Sekali terbaca tajuk ini, maka musnahlah segala impian dan harapan
vip-vip di luar sana. Kami pasti, ramai juga lelaki biasa diluar sana
yang sedang patah hati sekarang, kan?
Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi beza umur 10 tahun tidak pernah
menjadi penghalang buat Zain Saidin yang bakal menginjak umur 29 pada
tahun ini untuk mengahwini Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta
ini. Selepas spekulasi demi spekulasi, akhirnya segala persoalan telah
terjawab dan Zain Saidin secara terbuka mengaku bahawa dia kini sedang
merancang untuk menjadikan Che Ta sebagai isteri.
“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” ujar Zain
Menurut pelakon kacak ini lagi, Che Ta sendiri telah pun memberikan
kata putus dan mengaku mereka berdua serius antara satu sama lain.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya.
Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya,
saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin.
Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun
ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta
berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya
ketika ini.”
Tahniah diucapkan pada Zain Saidin kerana dapat memikat hati Che Ta.
nota bijik: bgslah aku pun suka tgk org kawin ni..mengurangkan fitnah dan maksiat ekekeke
mmg padanlah derang tu kan...jodoh ajal semua Dia yang tentukan..sapa kita nak judge!!wekkkkk hahaha
bagus la kalau betui kan..
BalasPadamdoa yg baik2 aje..
baguih lew kalau btl... cepat2 la kawin ...
BalasPadambaguslah...mesti zain dpt hidayah masa gi gaza ari tu.
BalasPadamwaa...akhirnya
BalasPadambaguslah.. Tahniah buat mereka ;)
BalasPadamsila lah supply tisu berkontena kepada VIP VIP di luar sana yang akan menangis. Tahniah kepasa dorang.
BalasPadamhurm.. seswaiiiiiiiiiiiiii
ehem tahniah lah kalau betul !!..suka kan cik ta dpt boy yg muda.. ;)
BalasPadamakhirnya tertutup sudah kontroversi cikta gn vvip :D
BalasPadamCatat Ulasan