Rakan media Rotikaya
melaporkan prosiding mahkamah di antara Aidil Zafuan & Rita Rudaini
telah mencapai jalan penyelesaiannya apabila si suami membatalkan
tuntutan penceraian yang difailkan Mahkamah Syariah Petaling Jaya,
Selangor sekitar awal April yang lalu.
Pada 30 April, Rita Rudaini telah meminta suaminya supaya memberi
alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan semasa
prosiding di mahkamah yang sama. Mahkamah kemudiannya menetapkan
sebutan kes permohonan cerai itu pada hari ini dengan melantik
Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat
kedua-dua pihak.
Keputusannya, Aidil Zafuan membatalkan tuntutan penceraian ini
setelah yakin bahawa isterinya masih mahu mengekalkan perkahwinan serta
ingin bersama beliau.
“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai
& saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk
berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada
suami,” kata Aidil Zafuan.
Selain itu, Aidil Zafuan turut meminta Rita Rudaini agar berpindah
ke rumah beliau yang terletak di USJ 1 bersama anak-anak. Beliau
memaklumkan bahawa rumah yang disediakan oleh majikan amat selesa untuk
diduduki serta sesuai dengan pendapatannya yang diperoleh.
nota bijik: alhamdulilahhhhhhhhh syukur sgt2 aku terharu betul..bgslah kalo kedua2 hendak kembali bersama...sgt2 hepi for both of u...
ugh , adakah dia sengaja berbuat begitu untuk menjadi glamourrr? -.-'
BalasPadamsalam... syukurlah jodoh mereka masih panjang. di harapkan kedua-dua mereka dapat melayari bahtera bersama anak-anak dengan aman damai selepas ini. Semuanya sudah tersurat.Diharapkan keluarga kedua-dua belah pihak dapat 'settle'kan sebarang pertelingkahan bukan memberi batu api sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Berubahlah ke arah cara hidup Islam yang lebih berkat. Insya Allah. Dalam hal rumahtangga,asam garam tu biasalah...wslm...
BalasPadamape la ... kono budak 2 ekor ni :P
BalasPadamxde cerai?
BalasPadambaguslah...harap hubungan berkekalan
alhamdulillah... sangat2 gembira sbb mereka bersatu kembali sbg sebuah keluarga.
BalasPadamkesah dema nih bila thn ya nk sattle... :P
BalasPadampa2 pon alhamdulillah la x jd, mencik haku klau dgr bab2 nih...
semuga merteka membuat keputusan yg bijak demi masa depan mereka & anak2..hukk2x..
BalasPadamCatat Ulasan