HOMESTAY KUALA TERENGGANU ADA KOLAM | MARISA VILLA HOMESTAY - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 16 Julai 2020

HOMESTAY KUALA TERENGGANU ADA KOLAM | MARISA VILLA HOMESTAY

Homestay Kuala Terengganu ada kolam - Sejak anak-anak dah besar ni kalau pergi travel jauh ataupun stay beberapa hari, kami lebih suka book homestay saja. Tapi tengok keadaan juga kalau hotel tu besar muat untuk kami yang ramai ni..boleh jer stay kat hotel. Tapi kalau ada homestay yang jauh lebih ok, kami pilih homestaylah lagipun murah, selesa, bilik banyak dan ada kelengkapan dapur. 

Nak pergi bercuti ke Terengganu hari tu, trylah cari homestay yang ada kolam. Banyak juga homestay yang ada kolam tapi semua dah full. Cari punya cari jumpa homestay Marisa Villa Homestay Kuala Terengganu. Tengok design homestay tu pun dah berkenan. Lawa sangat. Macam tak percaya jer. Yang paling best ada kolam. Seronoklah budak-budak tu berendam nanti. Terus tanya harga. Ok berbaloi!RM180 semalam (2 bilik 2 bilik air). Wifi pun ada tau. Yang penting lengkap dengan peralatan dapur macam peti ais, mesin basuh dan lain-lain pun ada. 

Kami plan nak stay 3 hari 2 malam. Tapi dah full book esoknya. Terpaksalah ambil semalam saja. Tetiba masa nak check in tu owner cakap, ada orang cancel booking. Alamak dah terlambat dah. Kami dah book homestay lain. Kalau tak book memang nak stay semalam lagi sebab tak puas stay kat homestay tu hihi.


Lawakan design rumah homestay ni



Dah tak sabar si kecik tu


Sampai2 terus terjun kolam



Mujur bawa stok megi..ha mandi2 laparlah mama..terus berdesup masak megi..kalau hotel jenuh naik turun lift kan haha



Ok ni masterbedroom...memang besar..boleh muat 4 atau lebih tapi ada queen size sajalah..lengkap dengan mini fridge dan tv (youtube channel saja) kat hujug tu ada pintu keluar ke bahagian belakang (washing mashine)



Bilik kedua ada katil queen dan single 


Ruang tamu yang comel


Dapur pun comel jer


Ni bahagian belakang (tepi tu airport Kuala Terengganu)


Bahagian depan. Rumah Homestay ni belah kiri saja. Yang kanan tu rumah owner. Teringin ada rumah macam ni. Cantik!!


Syok ada rumah leh nampak pool cam gini kan


Kalau korang berminat nak stay sini bolehlah check facebook   Marisavillahomestay Kuala Terengganu atau
Contact No. : Marisa Wardah 019-9880081
Cikgu Adam 019-9530081



3 ulasan:

  1. wow...besarnya..cantik. ni kalau keluarga rmai2 bercuti boleh la stay sini..berbaloi

    BalasPadam
  2. ada kolam cantik wei...bila ramai2 ni mmg sesuai amik homestay

    BalasPadam
  3. Best homestay mcm ni.. Pndau owner buat.. Sambung ja dr rumah dia kt sebelah

    BalasPadam