Samsung telah melancarkan telefon Android terbarunya, Samsung Galaxy S3 beberapa jam yang lepas pada satu acaranya di London. Telefon ini
menggunakan pemproses terbaru Samsung yang baru diperkenalkan sebelum
ini iaitu pemproses empat teras Exynos 1.4GHz Cortex-A9. Ditawarkan
dengan dua warna iaitu ‘Marble white’ (putih) dan ‘Pebble Blue’ (biru
gelap), telefon berbentuk ‘candy bar’ ini dijangkakan akan berada
dipasaran global pada hujung bulan ini.
Disebalik penggunaan pemproses terbaru mereka iaitu pemproses Exynos
dan RAM dengan kapasiti 1GB, Samsung juga masih menggunakan antaramuka
mereka iaitu TouchWiz UI dengan Android 4.0.4 ( ICS ). Dikatakan
telefon ini akan mempunyai 3 variasi iaitu dengan memori dalaman 16GB,
32GB atau 64GB dan menyokong tambahan kad memori sehinggga 64GB. Selain
ciri-ciri asas yang disertakan oleh kebanyakan telefon pintar Android
ketika ini seperti Bluetooth, GPS dan WiFi, Samsung turut membekalkan
telefon ini dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 2100mAh.
Resolusi kamera utama pula sebesar 8 Megapiksel dengan kamera pendua
1.9 Megapiksel. Dengan keupayaan merakam video dengan kualiti HD
sehingga 1080p, ianya sangat menarik dan pasti lebih cantik apabila
dipaparkan pada skrin Super AMOLED dengan resolusi 1280×720 dan saiz
skrin 4.8″ nya. Telefon ini juga menyokong rangkaian LTE dan buat
pengetahuan pengguna setakat ini di Malaysia hanya DiGi sedang menaik
taraf rangkaian mereka bagi menyokong jalur LTE.
Dengan teknologi ‘Smart Stay’ pula, telefon ini mengesan mata anda dimana ianya mengawal cahaya keterangan skrin contohnya sewaktu anda sedang membaca artikel atau e-book dan secara automatik ianya akan memadam skrin jika anda tidak melihat skrin atau tertidur.
Ciri ‘Direct Call’ pula dapat membantu anda membuat panggilan secara
automatik tanpa mendail hanya dengan mengangkat telefon ke telinga
anda. Contohnya apabila anda sedang menaip pesanan ringkas pada
seseorang dan tiba-tiba anda berubah fikiran, anda mengambil keputusan
untuk terus bercakap dengannya, anda hanya perlu mengangkat sahaja
telefon anda menghampiri telinga anda dan ianya akan terus mendail
orang berkenaan.
Terdapat juga ciri lain seperti ‘Social tag’ dimana telefon ini
mengenali rakan anda hanya melalui gambar dan secara automatik
memaparkan segala informasi mengenainya seperti nombor telefon dan
emel. ‘S Voice’ pula aplikasi yang menggunakan sepenuhnya arahan suara
dalam Android bagi membantu anda melakukan aktiviti seperti menaip
pesanan ringkas menggunakan arahan suara, membantu mengatur peringatan
jam dan sebagainya. ‘S Beam’ pula merupakan teknologi dimana anda boleh
memindahkan gambar, muzik, video atau lain-lain kepada pengguna Samsung
Galaxy S3 yang lain hanya dengan mendekatkan kedua-dua belakang
telefon berkenaan antara satu sama lain.
Samsung Galaxy S3 ini akan berada di pasaran global pada penghujung bulan ini
namun tidak diketahui lagi berapakah harga yang akan ditawarkan untuk
pengguna Malaysia.
more info klik SINI
nota bijik: ha ni lah pujaan ati ku dok tgu2...elehhh cam la mampukan
tgk je lah org dok pakai hp cangih2 ni...huhuhu
Nmpak menarik nie..pakai smartphones mmg jimat gila..tmbah kalau samsung nie leh install software 'viber' kalau ✗ salah aku..leh wt phone call free serata dunia..tp kena ada internet subcription..maxis 20hengget jer sbln kalau nk subscribe..:)
BalasPadamInsyaallah one day hg leh memilikinya..:)
Fuyoooooooooooooooooooo!!
BalasPadamMerasa tgk je ler wok oiiii..
Weih aku dah komen panjang lebor kat entry mood susah hati ang erkk..
Be strong dear..
Aku syg ko..
;)
gila
Padamiphone tetap dihati. huhu kak belila iphone. iphone takde virus :p
BalasPadamehem..mama pun teringin nak memiliki salah satu dr yg diatas..ha2x..bilalah baru dapat..kan mama dah berhenti kerja..agak2 el..adqa tak sesiapa nak adiahkan kat mama satu..hikk2x..
BalasPadamwaaaaaaaaaaaaa bukan main layiee samsung niee
BalasPadamtau2 aje akk nak beli ekek
perasannn lah pulakkk huhuhuh
banyak betul model telefon sekarang ni...cun2 belaka.
BalasPadamtapi akak still dgn basic functionnya aja...hihi
nak jgkkkkkkk.....blnje k.el...he3
BalasPadamBerapa harganya sekarang?
BalasPadamjom join this grup for user Samsung.
BalasPadamSamsung Club
Share or Ask anything about ur Samsung.
https://www.facebook.com/groups/243233029136364/
Catat Ulasan