MENDAKI BUKIT KELUANG TERENGGANU - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 21 Julai 2020

MENDAKI BUKIT KELUANG TERENGGANU

Masa kami bercuti ke Terengganu sebelum PKP hari tu, kami plan nak mendaki Bukit Keluang. Tengok gambar yang hikers pergi sana view cantik-cantik. Apa lagi masuk listlah. Mujur homestay kami book tu dekat dengan Bukit Keluang gak. Sehari sebelum tu dah penat snorkeling. Esoknya kami nak mendaki pula. Tak sabar nak tengok view kat atas Bukit Keluang.
Pepagi subuh dah bangunkan bebudak tu solat subuh. Kami pula dah bangun awal sediakan breakfast roti bakar, sandwich dan kopi O. Risau pun ada sebab tak tau tinggi mana Bukit Keluang tu. Takut semput. Tapi sebabkan nak tengok view tu berkobar nak naik atas.

Kami orang pertama sampai kat Bukit Keluang tu. Apa lagi terus memulakan pendakian. Pendakian takdelah teruk mana. Santai2 saja. Oklah bagi kami yang cepat semput. Seronok bebudak tu. 

Alhamdulilah tak sampai 30minit dah sampai ke puncak. View sangat cantik subhanallah. Berbaloi naik atas ni. Pemandangan semacam kat negara Eropah gitu. Jom tengok gambar-gambar yang kami sempat ambil. 











Yeay selamat dah turun. Rasa tak puas mendaki Bukit Keluang ni. Ok nak kena repeat lagi pergi sini. Lepas kami mendaki bukit, kami singgah sat kat Pantai Bukit Keluang. Cantik sangat pantai ni. Budak-budak ajak mandi. Tapi tengok deruan ombak kat sini kuat giler. Tapi ada jer orang mandi haha. Cam mana nak buat tak bawa kain/tuala spare. Lagipun tengahari dah kena check out.







I am very sure kena repeat pergi Terengganu. Tak puas berjalan. Kami pergi pun PKP dah nak start. Mujur sempat pergi Pulau Perhentian, snorkeling, mendaki Bukit Keluang. Pas2 semua kedai2 tempat2 menarik di Terengganu closed. Tak ada rezeki kami time tu. 

2 ulasan:

  1. trengganu ni cantik sangat kan El dengan pantainya, dengan bukit ni, makanan pun sedap,kak ana suka Ganu ni sebab senibina masjid pun lawa sangat kan el :)

    BalasPadam
  2. cantik gila tempat ni, baru ja atie buat plan nk pegi redang dng kawan2 bulan november nanti,tgk2 musim tengkujuh :(

    BalasPadam