PASANGAN bakal pengantin ini bersama anak angkat mereka, Muhammad Adam Emir yang di bawah jagaan Misha sejak usianya enam bulan.
MISHA Omar antara penyanyi yang jarang berahsia tentang kerjayanya
dan juga jejaka pilihan hatinya. Penyanyi berasal dari Kota Bahru,
Kelantan itu misalnya, telah mengumumkan pertunangannya dengan Firos
Ezzwan Rossly pada 21 Februari lalu.
Sayangnya, tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan
selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa ditunda pada tahun
depan kerana sebab tertentu.
Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar sekali lagi tidak berahsia
tentang masalah tersebut. Malah turut menjelaskan kepada media massa
mengapa dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya itu.
Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia terpaksa menunda tarikh
perkahwinannya pada tahun depan bagi memberi peluang kepada bakal
suaminya yang kini sedang menjalani latihan sebagai juruterbang di
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
“Tarikh perkahwinan ini ditangguhkan sebab kerjaya bakal suami saya.
Buat masa ini, saya tahu dia (Firos) sedang stress (tertekan) kerana
sedang menjalani latihan di MAS. Sebab itu, saya tidak mahu dia terus
stress. Biarlah dia habiskan latihannya terlebih dulu.
“Saya tidak mahu kahwin dalam keadaan terburu-buru dan dalam keadaan
yang kelam kabut. Saya juga tidak mahu dia terus bergegas menyambung
latihannya sejurus selepas bernikah nanti. Lebih baik dia selesaikan
latihannya itu sebelum majlis perkahwinan diadakan.
“Kami mahu suatu permulaan yang baik termasuklah sewaktu majlis
perkahwinan kami itu nanti dan ia dalam keadaan yang tenang," katanya
sewaktu ditemui pada majlis pengumumannya sebagai jurucakap barangan
kosmetik Shiseido di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Bunga-Bunga Cinta
itu, dia menganggap penundaan tarikh perkahwinannya itu sebagai salah
satu dugaan yang harus ditempuhinya. Namun Misha berkata, itu bukanlah
dugaan yang terbesar dalam perhubungannya dengan Firos.
Sebaliknya, sejak menjalin hubungan dengan tunangnya itu pada tahun
2007, Misha pernah dilanda pelbagai cabaran termasuklah pihak lain yang
cuba menggugat perhubungan mereka. Semua itu akhirnya berjaya ditempuhi
dengan adanya persefahaman di antara mereka.
“Sejak mengenali tunang saya itu lima tahun lalu, macam-macam dugaan
saya tempuhi tetapi kami sama-sama yakin dan berusaha mencetuskan
persefahaman di antara kami. Antaranya pernah muncul orang ketiga di
antara kami yang mahu menganggu perhubungan kami.
“Baik saya mahupun dia masing-masing pernah ‘didekati’ oleh orang
lain biarpun tahu kami sudahpun berpunya. Tetapi semua itu berjaya kami
hadapi dengan baik. Sekarang kami menuju ke arah yang lebih baik. Hati
saya juga semakin tenang dengan adanya lelaki seperti dia.
“Dia seorang yang jujur dan banyak menyokong saya dari depan dan
belakang. Saya berharap perkahwinan kami nanti akan berjalan lancar di
mana saya hanya impikan sebuah majlis yang ringkas. Walaupun ia majlis
tertutup tetapi kami tetap akan menjemput media," ujarnya.
Tunang Misha akur
Bagi Firos Ezzwan, 29, pula, dia menarik nafas lega apabila
kesibukannya menjalani latihan sebagai juruterbang MAS mendapat
perhatian daripada Misha. Dia menganggap penangguhan perkahwinannya
dengan penyanyi itu membuka ruang untuknya lebih tenang sebelum
bergelar suami.
Jelas bekas pelajar bidang mekanikal dari Tsurioka Technology
College di Yamagata, Jepun itu, dia tidak menduga kursus dan latihan
yang disertainya itu berlarutan dari enam bulan menjadi lapan bulan.
Namun dia akur dan sanggup melewatkan perkahwinannya demi kerjayanya
itu.
“Buat masa ini saya sedang menjalani latihan untuk mengendalikan
pesawat Airbus 380 MAS sejak dua bulan lepas. Pada mulanya kursus itu
selama tiga bulan tetapi ia berlanjutan sehingga lapan bulan.
Sepatutnya, majlis perkahwinan kami itu dirancang pada September tahun
ini.
“Tetapi oleh kerana saya perlu menghabiskan kursus dan latihan ini
di Subang Jaya maka majlis itu mungkin akan diadakan pada Januari atau
Februari tahun depan. Selain berkursus, saya juga menelaah banyak buku
sewaktu menjalani latihan penerbangan tersebut," katanya.
Firos yang pernah melanjutkan pengajiannya selama empat tahun di
Yamagata dan pernah menimba pengalaman membawa pesawat MAS ke destinasi
seperti Hong Kong, Taiwan dan Bali berkata, penangguhan perkahwinan itu
tidak melunturkan semangatnya.
Sebaliknya, dia bersyukur kerana tunangnya itu memahami kerjayanya.
Pada masa sama, hubungan yang dibina sejak lima tahun lalu bersama
penyanyi popular terbabit banyak membantu menguatkan lagi perhubungan
mereka agar ia berakhir hingga ke jenjang pelamin.
“Hubungan saya dan Yam (panggilan manja Misha) bermula sewaktu dia
mula mengambil anak angkatnya, Muhammad Adam Emir yang ketika itu baru
berusia enam bulan dan sekarang sudah pun masuk sekolah tadika. Kami
sama-sama membesarkan Adam macam anak kami sendiri.
“Walaupun ada orang gaji di rumah tetapi kami selalu bersama Adam di
mana banyak ilmu tentang keibubapaan yang kami pelajari bersama-sama.
Ada hikmahnya perkahwinan kami ditangguhkan kerana dalam tempoh itu
banyak yang saya boleh pelajari.
“Ia juga memberi ruang saya dan Yam merancang perkahwinan dengan
lebih terperinci lagi. Majlis itu akan diadakan di rumah keluarga Yam
di Pengkalan Chepa, Kelantan. Selain itu, ia juga akan diadakan di
rumah keluarga saya di Seksyen 18 Subang Jaya, Selangor," jelasnya
penuh harapan.
xpela..
BalasPadamkalo ada jodoh x kemana kan..
doakan yg terbaik jela utk dorg kan :)
BalasPadamsemuga jodoh mereka berpanjangan..amin..
BalasPadamsemoga jodoh kalian brkekalan dn berpjangan......amin
BalasPadamCatat Ulasan