Kalau sudah namanya suka atau pun cinta, perbezaan umur pun tidak
menjadi masalah, kan? Kalau bukan umur, cukup dengan perwatakan yang
menarik serta keikhlasan hati pun sudah boleh menambat hati insan yang
lain.
Itulah yang diakui sendiri oleh pelakon kacak berusia 28 tahun, Zain Saidin kepada akhbar online tempatan mengenai
perasaannya terhadap pelakon jelita, Rozita Che Wan, 39. Adik kepada
Sasha Saidin ini juga tidak menolak jika mereka berdua ditakdirkan
bersama.
“Dia seorang wanita yang baik dan ikhlas. Jika tertulis ada jodoh
antara kami, saya tidak menolak. Saya akui memang menyukai Che Ta tetapi
lebih daripada itu saya tidak boleh komen.” – Zain Saidin dipetik dari
mStar Online.
Tidak berhenti disitu, Zain mengaku dia sememangnya mahukan Rozita
Che Wan namun hubungan mereka setakat ini hanyalah sekadar kawan biasa.
“Memang saya mahu dan tertarik pada dia tetapi kami hanya berkawan
pada masa ini. Saya tidak nafikan mahu menjalin hubungan melebihi apa
yang kami lalui sekarang. Kalau benar ada sesuatu yang terjalin antara
kami, sudah tentu saya akan berkongsi dengan khalayak,” terangnya.
Baru-baru ini, Rozita Che Wan telah dikaitkan dengan Shah Iskandar,
pelakon yang berganding bersamanya dalam drama ‘Kiah Pekasam’ sehingga
dikatakan menimbulkan rasa cemburu pada Zain Saidin.
terus aku gugel sapalah Shah Iskandar ni..walaweiiiii dia ni ke...woooohooooooo!!!!kacak giler dow...lakonan dia not bad gak... ok ok babai ady putra..i got new bf gelap suda hahaha..org singapore rupanya...model lak tu..pttlah ada style dow haha

nota bijik: ayat memang mahu tu xleh tahan hahaha
hang ni kan el. tetiba je leh tukar BF gelap. nanti gugel lagi jumpa yg ensem, tukar lagi. dan lagi dan lagi.. dan seterusnya.....
BalasPadamkalau jodoh apa slhnya kan..hehe..
BalasPadamCatat Ulasan