





Berita Harian hari ini melaporkan model VW Passat hasil kerjasama Volkswagen AG (VW) dan DRB-Hicom Bhd akan dijual pada harga yang lebih rendah. Model yang akan dipasang di kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang itu dijangka ditawarkan pada harga berdaya saing RM154,000.00 seunit, susulan daripada pengurangan kos daripada program CKD dan penggunaan komponen tempatan, iaitu sekitar 40 peratus.
Harga bagi model CBU ialah RM220,000.00, bermakna melalui program CKD, harganya menjadi lebih rendah 30 peratus. Harganya mungkin akan diturunkan lagi sehingga RM130,000.00, bergantung kepada peratusan penggunaan komponen tempatan. Model itu akan mula dipasarkan November tahun ini. Menurut penganalisis, walaupun harganya menjadi lebih rendah, tahap kualiti tetap diutamakan dan akan menepati spesifikasi pengeluaran antarabangsa VW.
Volkswagen Passat adalah model sulung yang akan dikeluarkan di kemudahan milik DRB-Hicom itu, sebelum disusuli model Jetta dan satu lagi model yang akan diumumkan kelak. Selain dipasarkan untuk pasaran tempatan, model Volkswagen yang dipasang DRB-Hicom itu, akan turut dieksport ke negara ASEAN lain mulai 2013.
kredit anekakereta
kredit volkswagen
nota bijik: thx nuffnang for my 20th BE