BR1M seterusnya mungkin RM1,000 - TPM
PAGOH: Kerajaan mungkin akan
menaikkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga
RM1,000 kepada setiap keluarga yang layak pada masa akan datang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, janji berkenaan boleh dilaksanakan jika
Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat daripada rakyat untuk
menerajui kerajaan.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak memberitahu kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada
rakyat jika Barisan Nasional (BN) masih diberi mandat untuk meneruskan
program transformasi ekonomi.
Pemberian bantuan itu katanya bukan
sahaja berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut
menambah pendapatan negara.
Najib berkata, kerajaan menerusi program
transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita
rakyat Malaysia daripada AS$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada
AS$9,750 (RM30,210) pada penghujung 2011. Perkara itu adalah bertepatan
ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
"Dengan pendapatan yang bertambah,
hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita
lakukan menerusi BR1M 1, BR1M 2.0 dan BR1M 3.0," katanya ketika
menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Johor.
Turut hadir pada majlis sambutan itu
termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar, Datuk
Abdul Ghani Othman, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Ahli
Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menteri kabinet dan
pemimpin parti komponen BN.
untunglahhhh ermmm rezeki jangan ditolak..musuh jgn dicari ahaks
untung ler dapat duit cmtu jer..kter org gomen tggu announce tuk bonus jela..hehe
BalasPadamamboi dr bg rm1000 cmni baik tetapkan gaji bg private sector and gomen. ni rm1000 habis cmtu je. at least gaji tu sampai bila-bila
BalasPadamkat sini ke saya nak check status BR1M 2.0 saya?mohon harap beri penjelasan :P
BalasPadamwahhh..semakin berlipat ganda nilainye..hehehe
BalasPadampergh!...bkn lg durian runtuh camni..kre durian meletop dah ni hahaha!
BalasPadamlps ni naik lg dan lg dan lg
BalasPadamadoi..... jeles haku weihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
BalasPadambestnya kalaulah mama dapat jugak..he2x.. ;)
BalasPadamCatat Ulasan