1) Cekur - pucuk cekur dikatakan boleh membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, mencegah sakit dan sengal tulang serta membantu menghalang demam, batuk dan sakit tekak/kerongkong

2) Pucuk Pegaga - selain dari membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, pucuk pegaga juga bagus untuk awek muda, memperbaiki dan membantu peredaran darah, membantu pertumbuhan rambut, menguatkan gigi dan meningkatkan kesihatan kulit.

3) Pucuk mengkudu - membantu menguncupkan rahim, mencegah sakit kepala, buasir dan kembung perut

4) Pucuk putat - membantu membersihkan darah, menguncupkan rahim serta mencegah pening dan darah tinggi

5) Ulam raja - membantu menguatkan tulang dan membersihkan darah
Terbaru Lebih lama