Bagi anda yang mengikuti drama Cinta Jangan Pergipada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam di TV9, pasti anda akan kenal dengan pelakon yang membawa karakter sebagai Doktor Hud, iaitu Josiah Hogan.


Pada 25 Mei lalu, Josiah Hogan dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berasal dari negeri Pahang, iaitu Nurul Hidayu atau lebih mesra dipanggil sebagai Ayu.

Untuk pengetahuan anda semua, ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Josiah, di mana sebelum ini pelakon tersebut pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Irvine.
 

 Menerusi repon peminat di laman Instagram, ramai antara mereka melahirkan rasa gembira dengan berita perkahwinan ini dan mereka turut memuji kecantikan serta keayuan yang dimiliki oleh gadis pilihan Josiah Hogan. 


 Bagi anda yang masih belum kenal siapakah Josiah sebenarnya, apa kata kita lihat beberapa koleksi foto menarik Josiah dan isteri tercinta selepas ini. 










lawo bini dia..hehehe congrat...semoga berbahagia selalu

5 Ulasan

  1. selamat pengantin baru..moga kasih sayang kekal berterusan hingga ke jannah ;)

    BalasPadam
  2. mamat ni duda ke? lorr..igt bujang lagi..dia macam zain la, muka matsaleh tapi fasih bhasa melayu..haha

    BalasPadam
  3. Kc lum penah tgk cite ni. Best ye El?

    BalasPadam
  4. cerita tu memang x follow... rasa pernah nampak dia ni berlakon... hurmm... comel wife dia... *_^

    BalasPadam
  5. ha'ah...lawa isteri dia ni..molek jer..
    tp josiah ni lakonan dia mcm kaku jer, hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama