‘Karlos’, inspirasi dari kisah benar. Karya terbaru sutradara Feroz
Kader bersama penulis skrip, Sofia J Rhyland ini menampilkan tonggak
utama, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, dibantu
oleh Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy Moin, Ika Zulkifli, Nur Risteena
dan Jay Iswazir.
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid
(Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh
bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya
sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa.
Rashid, seorang kaki judi yang sangat membenci Irwan dengan alasan yang
tidak diketahui. Dendam dan marahnya pada anak ini sampai sanggup tidak
memberikan belanja dan tidak mahu melihat Irwan ketika dia berada di
rumah.
Irwan (Karlos kiri)
Tanpa perhatian dan kasih sayang seperti adik-beradiknya yang lain,
Irwan cuba membina kehidupan di atas kakinya sendiri. Irwan belajar
membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.
Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan
pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan
menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya
menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian dihantar ke
Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari
erti sebenar penderitaan.
Sebagai pelatih baru, Irwan tidak mempunyai kawan. Malah, dia hampir
diliwat oleh Adib (Jay Iswazir) tetapi mujurlah dia diselamatkan oleh
seorang lagi pelatih bernama Kenji (Syazwan Zulkifly). Bagi Kenji,
melihat Irwan seperti melihat dirinya, dia sangat memahami apa yang
sedang dilalui oleh Irwan. Sejak itu, Irwan mula berkawan baik dengan
Kenji dan orang kanan Kenji, Joey. Pada waktu yang sama, Adib menyimpan
dendam terhadap Irwan kerana menyebabkannya dihukum oleh warden. Suatu
hari, Kenji menegur nama Irwan kerana merasakan nama itu tidak sesuai
untuk seorang samseng. Pada mulanya, Irwan tidak dapat menerima hakikat
tersebut namun tidak lama kemudian, Irwan mula menggelarkan dirinya
dengan nama ‘Karlos’.
Kenji dan Joey dibebaskan sebulan lebih awal, kini tinggal Irwan
seorang diri di pusat pemulihan ini. Irwan dibebaskan ketika berusia 18
tahun kerana berkelakuan baik. Dia cuba pulang ke rumah tetapi dihalau
oleh Rashid yang sudah tidak mengaku Irwan sebagai anaknya. Ketiadaan
tempat untuk mengadu dan berteduh, Irwan kembali ke tepi sungai dan
dengan wang yang pernah disimpan dahulu, dia cuba untuk memulakan hidup
baru.
Irwan cuba mencari pekerjaan tetapi oleh kerana rekod jenayahnya,
tiada majikan yang sanggup menggajikan Irwan. Irwan terus berdoa, dia
tidak pernah terlepas bersolat dan bermuhasabah tetapi realiti di dunia
luar ini, Tuhan bagaikan tidak mendengar rintihannya langsung.
Bagaimanapun, nasib Irwan berubah apabila dia bertembung dengan Kenji
yang bekerja sebagai penjual DVD cetak rompak di pasar malam.
Oleh kerana tidak mempunyai pilihan lain, Irwan menumpang di rumah
sewa Kenji dan mereka bekerja bersama-sama. Irwan juga mula selesa
dengan panggilan ‘Karlos’. Tetapi suatu malam, pergaduhan antara Kenji
dan Karlos dengan satu kumpulan lain yang menuntut kawasan berlaku.
Mereka berdua terpaksa melarikan diri sementara. Sekali sekala, Irwan
(Karlos) akan menjengah ibunya di rumah.
Di bawah bimbingan Kenji, demi kehidupan Karlos mempelajari bagaimana
hendak menyamun dan pecah rumah. Dari kedai runcit dan restoran mamak,
mereka sudah berani memecah masuk rumah orang kenamaan demi pulangan
yang lebih besar. Setiap kali mendapat wang, Irwan (Karlos) akan
menghantar sedikit kepada ibunya.
Sekali lagi Inspektor Mahadhir diberi kepercayaan untuk menyiasat kes
jenayah yang semakin meruncing ini. Dia mula membuka fail-fail lama
untuk menganalisa suspek. Ternyata suspek utama sangat sinonim pada
hemat Mahadhir, namun mampukah beliau memberkas penjenayah paling
dikehendaki negara ini? Apakah Irwan atau sisi gelapnya, Karlos
menyedari akan setiap kesalahan yang dilakukan?
Saksikan drama siri slot aksi terbaru Karlos bermula 4 Mac ini,
setiap hari Isnin jam 9.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan
drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran
alternatif menerusi www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter
juga boleh menggunakan tanda pagar #KarlosTV3 untuk sebarang perbualan
dan komen.
nota bijik: uols tgk x mggu lepas...mmg terbaik lah drama ni..el suka giler teknik gambar drama ni..sharp n clear...pelakon2 plak super hebat..pelakon kanak2 pun hebat2 jugak lagi2 watak Irwan..hehehe..Adakah Karlos akan diangkat menjadi Drama Terbaik tahun ini seperti drama Juvana?
ehem mama tgk jugak drama ni !!..tapi kan EL mama ni berjiwa `kakak`2 rasanya drama ni ganas sikit la dear..ha2x..
BalasPadamMacam best drama ni ;D Hee. Tapi hari Isnin? Nak tengok Jodoh pulak lakonan Scha ^_^
BalasPadamSempat hg noh. Ku ni tb main jeling jeling ja la
BalasPadammacam best. bila agaknya karlos nak insaf
BalasPadamok..add this in my to watch list ;)
BalasPadamyeahhh dik ! .. akak sambung ayat bawah tuu
BalasPadammari kita saksikan bersama2 .. sambil makan kopok kering depan TV .. jgn lepaskan peluang ini !!! yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
erkk ..
best cite ni...dh tgk isnin lepas.
BalasPadamKlau jiwa gegirl ni citer ni mcm gaanas skit le.
BalasPadamLas week tgk2 mcm tu je blom sempat nak hayati
kak ellll . bella terlepas nak tengok minggu lepas . cane tah boleh terrrlepas . biasanya , kalau ada johan asari memang bella tak mis tengok . akak tengok tak 'surat dari langit biru' ? perghhh bella mmg addict gila !
BalasPadamP/s: eL, Wild country stok tu je yg ada setakat ni. Berminat ke?
BalasPadammacam menarik..
BalasPadamtp jarang dpt tgk tv3.. hehehe
Karlos ni mcm nama dlm ceta apa tu..Samseng ka?
BalasPadamNamron sangat terbaek! tengok trailer kat tv macam besh je.tahap wajib tengok dah ni uhuk3
BalasPadammacam cite juvana ke
BalasPadamsapa nama pelakon kana2 watak iwan?
BalasPadamCatat Ulasan