Pelakon kacak, Shahrizal Jaszle atau Shah Jaszle telah mengikatkan
tali pertunangannya bersama Redzwani Puteri di kediaman keluarga
perempuan pada hari Sabtu yang lalu.
Kedua-dua pasangan ini yang baru menjangkau umur 24 tahun mengambil
keputusan untuk mengikatkan tali pertunangan setelah setahun mengenali
diri masing-masing.
Difahamkan, Shahrizal Jaszle pada mulanya ingin melaksanakan
perkahwinan secepat mungkin, namun diminta oleh ahli keluarga perempuan
supaya mengikut adat memandangkan Redzwani Puteri adalah puteri bongsu
mereka.
Apatah lagi, Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian ijazah
kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan
memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan
Oktober yang lalu.
Pelakon berusia 24
tahun ini mengaku telah mengenali dahulu tunangnya sebelum dia
mempunyai hubungan bersama bekas kekasihnya, Miera Liyana.
“Saya mula mengenali dia (Redzwani Puteri) sekitar 2 tahun lepas.
“Malah ibu kami berdua memang mempunyai hubungan yang rapat.” jelas Shahrizal.
Ditanya bilakah dia akan melangsungkan majlis perkahwinannya,
Shahrizal menjawab, “Kami mengikat tali pertunangan selama satu tahun
setengah untuk membuat persiapan. Lagipun dia masih melanjutkan
pengajiannya.”
Menurut pelakon filem ‘Azura’ ini, dia membuat keputusan untuk
menjadikan Redzwani Puteri sebagai teman hidup adalah kerana tunangnya
sangat memahami dirinya.
“Dia seorang yang pandai berdikari dan sangat penyabar. Dia juga tahu
dan faham kerja saya. Apatah lagi dia tak pernah bagi tekanan pada saya".
nota bijik: ayu cantek n manis tunang shahrizal ni woohooo..doktor lak tu woohoo haha
semoga ikatan ni menjadi satu ikatan kekal abadi ea amin :)
pic 1st tu cantik..
BalasPadamok la dia ber2.nmpk padan
ya dorang ni memang nampak sepadan. tahniah
BalasPadamTahniah..dpt doktor..semuga berkekalan hingga kepelamin..
BalasPadamdoctor muda tue... betoi kata wantie.. mmg nmpk sepadan
BalasPadamCatat Ulasan