SINOPSIS JANJI JUJUR SEPI : Mengejar cinta Dhea lakonan Neelofa bukannya mudah. Apatah lagi Dhea
menganggap Andy (Beto Kusyairy) seorang lelaki yang amat menjengkelkan.
Bagaimana pun, usaha Andy untuk memikat hati Dhea berjaya setelah
membuktikan keikhlasannya untuk menjadikan Dhea sebagai kekasih hati.
Apabila perasaan cinta di antara mereka kian mekar, Andy terpaksa ke Perth, Australia, untuk menemui rakannya, Johan (Shah Iskandar).
Johan merupakan rakan Andy sejak kecil lagi di mana ketika mereka
berusia 6 tahun, Johan telah menyelamatkan Andy yang yatim piatu dari
hidup jalanan, membawanya pulang ke rumah dan melayannya seperti
keluarga sendiri. Oleh kerana ini, Andy amat terhutang budi dengan
Johan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk sahabat hidup matinya itu.
Sebelum ke Perth, Andy telah berjanji dengan Dhea untuk kembali ke
pangkuannya selepas 7 hari tetapi setelah berjumpa dengan Johan dan
mengetahui tujuan dia memanggil Andy ke sana, Andy kini tahu dia
tersepit di antara dua jenis dilema yang berbeza. Johan sebenarnya
menghidapi penyakit genetik yang menjejaskan kawalan otot dan mendorong
kepada kemerosotan pemikiran. Apa yang menyedihkan adaalah penyakit ini
tidak mempunyai sebarang penawar dan Johan memang tidak dapat
disembuhkan.
Apabila Johan mendapat tahu dia menghidapi penyakit ini, dia berfikir masak-masak dan ingin Andy menjaga teman wanitanya Vee (Izreen Azmindar),
sebaik mungkin. Andy terasa berbelah bahagi kerana saat ini dia sedang
leka dibuai cinta Dhea. Oleh kerana terhutang budi kepada Johan, Andy
terpaksa mengotakan janjinya untuk membahagiakan Vee.
Kini bermulalah penipuan demi penipuan oleh Andy. Dia memberitahu
Vee bahawa Johan telah pulang ke rumahnya dan ingin memutuskan
hubungannya dengan Vee. Vee begitu terluka dengan keputusan Johan. Bagi
Andy pula, percubaan untuk membuatkan wanita jatuh cinta padanya adalah
sememangnya sulit dan percubaan untuk membuatkan wanita yang terluka
agar jatuh cinta terhadapnya adalah berganda sulitnya. Apa yang
membuatkan situasi ini lebih mustahil adalah Andy memang tiada perasaan
terhadap Vee tetapi terpaksa melakukannya tanpa kejujuran kerana tiada
pilihan lain.
Pada masa yang sama, Andy tetap mencuba sedaya upaya untuk bertemu
dengan Dhea. Andy hidup dalam dua dunia dan dia tahu suatu hari nanti,
semuanya pasti akan terbongkar… Apakah Andy akan mengotakan janjinya
terhadap Johan untuk membahagiakan Vee atau adakah dia akan mengikut
kata hatinya untuk bersama Dhea?
Pastikan anda menonton kesudahan telefilem Janji Jujur Sepi menerusi Skrin Di TV9 pada 13 Jun ini (Rabu) jam 8.30 malam!
Aku suka weh beto tuh.. Izreen ni pong..
BalasPadamKo ni suhweet la.. Nnti ceq p anto budu kat ang naah?
Wahh Neelofa~~
BalasPadammesti drama ni sgt2 sedih.. huhu..endingnyer msti komplikated ni
BalasPadamwaaahhh..makin bertambah list bg orang yg xde astro cam adik ni..haha
BalasPadamehem..nanti mama layan..hikk2x..
BalasPadamCatat Ulasan