Buat pertama kali setelah 7 tahun diperkenalkan, Astro Ria bakal menyajikan penonton dirumah dengan sebuah program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia.
Program yang diadaptasi dari program popular antarabangsa ini diberi
nafas baru bersesuaian dengan budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.
Program 13 episod ini akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu
jam 9.00 malam bermula 29 Disember 2012 di saluran 104 Astro
Ria. Dihoskan sepenuhnya oleh pelakon popular, Aaron Aziz, Fear Factor
Selebriti Malaysia menampilkan 30 selebriti popular tanah air yang
dibahagikan kepada 15 kumpulan yang terdiri daripada 2 peserta bagi
setiap kumpulan.
Ezlynn & Nik Michael, Roslan Shah & Azam Pitt, Dazrin
Kamarudin & Hairul Azreen, Hafizul (ON AIR) & Hefny (ON AIR),
Zaween Anwar(Hero Remaja) & Iz (OIAM), Arthur Tan & Celina Khor,
Mejar Dr Faiz & Jehan Miskin, Azri (AF) & Atu (Raja Lawak),
Didie Alias & Norisham Ismail, Akim Ahmad & Farish Aziz, Kaka
Ashraff & Johan Ashaari, Arja Lee & Alam (Wakaka Crew), Dafi
Ismail & Zoey Rahman, Elfira Loy & Ajak (Shiro Raja Lawak) dan
Gambit Saifullah & Aliff Hadi.
Menariknya program ini, penggambaran telah dilakukan sepenuhnya di
Cape Town, Afrika Selatan. Peserta diuji dari aspek ketahanan dan
keberanian beraksi secara lasak selain ketahanan mental dan fizikal bagi
memastikan peserta benar benar layak memegang gelaran juara. Ini
memperlihatkan kesungguhan selebriti selebriti ini beraksi lasak yang
tidak pernah kita lihat ataupun mereka sendiri lakukan sebelum ini.
Pemenang utama akan menerima wang tunai sebanyak RM200,000. Pemenang
cabaran mingguan turut membawa ganjaran wang tunai RM10,000.
Tidak ketinggalan untuk orang ramai yang berminat Astro akan
menganjurkan acara Zon Fear Factor di empat lokasi terpilih, Lembah
Klang, 15 & 16 Disember 2012, Kuantan, 22 & 23 Disember 2012,
Pulau Pinangm 5 & 6 Januari 2013, Johor Bharu, 12 & 13 Januari
2013. Dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama jam 11.00 pagi hingga 3.00
petang. Sesi kedua,jam 4.00 petang sehingga 9.30 malam.
Zon Fear Factor ini akan disertai oleh selebriti selebriti Astro.
Orang ramai berpeluang memenangi hadiah istimewa dari Astro seperti iPad
Mini, iPhone 5, Xbox Kinect dan cenderamata khas Fear Factor yang
bernilai lebih RM 10,000. Jadilah silalah dating beramai ramai bagi
menguji tahap kekutan fizikal dan mental anda.
nota bijik: arrhhh xsabaq lak nak tgk..sure happening yaw!!!
wah macam best je. kene tengok ni :D
BalasPadamkalau aku masok rancangan ni, kompom aku menang! muahahahahahaha
BalasPadamada yg mencabar fizikal dan mental tak? biasalakan, kalau buat kat Malaysia, mana leh makan benda benda pelik tu.
BalasPadamx sabau mak nk tgk nnt..
BalasPadamblum tentu aku dpt tgk sbbnyerr umah aku tue mcm2 channel ada tp ari2 kena buka channel cartoon ja huhuuuu
BalasPadammmg kena tgk nieh..ehhe
BalasPadamx sabar nak tgk nieh ;)
BalasPadamehem..tak sabar nak tenguk aaron aziz sebagai pengacara.. ;)
BalasPadamCatat Ulasan