01/01/2021 - 02/01/2021 - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 8 Januari 2021

BADAN DAN MINDA AKTIF DENGAN MINUMAN SUSU KULTUR DAN YOGURT FERNLEAF CALCIYUM

10:52 PG 3
BADAN DAN MINDA AKTIF DENGAN MINUMAN SUSU KULTUR DAN YOGURT FERNLEAF CALCIYUM

Badan dan minda aktif dengan minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf Calciyum. Sebagai ibu mesti inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Faktor pemakanan adalah faktor yang paling penting untuk tumbesaran mereka. Pemakanan yang seimbang dan mempunyai nutrisi lengkap akan memberikan kesihatan badan anak-anak lebih sihat, pencernaan yang baik dan tulang yang kuat.

 


Tetapi ibu-ibu sekarang sangat sibuk menguruskan pelbagai urusan. Sibuk dengan kerja di pejabat dan kerja di rumah. Kadang-kadang tidak sempat untuk menyediakan sarapan ataupun makanan yang seimbang untuk anak-anak mereka. Termasuklah mama El. Saya memang cerewet sedikit dalam bab memilih makanan ini. Kenalah cerewet kerana ianya baik untuk tumbesaran  anak-anak.

 

KENAPA FERNLEAF CALCIYUM PILIHAN SAYA

 

Lambakan snek yang sihat di pasaran memang sangat banyak. Namun pilihan utama seisi keluarga tentunya dari Fernleaf. Minuman Susu Kultur dan Yogurt Fernleaf Calciyum adalah pilihan mama El untuk anak-anak. Dari susu sehinggalah makanan yogurt sudah lama kami seisi keluarga memilih Fernleaf.

 


Kedua-dua snek yang sihat dan berkhasiat ini didatangkan dengan pelbagai perisa yang mampu membuka selera anak-anak. Snek/makanan yang lazat ini menjadi kegemaran anak-anak El untuk diambil sebagai sarapan, snek petang atau boleh diminum pada bila-bila masa. Anak-anak dah tak sabar nak minum susu kultur dan yogurt. 

 


MANFAAT SUSU KULTUR FERNLEAF CALCIYUM

Probio DR20™

Bahan probiotik yang dipatenkan oleh Fernleaf. Probiotik diketahui menyokong system pencernaan yang sihat, dan menjaga daya tahan badan yang kuat.

 

Kalsium & Vitamin D

Untuk tulang yang kuat baik untuk anak-anak saya yang sedang membesar

 

Bakteria Baik 

 Untuk sistem pencernaan yang baik mudah untuk anak-anak aktif bermain



 SUSU KULTUR FERNLEAF CALCIYUM

 

Setiap kali membeli barangan dapur, saya dan anak-anak tidak akan lupa untuk dapatkan minuman susu kultur dan yogurt calciyum untuk dijadikan stok snek di rumah. Tengok sajalah si kecil dengan kakak-kakaknya dah tak sabar nak dapatkan fernleaf calciyum. Kalau tengah membeli-belah, bebudak ini hilang, dah tahu kat mana mereka terjah. 




Minuman susu kultur sememang favourite anak-anak saya. Bukan sahaja dijadikan snek sarapan, bekal sekolah, snek petang malah saya bekalkan minuman susu kultur setiap kali keluar untuk pergi bersantai atau beriadah. Saya mahu pastikan mereka aktif dan ceria.






Lihat sajalah keceriaan dan kelincahan mereka. Ternyata pilihan mama El untuk memberikan Fernleaf Calciyum untuk anak-anak adalah pilihan yang terbaik. Seronok tengok anak-anak aktif dan happy. Bukan anak-anak saja yang suka minum susu kultur Fernleaf CalciYum ni, malah si ibu pun turut berkongsi kesedapan bersama.


Minuman susu kultur ini terdapat dalam pek 110ml. Didatangkan dengan 4 perisa yang menyegarkan iaitu Asli, Epal, Anggur dan Oren. Bagi El dan anak-anak menyukai kesemua perisa sebab rasanya yang sedap penuh kelazatan rasa buah-buahan sebenar.


Minuman Susu Kultur Asli

 Asli tak semestinya bosan. Dengan Vitamin D dan DR20™probio minuman susu kultur biasa kami membantu menyokong pertahanan dalaman. Selain itu, rasanya memang digemari semua.


Perisa asli favourite Kak Ngah

Minuman Susu Kultur Epal

 Hilangkan kehausan dengan kesegaran Epal! Minuman susu kultur ini bukan sahaja mempunyai rasa hebat, ia juga dipadatkan dengan nutrient khas bagi menjaga pertahanan dalaman si kecil agar mereka bebas meneroka.


Perisa Epal favourite Kak Lang
 

 Minuman Susu Kultur Anggur


Minuman susu kultur ini dipek di dalam perisa anggur manis dan halus yang kami gemari. Bukan sahaja enak ia mengandungi nutrien-nutrien untuk membantu pertahanan dalaman agar kanak-kanak dapat terus bermain dan meneroka dengan bebas.


Perisa Anggur favourite si Adik

Minuman Susu Kultur Oren

 Manjakan lidah anak anda dengan rasa limau yang menarik dengan minuman susu kultur dalam perisa Oren Fernleaf CalciYum! Selain daripada keenakannya, ia mengandungi nutrien-nutrien untuk membantu pertahanan dalaman-agar kanak-kanak dapat terus bermain dan meneroka.

 

Perisa Oren favourite semua

FERNLEAF CALCIYUM YOGURT


 Dengan situasi pandemik, sekarang anak-anak menghabiskan lebih banyak masa di rumah. Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Sebab itu saya perlu menyimpan beberapa snek ringan untuk waktu makan. Saya mahu memberi mereka snek yang sihat dan berkhasiat. Selain susu kultur, saya juga ada membeli yogurt CalciYum kerana ia baik untuk penghadaman juga.



Yogurt CalciYum mempunyai pelbagai variasi buah yang berbeza yang anak-anak saya sangat sukakannya. Malah saya sendiri pun menyukainya. Kadang-kadang, saya juga menggunakan yogurt CalciYum untuk membuat ais krim. Mudah sahaja, hanya tambahkan batang ais krim ke dalam cup yogurt dan bekukan! Serius, memang lagi sedap dan anak-anak saya sangat seronok menikmatinya!



Yogurt CalciYum berkrim ini mengandungi 4 nutrien utama termasuk 2x kalsium untuk menyokong perkembangan tulang dan gigi yang kuat dan sihat serta  menyokong sistem pencernaan yang baik



 Yogurt Chocoberry

 Langkah ke dunia koko dengan yogurt berperisa Chocoberry Fernleaf CalciYum. Selain daripada rasanya yang hebat, yogurt berkrim ini mempunyai empat nutrien-nutrien utama yang campur untuk menyokong pertumbuhan tulang kuat.



 Yogurt Strawberri Mangga


 Dapatkan rasa kemanisan musim panas dengan yogurt perisa Strawberi dan Mangga Fernleaf CalciYum. Selain daripada rasa tropikanya yang lazat, yogurt ini dipenuhi dengan empat nutrien-nutrien utama untuk menyokong pertumbuhan sihat tulang-tulang dan otot.



 Yogurt Strawberri Anggur


 Wujudkah snek yang sempurna? Rasai kedua-dua perisa Strawberi dan Anggur dalam satu pek, dipenuhi dengan empat nutrien-nutrien penting untuk menyokong pertumbuhan sihat tulang-tulang dan otot.


 


Yogurt Vanilla Anggur

 

Kaya dengan rasa krim dengan penangan perisa buah, itulah Yogurt Fernleaf CalciYum dalam kombo pek Vanila dan Anggur. Kedua-dua perisa mempunyai empat nutrien-nutrien utama untuk menyokong pertumbuhan sihat tulang-tulang dan otot

 


 TEROKAI KEUNIKAN A-FORCE DALAM FERNLEAF CALCIYUM

 

Ibu-ibu tidak perlu risau kerana kedua-dua minuman Fernleaf Calciyum ini sesuai untuk tubuh badan dan minda yang aktif. Bila anak-anak aktif bersukan sama ada di sekolah ataupun bermain bersama kawan di rumah, Fernleaf Calciyum menjadikan tubuh badan mereka yang sihat luar dan dalam dengan keunikan A-Force, Vitamin D dan DR20™probio yang dapat membantu mereka menghadapi hari-hari yang mendatang.

 


Kalsium dan vitamin D yang tinggi sangat baik bagi menyokong pertumbuhan tulang-tulang dan gigi yang kuat, memberi persekitaran usus yang baik penting untuk penyerapan nutrient dan membantu menyokong sistem imun anak-anak anda.

Kedua-dua minuman yang enak ini membekalkan nutrien-nutrien utama untuk menyokong keperluan harian anak-anak. Menjaga kesihatan bukan hanya bermaksud bersedia untuk melakukan yang terbaik tetapi untuk menjadi lebih hebat.

Bersama-sama zink, yogurt enak ini juga mempunyai Phoculipids™

  PENGIKHTIRAFAN ‘HEALTHIER CHOICE’

 

Pilihlah makanan yang terbaik untuk anak-anak kita yang dapat membantu menyokong sistem imun mereka. Satu lagi kelebihan yang perlu anda pertimbangkan dan sangat saya syorkan Fernleaf CalciYum ianya adalah snek terbaik untuk anak anda kerana kedua-dua minuman susu kultur dan yogurt CalciYum mempunyai logo ‘Healthier Choice’ dari Kementerian Kesihatan kerana kandungan gulanya rendah.


PERCUMA BOBOIBOY TOY CAR

Walaupun promosi sudah lepas, anak-anak El sempat dapatkan koleksi toy car ini. Jika korang berkesempatan dan masih ada stok, dapatkan Boboiboy Toy Car percuma dengan setiap pembelian susu kultur Fernleaf Calciyum. 




Untuk info dan maklumat lanjut layari https://www.calciyum.com.my/

Healthy Gut Healthy Body

#FernleafCalciYum #ActiveMindActiveBody