Bukan selalu kita boleh dengar Anuar Zain bercakap soal peribadi beliau, lebih lebih lagi perspekstif penyanyi ini dalam mencari teman hidup untuk masa hadapan.
Bercakap kepada media ketika majlis pelancaran video muzik Ajari Aku, Anuar Zain mengakui yang Nora Danish memiliki ciri ciri wanita idaman beliau untuk di’jadikan isteri.
“Nora Danish memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang
feminin dan lembut.
Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan
dengan beliau,” ujar Anuar Zain.
Namun menurut Anuar Zain, hubungan beliau kini dengan Nora Danish
tidak lebih dari sekadar rakan kerja dan masing masing lebih sibuk
dengan hal peribadi sendiri ketika ini.
Dalam majlis sama, Anuar Zain umumkan bakal mengadakan sebuah konsert
solo buat pertama kali selepas 30 tahun karier pada 16 Februari 2013 di
Stadium Putra, Bukit Jalil.
“Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menganjurkan konsert solo
buat semua peminat namun ketiadaan penaja menjadi penghalang — kali ini
saya bergerak sendiri”
Konsert yang di’beri nama Anuar Zain: Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari
adalah kerjasama antara syarikat Anuar Zain & Universal Music.
Tiket tiket ke konsert solo pertama Anuar Zain ini boleh di’dapati
bermula pada 12 Disember 2012 melalui Ticket Charge. Harga: TBA sumber
nota bijik: adakah selepas ni rmi yg akan mnjdi klon Nora Danish wuuuhuuu haha
patt le dia x pinang ko joyah .. dia nak nora danish gituw kan ...
BalasPadamnw nora dh single awat la dia x pinang
taknak cite psl artis nak cite psl akak please renduuuuu
BalasPadamCatat Ulasan