Diam tak diam, program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sudah pun
memasuki musim ke-19! Program kali ini cukup istimewa kerana bukan
sahaja menampilkan 4 segmen menarik dalam memperkenalkan tempat dan
restoran yang patut dikunjungi, malah para penonton juga akan ditemani
dengan seorang pengacara baru yang tidak asing lagi di dalam industri
seni tanahair.
Selepas Shiha (Mentor 5) bergandingan dengan Iqbal Mazlan (Pilih
Kasih) sebagai perantara musim lalu menggantikan Qushairi Razali (Qi),
nantikan pula kemunculan pelakon muda popular Iqram Dinzly merangkap
hos musim baru JJCM yang akan mula bersiaran pada 1 Julai 2012.
Mulai 1 Julai ini, setiap episod mingguan akan membuka tirai dengan
segmen pertama yang dikenali sebagai ‘Lain Macam’ yang akan membawa
para penonton dan penggemar makanan ke beberapa buah restoran tempatan
termasuklah tempat makan menarik yang menyajikan makanan enak dan
istimewa di samping mempelajari cara menyediakan serta rahsia keenakan
setiap juadah pilihan.
Ikuti penggembaraan Iqram yang akan membawa penonton menjelajah ke
destinasi selera bukan sahaja di sekitar kawasan Lembah Klang malah di
negeri-negeri seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau
Pinang yang cukup sinonim dengan resepi unit serta juadah tempatan yang
selalu dijadikan sebagai menu pilihan pencinta makanan.
Musim ini juga lebih menarik kerana setiap lokasi yang dikunjungi
mempunyai cerita unik yang tersendiri seperti yang cuba ditampilkan
menerusi segmen kedua, ‘Siapa Itu?’ di mana Iqram akan ditemani oleh
seorang artis atau selebriti jemputan di dalam setiap episod mingguan.
Aiman Hakim Ridza, Wan Sharmila, Izreen Azminda, Adam Shah adalah di
antara yang bakal membuat penampilan khas dalam JJCM kali ini.
Saksikan bagaimana gelagat Iqram melayan kerenah para peminat dan
penonton bertuah yang telah dipilih untuk tampil dalam segmen ketiga
JJCM yang dikenali sebagai ‘Jemput Makan’. Dalam setiap episod yang
dipaparkan pihak produksi JJCM akan memilih seorang tetamu jemputan
khas menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM atapun para peminat yang
sering menghantar emel untuk memberi komen ataupun cadangan kepada
program JJCM. Menariknya, mereka yang terpilih juga boleh membawa
pasangan masing-masing ataupun ahli keluarga untuk menemani mereka
merasai sendiri kelazatan juadah di restoran dan kedai makan yang
digemari ataupun baru pertama kali dikunjungi.
Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM,
‘Singgah’ yang akan memaparkan kedai makanan yang unik dan lain
daripada kebiasaan seperti warung kecil popular ataupun gerai
berkonsepkan santai dan ringkas di tepi jalan termasuklah restoran
bergerak seperti lori “dapur bergerak” yang terletak di jejambat Pusat
Bandar Damansara yang mampu menyajikan makanan untuk 1,000 pelanggan
dalam satu-satu masa.
Pastikan anda berada di depan televisyen untuk menyaksikan musim
baru program Jalan-Jalan Cari Makan, setiap Ahad, 12.00 tengahari,
bermula 1 Julai 2012. Selain itu, para peminat juga boleh melayari
laman facebook iaitu Jalan Jalan Cari Makan dan menontonnya melalui
laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my
nota bijik: biar betul si Iqram ni jd hos baru JJCM..ha xde org lain ke..
sejak si Shiha ngan pasangan dia jd hos..aku xminat dah tgk JJCM w/pun b4 ni mmg peminat tegar JJCM taim si Qi jd hos...
cer amek Jehan Miskin tu ke..not bad gak..lawak gak dia..ha Dato Fazley tu ke...Zizan ke..
Siti Sara pun ok...ha hos 'Best in The World' tu sape eh Razif..cool gak
yelah kita xmo borin2 tgk food2 ni..nak enjoy betul x..hahahaha
ok ok weols tgk dulu caner Iqram jd hos..kalo x best..kita tulis surat layang boikot JJCM
kahkahkahhhhhhhhhhh
ok ok weols tgk dulu caner Iqram jd hos..kalo x best..kita tulis surat layang boikot JJCM
kahkahkahhhhhhhhhhh
Razif 'Best In The World'...dia ni mmg kelakar gilasss
sng amek aku je lah..boleh?lalalalala
yeay!!! akhirnye abis gak musim si shiha ngn mamat tu..xminat lgsung nk tgk JJCM sbb diorang jd hos..
BalasPadampaling best Qi laaa...
tapi klu bg si Razif ni tgkla smpai berpeluh2 die..haha..
hakak saye ni jgn bg jd hos..kang xckup sejam siaran kang..haha
eee tak sukanya. elok elok si Qi tu pg tukar org lain. haha best in the world tu mmg sampai melelh air liur tgk dia mkn haha. kak el apa kata kita 2 org jd hos kn kita suka mkn haha
BalasPadamadoiiii berisilah c Ikram tu nanti. Sapa2 jadik hos JJCM atau rancangan makan2 ni konfirm berisi. Hehehehe
BalasPadamehem yg best & sesuai jadi pengacara JJCM tu serina@ maria tengku sabri !!!yg lain2 mama tak berkenan..hikk2x..tak menarik dah..apasal lah penerbit JJCM ni?..ahaha..tukar2 pengacara terus tak best !!!..
BalasPadamha betul tu mama...serisna..maria n qi mmg sesuai..
Padamskang ni tgk hos baru2 ni ntah hape2...xenjoy lgsg tgk JJCM
w/pun food dia sedap tp kalo hos tu xreti nak amek hati penonton...ikut sedap theyol je..ha bosan kan mama..hahahaha
amek DD alias or raja azura pun sempoi gak..derang kan lawak hahahaha
last haku tgk JJCM mase si Qi jadi hos..pastu terus tak layan dah sebab haku dah sibuk dengan JJCM haku plakk...huhuu
BalasPadamRazif mmg best jadi hos.....kne dgn mood nak mkn..heheh
BalasPadamshiha n mamat buat kita down nk tgk jjcm..borink kot !
qi bleh la2....
dah lama tak tengok JJCM ni.. dulu taim maria rajin gak tercangak depan tv.
BalasPadamaku suka maria sorang je. qi pun aku tak minat. tapi pehal nak suka ke tak suka. bior le kan, kalau letak aku jadi hos. mau jahanam jjcm tu.
BalasPadamwahhh... dia wajib wat aksi lazat tau bila mkn annti ahhaha
BalasPadamuntunglah kalau dapat progrm jjcm nie..iqram agak2 sesuaitak??sama2 kita tgkjerlah
BalasPadamaah macam x caya iqram lak jadi hos .. boleh ke ?? huhu
BalasPadamakk dah lama x tgk .. entahlah , rasa macam x best aje uuhuh
masih suka dgn pengacara asal. sapa nama, mariah tengku sabri kan? hehehe
BalasPadamdh lama x tgk JJCM ni, x best mcm dulu, huh...
BalasPadamsemalam dah tgk jjcm..not bad iqram jadi host..tgk dia makan...sampai telan air liur..good job..
BalasPadamCatat Ulasan