja di Kuala Lumpur. Walaupun Ainnur cuba untuk memikat hati
suaminya itu namun ego Ashraf terlalu tinggi untuk menerima kebaikan
Ainnur.
Adakah hati Ashraf akan lembut dan boleh menerima Ainnur ataupun
rumahtangga mereka tidak dapat diselamatkan? Kalau anda nak tahu apa
yang akan terjadi kepada Ashraf dan Ainnur, saksikan Kampung Girl yang
akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam dalam slot Zehra di TV3.
Suka gilak kt akim tu sejak af :)
BalasPadamtgk sikit jer tadi.. tah citer apa ek? hehehe
BalasPadamtak sempat nak layan...sebab gi teraweh...
BalasPadamsuka nad zainal ! ;)
BalasPadamDrama2 skrg smakin mantop. Sebabnya mereka2 yg bikin tuh makin terpelajar dh. Idea2 yg bernas.
BalasPadamkita takde masa nak tengok tv kak byk cite terlepas hukhuk
BalasPadamSiapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati?? haa sapa? sapa? Gadis kampung la bagus, sopan, reti masak, pandai bancuh kopi, buat cucoq, pandai urut, ayam dan itik reti bela dan sebagainya kan kan kan? Cerita nie mesti best kan? is nak tengok lah nanti.
BalasPadamp/s: Hishop dengan save22 untuk el.
dari satu segi bagus juga sebab ia memartabatkan novel2 tempatan. Harap2 byk lagi filem n drama yg diadaptasi dari novel2 popular.
BalasPadamwah macam menarik cerita ni el...lain skit berbanding slot2 sebelum ni~ ohya el...krole ada buat entri murtabak sayur tu..mai la blog...spesel krole bat tuk el huhu~ terharu tak?
BalasPadamsuka akim !! ommel ! hehehe
BalasPadamwahhh mcm bestt nak kena tgk ni
BalasPadamwahhh memang nampak menarik citer nie ;)
BalasPadamada tgk iklan psl ceta ni..
BalasPadamtp entah sempt tgk ke idak..huhu..
cute aje hero + heroin dia..
cam no la kan kalau suami wat derk je selama sebulan. ish.. tak mo ar gitu kan..kan..
BalasPadamcam best je citer ni. saja la tu hang nak ngasut aku suh tengok kan..kan..kan..
hahahaha....
BAGUS KE CERITA NI el....?
BalasPadamAda hilal azman tu....
BalasPadamorg taiping yg aktif kat grup fb @taiping...
Mula2 mcm boring..tpi knp diorg pilih akim jd hero erk?
BalasPadamCatat Ulasan