PUTRAJAYA: Pembidaan
untuk plate nombor pendaftaran kenderaan bermula dengan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" hanya
bermula pada 30 April tetapi nombor giliran hampir habis dijual.
Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata
tidak banyak lagi nombor giliran yang tinggal terutama bagi hari
pertama dalam tempoh 14 hari bidaan.
"Ianya benar-benar laris macam goreng pisang panas.
"Kami memutuskan untuk menjual nombor giliran lebih awal untuk mengelakkan kesibukan dan kesesakan di kaunter," katanya.
Nombor
giliran diperlukan bagi orang ramai yang ingin mengemukakan bidaan
mereka untuk nombor pendaftaran dan dijual pada harga RM10 setiap
nombor.
Bidaan hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Kuala Lumpur di Wangsa Maju, Bandar Sri Permaisuri dan Maju Junction.
Mohd
Nadzri berkata satu nombor giliran adalah sah untuk satu tawaran bidaan
sahaja dan meramalkan bahawa nombor pendaftaran "WWW" boleh menarik
tawaran setinggi RM500, 000.
"Kami telah menerima beberapa tawaran bidaan melebihi RM400, 000," katanya tetapi enggan mendedahkan nombor tersebut.
Kementerian Pengangkutan menjangkakan plate nombor pendaftaran "WWW" bakal memecah rekod sebagai yang paling mahal.
Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata salah satu sebab orang
ramai begitu berminat dengan nombor pendaftaran ini ialah kerana ia
adalah singkatan di Internet atau "World Wide Web'.
"Berdasarkan
minat yang ditunjukkan, kami percaya nombor pendaftaran ini tidak akan
hanya menjadi rebutan, tetapi akan mencatat rekod untuk harga tempahan
tertinggi.
"Nombor "angka tunggal" seperti WWW 1, WWW 3, WWW 8 serta WWW 11, WWW 33 dan WWW 88 dijangka akan menjadi rebutan," katanya.
Bidaan
tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan di negara ini setakat ini
adalah MCA1, dibeli dengan harga RM300,100 pada tahun 2010, mengatasi
rekod sebelumnya dikeluarkan di Terengganu sebanyak RM242, 000 untuk
nombor pendaftaran TAY1
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan
dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14
Mei depan.
nota bijik: byk2 no plate WWW ni kan
aku suka WWW 31 sbbnye...31 tu cam EL la kunun E tu 3...1 tu L
cantek gak kan hahahaha...kamoo org ada no plate cantek ke?
humang aih ...sampai ratus ribu nak beli plet nombot huhuhuuuu ..
BalasPadamx kesah sgt no plat.. janji ada jer.. x sanggup nak beli mahal2. heheh
BalasPadamwww mmg comel kan?
cukup lah gnes www.gnesop.com yg dah ada.. hehehe
rasa paling ramai bid number WWW 888 :)
BalasPadamMasa mak nk beli cik debab putih tu, mmg ada gak terdetik nk tunggu no plat WWW kuar, baru nak pki keta. Tp bila dihitung kira lbh kurang 1 thn lg baru smpi no 2, heh..berjaman lg mau tunggu
BalasPadamSementara nak tunggu plat www tu, cik debab mak yg dah pki 1 thn nih pun dah luncai. Hua hua hua
Woo...tak sanggup ler nk speselkan no plat kete..hehe..
BalasPadamCatat Ulasan