Tahniah diucapkan pada pasangan pengantin baru, Khairul Fahmi Che Mat (Apex), 23, dan juga Leuniey Natasha, 21.
Diijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab
Talib, hanya dengan sekali lafaz sahaja Apex dan Leuniey telah sah
bergelar suami isteri sekitar jam 10.25 pagi tadi. Majlis pernikahan
pasangan mempelai ini telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan
di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
Rombongan pihak lelaki yang dihadiri oleh ahli keluarga Apex telah
menghantar 7 dulang hantaran bersama mas kahwin berjumlah RM19,000.
Antaranya ialah kain sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam
tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.
Manakala pihak Leuniey pula telah membalas 7 dulang hantaran berupa kain sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.
cantek kaler baju nikah dorang..
BalasPadamTahniah apex moga kekal slmanya
BalasPadammuda lagi dorang ni noh..
BalasPadamtahniah.
comel
BalasPadamTahniah buat apek & leuniey..
BalasPadamCatat Ulasan