Tahniah kepada pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza kerana bakal
menimang cahaya mata lelaki setelah Memey membuat pemeriksaan doktor
baru-baru ini.
Norman Hakim adalah insan paling teruja dan tidak sabar apabila
mengetahui dia bakal melahirkan anak lelaki apabila diberitahu oleh
isterinya yang kini hamil 7 bulan setelah melansungkan perkahwin pada 24
September tahun lalu.
Menurut Memey suaminya memang sudah lama memendam hasrat untuk
menimang seorang lagi anak lelaki lagi selepas mendapat anak lelaki
sulungnya bersama bekas isteri. Anak sulungnya bersama Abby iaitu
Mohamed Danish Hakim, sudah pun mencapai umur 8 tahun dan sangat rapat
dengan Norman bahkan bersama Memey.
“Abang Norman adalah insan paling teruja sekali apabila doktor
memberitahu kami bakal mendapat anak lelaki selain anak-anak yang tidak
sabar untuk bertemu dengan adik baaru mereka,” ujarnya menerusi mStar Online.
Memey yang dijangkakan bakal melahirkan bayi sulungnya pada Februari
depan dan sudah pun merancang untuk melahirkan bayi tersebut di Hospital
Kohilal, Taman Melawati iaitu hospital yang sama dimana tempat
kelahiran anak-anak tirinya sebelum ini.
Menurut Memey lagi, tempoh berpantang akan di jalani di Kuala Lumpur
dan ibu Memey sendiri akan menjaganya sepanjang tempoh berpantang.
Sementara itu, Norman telah pun membuat persiapan bagi bakal bayi
lelaki mereka dan telah memilih beberapa nama yang sesuai untuk anak
yang bakal lahir ini.
hurmmm malas tul nak komen kalau pasal memey nie .. nyampah ! ;))
BalasPadamTeruja ek. Ok la tu. Bagi la chance kat dia tuk teruja. Aku? Tiap kali banak teruja. Kahhhhhhh
BalasPadamoh dpt ank lelaki ek?.. ;)
BalasPadamCatat Ulasan