Tepat jam 3.55 petang, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.

Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara terdekat.












Pihak lelaki iaitu Redza yang memakai baju rekaan Ezuwan Ismail telah menerima 13 dulang hantaran berupa jam, set mandian, laptop, manisan, kek, kurma, dompet, kacamata, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, sireh junjung dan cincin kahwin manakala Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture telah menerima 11 dulang hantaran berupa jam tangan, kek, manisan, set penjagaan kulit, set mandian, tas tangan, kain, coklat, sireh junjung, wang hantaran dan cincin.

Turut hadir di majlis pernikahan ini termasuklah selebriti Diana Amir, Misha Omar dan Heliza Helmi sebagai pengacara.

Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie akan berlangsung pada 1 Julai, Ahad ini di MAEPS, Serdang jam 8 malam.

sumber
sumber


gambar PERSANDINGAN Irma Hasmie klik SINI
gambar PERKAHWINAN Irma Hasmie klik SINI

nota bijik: hensem siot laki dia hahahaha...tahniah both of u..smoga bahagia hgga ke shurga :)

9 Ulasan

  1. cantik nor si Irma tu. then husband dia pown hensem. fadan bebenor deme ni yer. Tahniah

    BalasPadam
  2. memang sama cantik dan sama padan

    BalasPadam
  3. sbaik ade update..aku skrg klu dgr desus2 sal artis je tru kesini.. kdg2 kalah btfulnara blog ko ni... pantas tuntas ko kn?! ni sbaik ade update pasal die.. klu x, aku kasi gegar blog ni ;p ahaks

    btw smoga jodoh berpanjangan sehingga ke SyurgaNya. suhweeeeet angat uwe2!

    BalasPadam
  4. sweet sgt mmg berseri seri..tahniah!!

    BalasPadam
  5. Tahniah buat irma & pasangan.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama