JUARA VERSUS 2 MANIFESTO TOMOK

Persembahan bertenaga yang ditonjolkan oleh Band Manifesto sekaligus melayakkan kumpulan itu dinobatkan selaku juara pada pertandingan Versus musim kedua yang diadakan di Space U8, Shah Alam, dan siarkan secara langsung di TV9 malam Jumaat 31 Mei 2013 
Manisfesto menampilkan kolaborasi Tomok dan band ini Modread. 


Kolaborasi mereka yang memiliki latar belakang muzik berbeza dalam Manifesto telah mencetuskan kreativiti muzik yang baru dan segar, sekali gus untuk memartabatkan lagi bidang muzik tanah air ke tahap yang lebih tinggi

Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.  Pun begitu, Manifesto dan Kyoto Protocol yang berjaya mendapat undian tertinggi pada malam itu perlu mempersembahkan sebuah lagu daripada kumpulan rock terkenal XPDC sebagai menentukan juara pada pertandingan tersebut.  Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional


Vokalis Manifesto, Tomok yang juga bekas juara One In A Million (OIAM), pernah memaklumkan beliau menerima tawaran menyertai Versus 2 kerana ingin mengetengahkan lagi kreativitinya dalam bidang muzik. Manakala mengenai latar belakang band Modread, band itu ditubuhkan pada penghujung 2008 dan masih aktif sampai sekarang. 
Kumpulan ini pernah menghasilkan dua album Neeruza (2009) dan Pengembaraan Neeruza Ozawa (2012)


El mula2 mmg dah agak kumpulan manifesto yg ketika itu berada tangga no. 4 boleh naik mendadak terus memasuki battle kontrovarsi terakhir vs kyoto protokol

Maybelah kan ramai peminat tomok kat luar sana mengundi manifesto..pengundi pun ramai perempuan hahaha..tuah tomok n anak beliau arrian yg comel tu hehe biasa dia 

Mmg best lah kyoto protokol ni..sllu buat kelainan w/pun vokal si fuad tu mmg out..tp sempoi lah mmg fresh muzik diorg..sgt2 fun n cheeky


Tapi el nak sgt kumpulan Oh Chentaku OCK or Estranged yg akat feat ngan Kyoto
Diorg mmg best..setiap minggu mmg ada kelainan w/pun Manifesto ada juga membawa kelainan tp tuah mmg pada Manifesto..Para juri pun npk sedikit kecewa diorg pun igt OCK akan masok akhir..vokal Myo mmg mantap


Igt kan Estranged vs kyoto sbb tgk carta sms estranged ngan kyoto sama2 fight undian senget tp rezeki x memihak pada diorg papepun Estranged mmg best


Kumpulan Krystal..mmg xleh lari lah dr muzik genre diorg rock
xde perubahan lgsg..lau buat lagu rosak sekali pun sure rock jugak..hailah krystal..ni versus
bkn battle of the rock..mmg kena buat kelainan..cuba lari skit dr genre rock adoiii
papepun kdg2 best gak layan show diorg dalam versus



RESEPI PIZZA HOMEMADE INSTANT klik SINI

4 Ulasan

  1. tahniah lahhh
    akak dok tgk pung !

    BalasPadam
  2. minat OCK juga...

    terjatuh hati plak pada myo tu hahaha....

    tp manifesto pon best...

    BalasPadam
  3. Kyoto the best. Tak bestla Manifesto menang haha tp ikutkan Kazaa yg memang main music ni dia cakap Manifesto layak menang. Bukan sebab Tomok tapi sebab Manifesto memang musician yang power.

    OCK tu bassist dia abang kawan sy si Alea tu kak. OCK tu ok je tapi vocal Myo tu out sebenarnya. Tak boleh nyanti pitching tinggi huhu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama