1 DAY TRIP PULAU PERHENTIAN | SNORKELING PULAU PERHENTIAN | PAKEJ MURAH PULAU PERHENTIAN - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 22 Ogos 2020

1 DAY TRIP PULAU PERHENTIAN | SNORKELING PULAU PERHENTIAN | PAKEJ MURAH PULAU PERHENTIAN

Assalamualaikum semua. Snorkeling Pulau Perhentian. Kami plan nak pergi Terengganu before PKP lagi. Semua homestay dengan snorkeling dah book. Takkan tak pergikan. Lagipun teringin nau nak pergi jalan2 kat Terengganu lagi2 Pulau Perhentian. Masa kami pergi tu kerajaan tak announce lagi PKP..tapi covid time tu tengah hot. Korang ingat tak seawal2 covid kat Malaysia tetiba meningkat mendadak. Hari kedua kami dekat Terengganu baru tahu yang kerajaan akan start PKP on 18/3. 


Owner homestay dan owner tourist pun dah tanya nak cancel or nak continue. Alang2 dah bayar teruskan saja. Kami bertolak ke Terengganu pada 16/3. Kami start snorkeling keesokan harinya. Tengah naik bot bos call bagitahu ofis tutup, kami punya leave pun cancel sebab dah start PKP. Mujurlah kami sempat merasa snorkeling kat Pulau Perhentian. Dan nasib baik kami just ambil 1 Day Trip sahaja.



Kenapa kami ambil 1 Day Trip. Sebab kami tak suka sangat duduk lama-lama kat pulau. 1 Day pun dah cukup round pulau2 tu. Lagipun tak ada menarik sangat cuma ada beach dan balik bilik jer haha.


Kami ambil 1 Day Trip Pulau Perhentian ni kat facebook. Masa tu search lah kat facebook kalau ada pakej murah Pulau Perhentian. Kami dapat ambil pakej promo 1 pax RM80 adult RM60 kids. Pakej ini termasuk lunch. 



Kami dah tak sabar nak pergi snorkeling. Macam hebat sangat bunyinya kan haha. Sampai kat Kuala Terengganu, check in homestay, terus pergi survey Jetty Kuala Besut dan cari kedai tourist yang kami ambil pakej snorkeling tu. Tak jauh pun dari homestay kami tu. 


Homestay Murah Kuala Besut klik SINI


Kami kena berada di tempat tourist tu seawal 8 pagi untuk bayar full dan ambil tiket snorkeling/boat/lunch. Dekat 1 jam jugalah kami tunggu boat. Mujur kami dah makan pagi kat homestay. Dah penuh passenger baru boat bergerak. Laju jugaklah abang boat tu bawa. Laut dia jangan habaq lah. Cantik tapi ombak kuat giler. Melompat kami dalam boat. Takut pun ada. Anak2 tak habis2 menjerit. Kami pun menjerit sama sambil berzikir.



Sampai satu beach, kami diarahkan terjun. Ha.Aku terkejut depa suruh terjun. Rupanya ini merupakan pit stop snorkeling pertama. Hari tu aku rasa nak menangis sebab..apa gilakah suruh kita terjun tengah2 laut ni..pi lah tambat boat tu kat tepi pantai sikit. Ni kalau aku terjun ni..mau aku tenggelam. Ingat aku terer berenang ke. Terus aku tengok laki aku. Laki aku tengok aku. Anak2 aku semua dah terjun. Depa takpelah..pandai berenang. 





Nak tak nak aku pun terjunlah. Aku yakin takanlah boleh tenggelam siap ada safety jaket ngan google semua lengkap. Aku pun terjun meninggalkan laki aku. Memang aku tenggelam bergolek-golek aku dalam laut tu. Adalah selambak air laut masuk dalam mulut aku. Pedih tau kena air garam kat mata. Aku terampung kat tengah laut. Jenuh aku jerit panggil anak2 aku. Weii tolong mama. Tarik ke tepi haha. Lepas aku dah rasa selamat dan boleh berdiri, aku nampak laki aku gelisah. Nak tak nak dia pun terjun sekali dengan si kecik. Dia pun sama juga terminum air laut. Bergolek2. Haha



Apalah depa ni suruh snorkeling kat sini. Apa pun tak nampak. Ingatkan nampaklah coral ke ikan ke. Ni nampak pasir jer haha. Lepas dalam setengah jam kat situ. Depa suruh naik boat. Ajer giler depa suruh pi kat boat yang kat tengah laut jer. Jenuhlah heret bebudak tu. Aku berpaut lengan laki aku. Sampai kat tengah2 laut tu adik tourist tu tolong aku heret sampai kat tepi boat. Dahlah aku ni berat..jenuh gak lah aku nak naik tangga boat yang naik turun dipukul ombak. Aduih..lecehlah.

Lepas tu kami dibawa ntah ke mana sampailah pit stop 2. Tengah laut juga. Depa suruh terjun haha. Aku taubat dah nak terjun. Laki aku pun takmau. Sebab memang tengah laut. Laut pun bergelora satu macam. Anak bujang aku jer yang turun. Aku tak bagi anak perempuan aku pi sebab macam tak yakin depa boleh snorkeling dengan air laut macam tu huhu. Aku kagum dengan anak teruna aku. Hari tu memang hari dialah. Sebab semua pit stop dia terjun. 



Pit stop 3 barulah laki dan anak2 aku terjun kecuali aku dengan si kecil. Kat sini baru nampak coral dan ikan warna warni. Lama jugaklah depa snorkeling kat sini. Satu boat adalah 3 atau 4 family. Kesian kat anak2 sebab tak bawa food dalam boat. Bawa sebotol air jer. Manalah tau depa heret waktu lunch pukul 2 huhu. Kelaparan anak2 aku. Mujurlah ada satu hamba Allah ni baik hati bagilah anak2 aku makan keropok dan roti. 


Lepas tu adik boat tu bawalah kami ke satu pit stop. Depa suruh kami turun. Aku tercenganglah kenapa kami kena turun, yang lain tak?Oh rupanya kami satu family jer yang ada ambil pakej lunch. So kami kena drop kat sini untuk makan lunch. Nanti dalam sejam lebih diorang akan mai balik utk pickup



Punyalah kami lapar tak keharuan, sekali tanya owner cafe tu lunch apa, terus depa kata lupa nak siapkan. Aduii mak oii biar betul. Jawabnya depa buat apa yang ada jer lah. Lunch kami hari tu nasi, ikan goreng, telor dadar ngan sayur. Nasib ada sambal belacan. Habis licin semua sebab lapar. Haha. Habis makan kami mandi laut pulak sambil tunggu adik boat tu sampai. Lama juga. Depa kata 1 jam jer..ni nak dekat 2 jam. Anak2 aku dah merengek nak balik. Jemu kut duduk lama haha. Terus aku telefon tourist tu. Tak sampai 15minit ada boat lain yang ambil kami balik. Time balik tu fuhyoo laut punya kuat ombak tak tau nak cakap apa. Seriau. Alhamdulilah selamat sampai jetty. Tak sabar nak mandi makan2 semua. Huhu








Ini adalah pengalaman terakhir kut kami snorkeling sebab tak best pun haha. Aku rasa mereka yang pandai berenang dan suka aktiviti ni bolehlah pergi. Aku kena repeat pergi Terengganu ni sebab tak puas jalan2. Dan next time maybe aku amik pakej round2 island jer. Ok ni kami share pakej yang kami ambil kat adik tourist ni. Boleh pergi kat facebook beliau Pakej Cuti Murah Dewi Aleeya 

Keesokannya kami pergi mendaki Bukit Keluang. Korang boleh baca klik SINI







1 ulasan:

  1. dah lama teringin nak pergi pulau perhentian!!
    cantik tgk gmbr2 sis ni....

    BalasPadam