pagi2 en. somi el dah belikan 1kg tulang..tp el lak cadang nak msk sambal kari ayam smlm..kita postponed esok je lah wat sup tulang tu..bila belek2..npk satu bungkus gula batu..pelik??nak wat ape ngan gula batu tu..

so gigihlah uols..el msk sup tulang ni..hehe




Resepi Sup Tulang
sumber: KakInaKL

Bahan-bahan
1kg tulang lembu 6 biji bawang kecil (kisar) 4 biji bawang putih (kisar) 1 inci halia (kisar) 1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus) 3 sudu besar rempah sup adabi 1 peket sup tulang adabi 2 biji ubi kentang-potong 4 garam secukup rasa

Bahan tumis
  • 3 biji bawang kecil di hiris halus
  • 1 biji bawang putih di hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
Bahan taburan
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng



Cara-cara
  1. Basuh tulang...masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup.
  2. Panaskan sedikit minyak dan  tumis semua bahan tumisan.
  3. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam.
  4. Masukkan juga sup bunjut adabi dan rempah sup yang telah di campur dengan sedikit air.
  5. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kedalam sup tadi.
  6. Rebus hingga daging empuk sekurang-kurangnya 1-1 1/2 jam (akak guna pressure cooker..1/2 jam dah empuk)
  7. Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang.
  8. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam.  Rasa dulu sebelum tutup api.
  9. Taburlah dengan daun sup dan daun bawang.


1kg tulang tu x cukup lak tuk kami berlima..dah semua hantu daging n hantu sup wakaka
En. somi ku sgtlah suka..kira lulus lah sup tulang ni hehe 



TIPS LEMBUTKAN DAGING

1) time rebus daging nak lembutkan tu...letak seketul gula batu (rebus sekejap)
2) masokan bijik kurma 4-5bj kedalam rebusan daging/tulang
3) ramas nenas dan gaul bersama daging n perap sebelum direbus
4) letak daun nangka dalam rebusan daging/tulang
5) letak sudu dalam rebusan daging/tulang
 6) Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
7) Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.
8) Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.

nota bijik: skun el x rebus pakai gula batu..letak sudu je..:)

45 Ulasan

  1. woo... memang terbaik petua ni. ok nanti aku nak suh cayang aku beli tulang. memang sedap sup tulang. aku shuker..

    kalau buat, buat banyak sikit sebab leh makan bihun sup pulak dengan kuah tu. hahaha..

    thanks el. baru tau kena kisar bawang bagai tu. baru leh pekat. ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  2. perghh terbaik lah koo dik !
    bak mai semangkuk
    akak x pakai tips lembut dagig tuu dik
    sbb masak sop je .. dah memang akan lembut ekeke ;)

    BalasPadam
  3. TERLIUR WEH TENGOK SUP TULANG HANG

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. oo..byk jgk cara nk lembutkan daging ni ye..
    akak tau cuma letak sudu atau daun manggis aje..hehe..

    BalasPadam
  6. thanks kongsi resepi & petua.. :)

    BalasPadam
  7. Thanks kongsi rspi.. Da lma en.suami sya nk mkn sup tulang hsl tgn sya tp bru ari ni dpt cri rspi dri el..ty :-D

    BalasPadam
  8. Sedap nye jd nk buat ah

    BalasPadam
  9. assalamualaikum.- terima kasih, balik ni nak buat sup tulang ikut resepui ni. tulang lembu dah ready...

    BalasPadam
  10. kalau buang air rebusan yg pertama tu hilang ler rasa daging uols..hem dah try..kick sup tulang hilang uols..

    BalasPadam
  11. Logiknya...mmg hilang la kaw tulang tu klu rebusan ptma dbuang.....cmner ekkkk....???? Komen..komen ssper yg dh try.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksudnya buang buih2 pekat air sup yg timbul di pmukaan sup sebab nak buang rasa dan bau hanyir daging, bkn buang semua air rebusan tu...kalau buang semua air sup tu dan ditukar dgn air semula maka nanti tak da la rasa sup daging...

      Padam
  12. saya dah try tip masukkan sudu/camca/garpu semua saya buh masa rebus ngan daging..betol memang lembut sangat2...

    BalasPadam
  13. Xyah la guna gula batu.sya pun ltk garfu je mmg empuk la.bnde dh tntu ade kt umh..sng.

    BalasPadam
  14. sedap nye kak . .kerlassssss punyer sup tulang . .petang ni terus nak buat sup tulang !!!

    BalasPadam
  15. Mksudnya..rebus daging skali dgn sudu ke?

    BalasPadam
  16. Waaa..sdapnye. klau dpt sup gearbox tiptoptu..

    BalasPadam
  17. Yg best tu letak sudu ketika rebus daging tu...hehe

    BalasPadam
  18. nk lmbutkn dging pki periuk tekann..tp mmg best la lmbutny..sdp sgt

    BalasPadam
  19. smlm mil nak masak kari dgg korban..dok bebel2..dgg x lembut2...terus iols ckp mak buh lah sudu besi kecik dlm tu..sekali dlm 15minnit dah masak dah lembut dgg tu :)

    BalasPadam
  20. hihi..teman pon tgh try buat sup tulang ni..masuk sudu ja.utk mkn sorg je sbb ni tahap eksperimen.takda org rumah nk tlg masakkan..

    BalasPadam
  21. Slalu letak sudu kecik masa wat sup tlg atau rebus daging. Mmg menjadi.

    BalasPadam
  22. Thanks 4 recipe.. Tgh rebus tlg daging korban aritu. Nyam3

    BalasPadam
  23. Kalau letakkan sudu pun kena rebus 1 jam jugak ka???..

    BalasPadam
  24. just beli meat tenderizer kat supemarket confirm lmbut..xnak la mkn dging perisa besi

    BalasPadam
  25. Letak panadol pn blh utk lembutkn daging..

    BalasPadam
  26. tak payah lah nak gune sudu,daun nangke atau panadol,,terlalu susah care tu,,,klu nak lembutkan daging pakai bawang labu...untuk 1kg daging/tulang lembu pakai bawang labu 3biji,,potong jd 4 jangan sampai putus,,,tunggu 30 minit daging sdh lembut dan air pun boleh buat sup tak payah buang

    BalasPadam
  27. wow semua otai2 da buat sup...lps nie nak praktik kn la,tq sharing2

    BalasPadam
  28. terima kasih ats perkongsian

    BalasPadam
  29. Saya pun guna sudu masuk dalam rebusan daging

    BalasPadam
  30. Masuk sudu dalam rebusan daging ke?nk kenq tggu brapa lama baru daging empuk ye

    BalasPadam
  31. Terima kasih untuk tips lembutkan daging tu. Biasa buat biji kurma tu je. Yang lain boleh cuba lepas ni.

    BalasPadam
  32. Nak tips lg cepat lembutkan daging..pkai periuk noxxa...hihihi

    BalasPadam
  33. Nak tips lg cepat lembutkan daging..pkai periuk noxxa...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun dah beli noxxa..berbaloi2 ekeke

      Padam
  34. Time2 raya qurban ni la bru merasa masak sup tulang yg fresh..hehe..tq resepi n petuanye ye...

    BalasPadam
  35. Time2 raya qurban ni la bru merasa masak sup tulang yg fresh..hehe..tq resepi n petuanye ye...

    BalasPadam
  36. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  37. Tq for sharing..my favourite food sup tulang..makan dengan nasi putih..wahh..2kali tambah nasi

    BalasPadam
  38. Minah & mamat indun ni apa yg sibuk2 promote kerja2 syirik ni....bawa2 la bertaubat

    BalasPadam
  39. salam perkenalan & follow sini..fav ni sup tulang.. x yah lauk lain dah..hihi


    #1620

    BalasPadam
  40. mantap nih buat menu sahur..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama