Dengan sekali lafaz, Nasriah Binti Hj. Ngasri atau dikenali sebagai
Anne Ngasri, 28 telah bergelar isteri kepada Setiausaha Kerja,
Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40 di sebuah majlis
pernikahan yang berlangsung di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor,
tepat jam 11:08 pagi tadi.
Mohd Sumali telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul
Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Hj Ngasri Bin Sain
dengan mas kahwin RM 22.50 beserta hantaran berjumlah RM11 111.
Mohd Sumali yang mengenakan baju melayu lengkap bersongket menerima 5 dulang hantaran berupa set wangian Bvlgari, jam tangan berjenama Cerruti 1881, persalinan baju melayu, dan sebentuk cincin.
Manakala, Anne Ngasri yang anggun mengayakan busana berwarna putih
krim menerima 5 dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set
wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan
persalinan wanita.
Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 100 tetamu jemputan turut
menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli
parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.
Mohd Sumali & Anne Ngasri dijadualkan akan mengadakan majlis persandingan pada 23 Disember 2012 (Ahad) di kediaman keluarga lelaki, Pontian, Johor.
semoga berkekalan la hendaknya kan. sian plak tgk anne ni :/
BalasPadamsweet.. semoga berkekalan demi dia dan anak2.. insyaAllah.
BalasPadameh! bukan ke hrtu dia kapel ngn alif aziz??
BalasPadamdah putus kak..tup2 xsmpai bape mggu terus tunang..n skun kawin ngan ahli politik ni hehe
Padamwehhhhhhhhhhhh dah kenapa ngan sumali tuuuu
BalasPadamgemuknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
happy ke ???
waduhhhhhh seeh aku tgk dikkk !
dulu masa dia tunang nampak lahhh slim sikit ..
nie dah rupe org menggah aje nieeeeee adehhhhhhhhhhhh
Tahniah dan selamat pengantin baru buat anne n suami.
BalasPadamTahniah utk dorang..:-)
BalasPadamMudah-mudahan bahagia.
BalasPadamtahniah...jodoh namanya...
BalasPadammoga bahagia
BalasPadamTahniah..cantiknya anne !!..
BalasPadamCatat Ulasan