Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, Diana Danielle sah bergelar
isteri kepada Farid Kamil dalam satu majlis ringkas tapi meriah di
Ampang, Selangor pagi ini.
Pasangan ini di’ijabkabulkan oleh Ustaz Hj. Daim Jajuli yang
merupakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak tepat jam 9.15 pagi ini di
Hotel Flamingo, Ampang.
Majlis pernikahan mereka di’hadiri oleh lebih 300 orang tetamu dan
perjalanan majlis akan di’siarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran
104) jam 9.00 malam ini.
Pernikahan Diana Danielle & Farid Kamil hari menjadi perhatian
ramai selepas mereka membuat pengumuman mengejut selepas hanya kurang 2
bulan bertunang.
UPDATE-1: Mas kahwin pasangan ini berjumlah RM10,000.
gambar pernikahan Part 1
gambar pernikahan Part 2
tahniah buat DD & FA..semuga berkekalan hingga akhir hayat..amin..simple je kan..bagus mereka ni tak nak menunjuk2 kemewahan mereka..
BalasPadamwah...bagai pinang di belah dua (",)
BalasPadamTahniah DD & FK... semoga kekal hingga ke syurga.
BalasPadamsweet kan dorang...:)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamCatat Ulasan