20 Sep - Selepas menggemparkan ramai dengan pengumuman persiapan majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini mencipta satu lagi sejarah dalam dunia perkahwinan selebriti tempatan.

Baru-baru ini digemparkan di beberapa laman sesawang hiburan bahawa busana pengantin rekaan pereka tersohor dunia, Vera Wang yang bakal dipakai oleh Memey semasa majlis resepsi bertemakan New York di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur akan dipamerkan di Muzium Negara sejurus selepas majlis tersebut tamat.

Bukan sahaja gaun ciptaan Vera, malah sut persalinan Norman serta kasut pengantin bertatahkan mutiara tajaan Rafflesia turut akan dipamerkan yang disifatkan wajar sebagai tatapan generasi akan datang.

Tentu sahaja perkhabaran ini mengundang keterujaan pasangan bakal mempelai ini kerana ia pertama kali berlaku di Malaysia. Namun tidak kurang juga yang mengecam bukan terhadap gaun tersebut, sebaliknya mempersoalkan keistimewaan si pemakai yang tiba-tiba dijulang tinggi waima pencapaian karier seninya tidaklah segah mana juga belum pernah mengharumkan nama negara seperti mana penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza yang wajar mendapat penghormatan sedemikian. Jika dinilai dan ditimbang tara dari segi populariti dan pencapaian, gaun perkahwinan milik Siti lebih wajar dipamerkan untuk tatapan ramai.


nota bijik: pasti ada yg marah kan..tp aku nk tergelak tgk derang komen kt SINI gelak guling2 sorg td kt ofis..antara komen yg sgt kelako: -

Sesiapa yg masih simpan baju pengantin nenek atau moyang dia bolehlah hantar ke Muzium Negara...Lepas ni tukar namalah jadi Muzium Pengantin...

Aku ada letak kasut sekolah aku kat muzium.. pi la tengok

aku sumpah takkan masuk dah muzium tu...jom kita pakat ramai2 mogok tak masuk muzium...meluat!!!...ramai lah org suka rampas suami org nanti sbb bila kahwin blh letak gaun kat muzium...aku nak letak kain buruk boleh...

tak sangka ye....kat malaysia ni....orang yang kena tangkap khalwat...kahwin di sponsor...gaun yang di pakai perampas suami orang.... di tayang kat muzium... gempak sih...mari kita ber khalwat ramai ramai..buat malu islam je...Malaysia Boleh!

ok ok korg bclah sndiri..x thn gelak dah nie..meh gelak sm2 ok...:)
Terbaru Lebih lama