OLEH: AJAMI HASHIM
Lagenda Budak Setan 2 ‘Katerina’ (2012) ialah filem sambungan Lagenda
Budak Setan (2010) yang berjaya mengutip lebih dari RM4 juta secara
kasar. Siri tv dengan judul yang sama juga pernah dibikin sebanyak 26
episod disiarkan di saluran Astro Prima (2010).
Nampaknya siri novel karya Ahadiat Akashah tidak henti-henti
diadaptasi oleh industri filem dan stesen TV tempatan kerana keseronokan
kisah novelnya kini boleh dirasai dan direalisasikan di layar lebar.
Selepas kematian Ayu (Lisa Surihani), Kasyah (Farid Kamil) si ‘budak
setan’ kini bergelar duda dan bapa kepada seorang bayi perempuan bernama
Athirah (adik Sharifah Zahra). Mereka tinggal sebumbung dengan abang
kandung Kasyah iaitu Iskandar (Azri Iskandar) di rumah pusaka keluarga
mereka.
Kedengaran seperti sudah aman damai tetapi ribut taufan akan melanda
sekali lagi apabila Kasyah dipertemukan semula dengan Katerina (Maya
Karin).
Tunjang utama filem kali ini ialah kehidupan Katerina yang menjadi
huru-hara semenjak putus tunang dengan Hisyam (Bront Palarae) seorang
lelaki biseksual, juga pada waktu yang sama Katerina jatuh cinta dengan
Kasyah. Sekali lagi pengulangan konflik kisah cinta 3 segi yang tragis
berlaku seperti filem yang terdahulu LBS1.
Seperti novelnya, filem ini juga sarat dan berselirat dengan subplot
yang banyak. Tambahan pula lakonlayar ditulis oleh Ahadiat Akashah
bersama penulis skrip dari Indonesia, Jujur Prananto yang terkenal
dengan lakonlayar filem Ada Apa Dengan Cinta? (2002) menjadikan jalan
ceritanya diperhalusi untuk mengekalkan kronologi dalam novel
‘Katerina’.
Kali ini filem LBS2 mengembangkan cerita keluarga Kasyah iaitu
konflik dengan abangnya Iskandar yang mempunyai masalah sosial
melibatkan gejala jual-beli dadah. Ia kisah adik-beradik yang
menambahkan lagi kerumitan dalam hidup Kasyah. Watak ibu mertua Kasyah,
Mak Leha (Shiela Mambo) masih dikekalkan sebagai kesinambungan keluarga
arwah Ayu.
Konflik dalaman keluarga Katerina juga diangkat untuk memperlihatkan
bagaimana ibubapa Katerina iaitu Sofean (Zulkifli Mohamad @ Zack Kool)
dan Sofea (Marissa Yasmin) secara halus cuba menghalang hubungan
Katerina-Kasyah. Pilihan keluarganya masih berpihak kepada Hisyam bekas
tunangnya. Ditampilkan juga watak Zahirah (Lana Nordin) di tengah
kemelut kekeluargaan Katerina untuk menambah kekusutan.
Secara ringkasnya LBS2 mengulang semula formula filem melodrama ala
Bollywood seperti filemnya yang terdahulunya LBS1. Cuma kisahnya kali
ini lebih dewasa seiring perkembangan usia watak Kasyah yang kini
melalui zaman sebagai seorang bapa dengan komitmen tinggi untuk
membesarkan dan menyara hidup anaknya Athirah. Tiada lagi watak
keanak-anakan atau remaja zaman di kampus dahulu. Konflik yang lebih
berat melibatkan isu kekeluargaan, rumahtangga, zuriat, keturunan,
karier dan hubungan kelamin yang lebih serius menjadi intipati filem
ini.
Kisah terpecah kepada 2 keluarga yang mempunyai masalah dalaman
masing-masing, keluarga Kasyah dan keluarga Katerina dimana apabila
keduanya bertembung tercetus pula orang ketiga iaitu Hisyam. Penonton
akan dihambat perasaan bila satu-persatu masalah dan musibah melanda
kehidupan dan percintaan Kasyah-Katerina umpama mereka sudah jatuh
ditimpa tangga dan ditimpa tangga lagi dan lagi berulang-kali atau
terkena badi sial? Malang sungguh malang!
Secara peribadi, saya suka menonton persembahan para pelakonnya
secara berkumpulan. Farid Kamil dan Maya Karin yang kali terakhir pernah
berganding dalam filem Anak Halal (2007) kelihatan serasi. Bront
Palarae seperti mengulang semula perwatakan gila-gila dan bahaya seperti
dalam filem Jiwa Taiko (2012) dan seolah cuba menandingi watak Azmi
(Que Haidar) dalam LBS1 dahulu untuk sekuel filem ini.
Azri Iskandar dengan penampilan bertubuh gempal dan berjambang pada
awalnya sukar dikenali, juga memberikan lakonan yang meyakinkan. Watak
Athirah lakonan adik Sharifah Zahra mampu mencuri perhatian penonton
kerana beberapa babak yang comel dan bersahaja daapt ditonton dalam
LBS2. Penampilan Siti Khatijah Hassan @ Kat Mentor sebagai watak Lily
iaitu kekasih Iskandar hanya muncul menuju penghujung filem tetapi akan
dikembangkan di sekuel LBS3 (2013) nanti. Tidak lupa juga cameo oleh
Ning Baizura dan Lisa Surihani mampu menguatkan penceritaan.
Namun begitu, LBS2 masih ada beberapa kelemahan kecil dari segi
fungsi sesuatu sekuen babak yang janggal bila difikirkan semula.
Misalnya kunjungan Kasyah & Katerina ke negara Bhutan di Pergunungan
Himalaya sepatutnya atas dasar urusan kerja tetapi babak-babaknya
seperti bercuti makan angin sepasang kekasih seperti pembikinan sebuah
video klip lagu filem Hindustan?
Ada juga beberapa ‘continuity’ filem ini yang mungkin nampak pelik
misalnya babak Kasyah menolak stroller yang diisi oleh anaknya Athirah,
tidak dibawa di dalam LRT dalam babak sebelumnya. Babak Hisyam yang
meroyan gila di pagar di rumah pesakit jiwa disunting sebagai ‘intercut’
di antara 2 babak selepas dia ditumbuk oleh Kasyah seolah suntingan
non-linear yang tidak kena.
Lagenda Budak Setan 2 ‘Katerina’ boleh dikatakan sebuah karya yang
menghiburkan sebagai naskhah adaptasi sebuah novel ke bentuk filem.
Mungkin jalan ceritanya kadangkala bersimpang-siur tetapi masih mampu
tidak menyesatkan pemahaman penonton. Arahan sinematografi oleh Mike
Muschamps berjaya menangkap momen dan latar LBS2 dengan berkesan.
Tiga buah lagu mendayu-dayu dicipta khas untuk LBS2 iaitu Hampa oleh
B’jah, Sejati oleh Ning Baizura dan Cinta oleh Adira. Sharad Sharan
sebagai pengarah LBS2 dan produksi Tarantella Pictures sudah tentu
seronok membaca ulasan saya ini!
Klik SINI untuk melihat Official Trailer LBS2
nota bijik: Ombak Rindu pun aku x tgk g..huh
caya atau tidak.aku takminat langsung FK.berlakon pila apa pun. jadi jahat ka jadi baik ka. memang aku tak minat. ntah le el oi...
BalasPadammemang aku tak nonton la kalau dia berlakon. jahat tak aku
sama aku pon..tah nape kurang berminat FK ni eheheheh...kalo de berlakon jantan paling romantik pon aku tak heran muahahahah
BalasPadamnapa akak dua kat atas ni tak minat FK ? dia ok ape. semmat tauu :)
BalasPadambtw ziiizzzann bestt ! ahhha *lari tajok
شركة تنظيف شقق بتبوك
BalasPadamشركة تسليك مجارى بتبوك
شركة تنظيف سجاد بتبوك
شركة تنظيف بيوت بتبوك
Catat Ulasan