Penyanyi Shila Amzah menolak dakwaan
kononnya dia menerima bayaran setinggi RM100,000 untuk setiap satu
persembahan nyanyian di China. Pun begitu juara Asian Wavve 2012 ini
tidak menafikan bayaran yang diraih disana jauh lebih lumayan
berbanding bayaran di sini. Bagaimanapun Shila berkata, untuk
persembahan di Malaysia mengekalkan harga sama seperti sebelum ini.
"Saya
tak mahu komen pasal tu. Tapi apa yang boleh saya katakan bayaran di
sana lebih tinggi dari bayaran yang saya perolehi di sini. Sebab disana
untuk harga seorang selebriti atau penyanyi, layanannya berbeza.
"Senang
kata, kalau di Malaysia saya ikut harga Malaysia. Kalau di China saya
ikut bayaran di sana", jelas Shila Amzah sekali gus menjawab mengenai
perubahan harga untuk satu-satu persembahannya di masa akan datang.
Shila ditemui di majlis makan malam meraikan kejayaannya di One Hotel, Bandar Utama, baru-baru ini.
Bercerita
lanjut mengenai projek di tembok besar China, Shila yang masih dalam
proses berbicang mengenai kontrak dengan pihak pengurusan disana,
memberitahu ada beberapa undangan persembahan yang telah diatur
untuknya. Termasuk membuat penampilan di konsert penyanyi terkenal,
Eric Mo. Selain dia juga dalam proses memilih satu single Mandarin dan
sedang mengumpul material untuk album terbaru yang akan dirakamkan di
sana nanti.
"Sepatutnya saya akan ke
sana tak lama lagi. Tapi ada berapa urusan yang belum selesai di sini.
Lagipun konsert Eric Moe di tunda sebab kerajaan China adakan satu
konsert di Beijing kebetulan pula pada hari yang sama. Tambahan pihak
kerajaan mereka tak membenarkan mereka adakan konsert lain", katanya
yang akan kembali ke sana sekitar hujung November atau awal Disember
ini.
Dalam pada itu sebagai
persiapan, Shila kini sedang mempertingkatkan lagi penguasaannya dalam
bahasa Mandarin. Malah dia baru ditawarkan oleh sebuah universiti di
sana untuk mengikuti jurusan bahasa.
nota bijik: skang aku lebih suka dgr lagu2 yg dinyanyikan oleh Shila Amzah compare ngan CT... sore dia sgt2 lah unik n sedap hehehe..she so lucky!!!!!!!
all the best to SHila Hamzah
BalasPadamwahhh stiap lagu rm100000?huhu...
BalasPadamnyue pon suka dgr nyanyian shila amzah...huhuhu..
BalasPadamkak el..masihkan akak igt kan nyue ni...maaf la lama xberkunjung ke sini..ke sini..ehehehee
nak jadi PA dia boleh? 10% pun dah consider " mak cik Kayo " aku ni hahahaha....
BalasPadamkak mane pegi. rendu tau :(
BalasPadamSo dah terbukti ada penyanyi lain yang lebih bagus dari CT Nurhaliza...
BalasPadamehem murah rezeki shila..
BalasPadamCatat Ulasan