Sedikit gosip ringan daripada kami. Setakat ini masih tiada sebarang
kata-kata pengesahan daripada mulut Elia atau nama sebenarnya Aimie
Harmelia Mohd Hashumi, 23 tahun mengenai perancangannya untuk
berkahwin. Namun, seorang peminat memaklumkan bahawa Elia dipercayai
akan melangsungkan perkahwinan berdasarkan sebuah artikel berjudul ‘Type-Less Thursday‘
dimana dia telah menghadiri ujian saringan HIV sebagai memenuhi
prosedur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam urusan
perkahwinan.
Barangkali ada yang tertanya-tanya, siapakah Elia? Dia merupakan
seorang wanita yang pernah singgah di dalam hidup penjaga gol Malaysia,
iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Mengimbas kembali, ikatan
pertunangan mereka telah diputuskan atas sebab peribadi sehingga
membangkitkan kontroversi ekoran pelbagai kenyataan-kenyataan panas
seperti yang dipaparkan dalam surat khabar mahu pun blog tempatan.
Sekitar Ogos tahun lalu, Elia mendakwa Apek mula berubah sikap
terhadap dirinya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula
diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck
dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.
Kemudian, Apek telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia
melalui sebuah akhbar tempatan 3 hari selepas tamatnya perlawanan
Malaysia Vs Singapura yang berlangsung pada 28 Julai 2011. Pada April
tahun ini pula, Apek pernah memberikan kenyataan kepada wartawan URTV
bahawa dia sudah single dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya
dan keluarganya terlebih dulu.
Berbalik kepada topik asal, kami percaya Elia juga telah belajar
daripada pengalaman lalu dan tak salah rasanya jika kami ucapkan
selamat berumahtangga kepada dia. Tahniah buat Elia!
sumber
nota bijik: sejak Elia pakai tudung ni kan muka dia berseri2...dulu xpki npk comot skit..hehehehe then nape eh derang pggey Dahlia TECK...teck stand for what hor?hehehe
nota bijik: sejak Elia pakai tudung ni kan muka dia berseri2...dulu xpki npk comot skit..hehehehe then nape eh derang pggey Dahlia TECK...teck stand for what hor?hehehe
tahniah buat dia.. nampak lain la bila bertudung...
BalasPadamdah nak tawen?? Tawen dgn siapa yek..? Jeng..jenggg..jenggg
BalasPadammungkin jodoh dia dgn org yg lebih baik kan :)
BalasPadamada hikmah dia purus dgn apek...
BalasPadamapek pon..dgn dahlia dh xde kan.. pastu gosip dgn sape tu nma..model myk wngi simplysity tu...
dahlia teck..teck tu bkn nama dia eyh?? ingt nma ayah dia..
hahaha... terkesima kejap aku ngan tajuk tu. Elia jejari runcing. sapa la plak ni. paih hang cita yg dia ni ex tunang apek baru leh recall. nak jugak aku tengok jejari dia yang runcing tu.
BalasPadamtak pe la kan. Apek kan dah kata yang penting "dia wangi" ( iklan minyak wangi ss). aku pun wnagi gak tau.bluwekkkkkkkkk
panasssssssssssss gossip. 23 bru haih..
BalasPadamTahniah buat Cik Elia. hehe :)
BalasPadamSemogo jodoh dia ini adalah yg terbaik dari yg dulu...semoga dia berbahagia jika benar dia mahu berumahtangga tak lama lagi..
BalasPadamehem semuga dia bertemu jodoh yg dpt menerima dia seadanya !!!..insyaallah..Tahniah..
BalasPadamCatat Ulasan