KUALA LUMPUR 11 April - Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata, pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. - BERNAMA




terkini: Perkhidmata ferry Pulau Pinang diberhentikan buat sementara waktu pada jam 830mlm td
Pusat Membeli Belah Gurney Plaza ditutup sehingga keadaan kembali selamat


nota bijik: aku xtau apa2 smpilah bil aku mai umah petang td gtau ada gempa..then anak2 dia plak lari mai umah kata umah flat derang kt blkg umah aku ni gegor..rmi org dok panik...
aku mmg x rasa apa2 pun..korang?

5 Ulasan

  1. Take care kak. Hope semuanya selamat.

    BalasPadam
  2. ehem..mama pun tak rasa gegaran tu..semuga kita dilindungi olih Allah..amin..

    BalasPadam
  3. sy tgh keja ptg tdi.rasa juga gegaran walaupun tak kuat.mula2 igt sy pening smplah opismate kol dn tnya tentang gegaran.pastu heboh di fb..

    BalasPadam
  4. kat KL rase jugak..
    xtahu nak watpe..duk je dlm umah ..

    BalasPadam
  5. harap2 takde lagilah gempa susulan hari ni. minta2 jauhkan juga dari tsunami...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama