Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Norizal Aminudin, 46
tahun dikhabarkan akan berkahwin dengan seorang jejaka yang mempunyai
kerjaya sebagai juruterbang bagi sebuah syarikat penerbangan swasta
pada 7 Julai ini di kediaman perempuan berlokasi di Klang, Selangor.
Memetik laporan rakan media, Murai,
Ella & jejaka yang dikenali sebagai A itu telah dilihat menghadiri
kursus kahwin di Pusat Bandar Damansara pada 3 & 4 Mac yang lalu.
Pelontar suara Baldu Biru ini walau bagaimanapun masih belum
mengesahkan sebarang berita mengenai perkahwinan ini. Pada OHBULAN,
sekiranya apa yang disampaikan oleh saksi adalah benar, apa salahnya
Ella mengaku. Perkara elok tak baik disorok, kan?
Ella merupakan salah satu penyanyi wanita yang berjaya memecah rekod
sebagai Bestselling dengan jumlah jualan mencecah 300 000 ribu semasa
zaman kemuncaknya melalui album Ella USA. Jasa Ella dalam mengharumkan
nama Malaysia di persada dunia mendapat penghargaan oleh Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan penganugerahan Pingat
Jasa Kebaktian pada tahun 2003. Selain itu, Ella turut menerima Pingat
Setia Mahkota Pahang pada tahun 2010.sumber
nota bijik: aku kalo g karok kan suka sgt nyanyi lagu2 ella
yg best lagu dia..NURI..GEMILANG...PERMATA BIRU
asyekkk sggh...eh sengol2an pun aku bedal gak..mas idayu rempittttttttt
wakakakakakaka
molek le tu kawen. lelama sengsorang pun idak best benornya.
BalasPadamkawin ar baru best. baru l ghork!!
cayala ella...aku pun sama minat sgt dgn ella hehe
BalasPadamSemoga berbahagia lah. Bila dh berumahtangga ni jgn cerewet2 sgt, hehe..
BalasPadamehem tahniah buat ella..dia tak jemput org klang ke?..ahaha..
BalasPadamCatat Ulasan