HOMESTAY MURAH KUALA BESUT TERENGGANU - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 21 Ogos 2020

HOMESTAY MURAH KUALA BESUT TERENGGANU

Assalamulaikum semua. Salam sayang. Hari tu kami bercuti ke Terengganu time nak PKP dah. Kami sempat bercuti 2 hari jer di sana. Asal plan kami ke Terengganu selama 4 hari. Apa boleh buat covid-19 masa tu baru start. Namun kami sempat pergi Trip ke Pulau Perhentian dan Mendaki Bukit Keluang. Tak sempat nak terjah tempat makan dan tempat menarik yang famous kat Terengganu semua tutup sebab hari ketiga dah PKP huhu.


Mendaki Bukit Keluang klik SINI


Oklah kami nak share ngan hampa semua Homestay yang kami book semasa bercuti ke Kuala Terengganu. Actually kami plan nak pergi 1 Day Trip ke Pulau Perhentian dan mendaki Bukit Keluang. Sebelum itu, kami carilah pakej 1 Day Trip Pulau Perhentian dulu. Lepas dah dapat, tanyalah homestay mana yang dekat dengan jetty. So depa cakap carilah homestay sekitar Besut.  Selalunya kalau nak cari homestay ni kami suggest hampa pi cari kat facebook. Sebab kat facebook depa update terkini dan ramai yang akan cari homestay post.




Akhirnya kami dapat homestay yang betul dekat dengan Jetty Kuala Besut. Tak sampai 15 minit. Kami book 3 hari 2 malam di Homestay Murah Kuala Besut. 3 hari 2 malam harga RM280. Kena bayar booking RM100. Rumah berkembar 2. Ada dua bilik dan 2 bilik air. Seperti mana yang korang tahu, El lebih suka book homestay dari Hotel. Sebabnya murah dan banyak keperluan seperti dapur, peti ais, mesin basuh dan macam-macam lagi. Lagipun senang nak keluar masuk tak payah naik bertingkat2 haha.







Homestay Murah Kuala Besut ini owner dia sebelah rumah jer. Kalau korang family besar boleh book rumah berkembar 2 sekali. Ada set bbq disediakan. Halaman belakang punya besar. Memang sangat selesa untuk kami 6 beranak ni. Cukuplah dan berbaloi.


Ok homestay ini berdekatan dengan Pantai Air Tawar, Pantai Bukit Keluang, Bukit Keluang, Balai Seni Ukir, Pantai Bisikan Bayu dan pesisiran Tok Bali.


Kalau korang berminat nak stay homestay sini boleh contact owner dia 018-2488548/018-293804atau boleh tanya kat facebook https://www.facebook.com/kamiekamilah


1 ulasan: