07/01/2020 - 08/01/2020 - LIFESTYLE BLOGGER

Ahad, 26 Julai 2020

HARI RAYA HAJI TAKEAWAY BY SHANGRI-LA'S RASA SAYANG RESORT AND SPA PENANG

2:53 PTG 7
HARI RAYA HAJI TAKEAWAY BY SHANGRI-LA'S RASA SAYANG RESORT AND SPA PENANG
Assalamualaikum hangpa. Hai hangpa. Kami nak habaq kat hangpa ni yang tak balik Raya Haji or bercuti ke Penang bolehlah try Hari Raya Haji Takeaway by Shangri-La's Rasa Sayang Resport and Spa ni. Depa ada buat promotion. 

Hangpa tak payah susah hati na nak masak untuk raya nanti. Order jer dari depa ni.


Depa ada menu Nasi Briyani Kelapa dengan raita, kerabu timun dan papadom. Hangpa hanya pilih jer nak lauk mana satu. Ada 3 set lauk: -

1) Ayam Merah RM80 nett
2) Beef Rendang dan RM98 nett
3) Lamb Masala RM98 nett

Kami pun nak juga rasa Nasi Briyani Kelapa ni. Kami pilih set lauk Lamb Masala. Ok semua set ni untuk 2 orang makan tau. 

Yang tak boleh blah tu kan, terkejut monyet hangpa hoi. Depa hantar sekali dengan buah kelapa. Sebijik macam dalam gambar flyer tu. Sungguhlah.


Ermm apalah yang ada dalam basket comel ni. Satu ringan satu berat jugak ekeke


Sekali unboxing tu dia. Buah kelapa sungguhlah :)


Memang sebijik dalam gambar dalam flyer tukan. Speechless


Korek punya korek jumpa lamb dengan telur wei..apalagi melompatlah haha


Terbaik


Nikmat apa yang kau dustakan ahaks


Thank you Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa. Hangpa yang berminat nak order takeaway ni boleh dah start order pada 27-31 July, 2020.

Call/Whatsapp no. ni 019-4090460
Order start pukul 10.00am-6.00pm
Lain-lain hangpa check it out depa punya flyer na

Ok kami makan dulu 
Oh lupa
SELAMAT HARI RAYA HAJI
JANGAN LUPA FOLLOW SOP NA






Selasa, 21 Julai 2020

MENDAKI BUKIT KELUANG TERENGGANU

11:38 PG 1
MENDAKI BUKIT KELUANG TERENGGANU
Masa kami bercuti ke Terengganu sebelum PKP hari tu, kami plan nak mendaki Bukit Keluang. Tengok gambar yang hikers pergi sana view cantik-cantik. Apa lagi masuk listlah. Mujur homestay kami book tu dekat dengan Bukit Keluang gak. Sehari sebelum tu dah penat snorkeling. Esoknya kami nak mendaki pula. Tak sabar nak tengok view kat atas Bukit Keluang.
Pepagi subuh dah bangunkan bebudak tu solat subuh. Kami pula dah bangun awal sediakan breakfast roti bakar, sandwich dan kopi O. Risau pun ada sebab tak tau tinggi mana Bukit Keluang tu. Takut semput. Tapi sebabkan nak tengok view tu berkobar nak naik atas.

Kami orang pertama sampai kat Bukit Keluang tu. Apa lagi terus memulakan pendakian. Pendakian takdelah teruk mana. Santai2 saja. Oklah bagi kami yang cepat semput. Seronok bebudak tu. 

Alhamdulilah tak sampai 30minit dah sampai ke puncak. View sangat cantik subhanallah. Berbaloi naik atas ni. Pemandangan semacam kat negara Eropah gitu. Jom tengok gambar-gambar yang kami sempat ambil. 











Yeay selamat dah turun. Rasa tak puas mendaki Bukit Keluang ni. Ok nak kena repeat lagi pergi sini. Lepas kami mendaki bukit, kami singgah sat kat Pantai Bukit Keluang. Cantik sangat pantai ni. Budak-budak ajak mandi. Tapi tengok deruan ombak kat sini kuat giler. Tapi ada jer orang mandi haha. Cam mana nak buat tak bawa kain/tuala spare. Lagipun tengahari dah kena check out.







I am very sure kena repeat pergi Terengganu. Tak puas berjalan. Kami pergi pun PKP dah nak start. Mujur sempat pergi Pulau Perhentian, snorkeling, mendaki Bukit Keluang. Pas2 semua kedai2 tempat2 menarik di Terengganu closed. Tak ada rezeki kami time tu. 

Sabtu, 18 Julai 2020

RIVER CRUISE SUNGAI PERAK, KUALA KANGSAR | TEMPAT MENARIK DI PERAK #TRAVELPERAKLAH

10:18 PG 0
RIVER CRUISE SUNGAI PERAK, KUALA KANGSAR | TEMPAT MENARIK DI PERAK #TRAVELPERAKLAH

River Cruise menyusuri Sungai Perak di Kuala Kangsar - Salah satu aktiviti menarik di Kuala kangsar ialah menaiki bot menyusuri Sungai Perak. Pengunjung akan dapat melihat pemandangan menarik di tebing sungai dalam perjalanan selama 30 minit.

Bermula dari Jeti Bot Penambang, anda akan dibawa ke Jambatan Sultan Abdul Jalil dan kemudian patah balik ke Jeti Padang Kawad.

Sepanjang perjalanan korang boleh nampak Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah dan juga rumah hantu kak limah hahaha

Dulu kami kecil selalulah pergi belah seberang sana (sayong). Dulu ada sampan jer haha. Saja bawa budak2 ni naik bot..dah terperap dalam rumah lama sangat ekeke

Adult RM9.00
Kids RM5.00
Setiap hari dari jam 11pg-6ptg




Kami ada buat video sepanjang naik bot. Korang boleh tonton video ni dan jangan lupa subscribe sekali ok (support sikit). 


Jumaat, 17 Julai 2020

JAMBATAN VICTORIA | TEMPAT MENARIK DI PERAK #TRAVELPERAKLAH

3:37 PTG 0
JAMBATAN VICTORIA | TEMPAT MENARIK DI PERAK #TRAVELPERAKLAH

Jambatan Victoria (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Engor, Kuala Kangsar, Perak. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897, dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia. Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson. Sekarang jambatan itu dijadikan tempat pelancongan pada semua orang.

Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.

Teringin dah lama nak pergi sini. Sejak viral and tengok gambar diorang tangkap semua lawa2. Lepas KKM bagitau boleh rentas negeri terus balik dapatlah singgah sini sekejap.  Bukan jauh pun dari rumah mak El ekeke











Khamis, 16 Julai 2020

HOMESTAY KUALA TERENGGANU ADA KOLAM | MARISA VILLA HOMESTAY

10:50 PG 3
HOMESTAY KUALA TERENGGANU ADA KOLAM | MARISA VILLA HOMESTAY
Homestay Kuala Terengganu ada kolam - Sejak anak-anak dah besar ni kalau pergi travel jauh ataupun stay beberapa hari, kami lebih suka book homestay saja. Tapi tengok keadaan juga kalau hotel tu besar muat untuk kami yang ramai ni..boleh jer stay kat hotel. Tapi kalau ada homestay yang jauh lebih ok, kami pilih homestaylah lagipun murah, selesa, bilik banyak dan ada kelengkapan dapur. 

Nak pergi bercuti ke Terengganu hari tu, trylah cari homestay yang ada kolam. Banyak juga homestay yang ada kolam tapi semua dah full. Cari punya cari jumpa homestay Marisa Villa Homestay Kuala Terengganu. Tengok design homestay tu pun dah berkenan. Lawa sangat. Macam tak percaya jer. Yang paling best ada kolam. Seronoklah budak-budak tu berendam nanti. Terus tanya harga. Ok berbaloi!RM180 semalam (2 bilik 2 bilik air). Wifi pun ada tau. Yang penting lengkap dengan peralatan dapur macam peti ais, mesin basuh dan lain-lain pun ada. 

Kami plan nak stay 3 hari 2 malam. Tapi dah full book esoknya. Terpaksalah ambil semalam saja. Tetiba masa nak check in tu owner cakap, ada orang cancel booking. Alamak dah terlambat dah. Kami dah book homestay lain. Kalau tak book memang nak stay semalam lagi sebab tak puas stay kat homestay tu hihi.


Lawakan design rumah homestay ni



Dah tak sabar si kecik tu


Sampai2 terus terjun kolam



Mujur bawa stok megi..ha mandi2 laparlah mama..terus berdesup masak megi..kalau hotel jenuh naik turun lift kan haha



Ok ni masterbedroom...memang besar..boleh muat 4 atau lebih tapi ada queen size sajalah..lengkap dengan mini fridge dan tv (youtube channel saja) kat hujug tu ada pintu keluar ke bahagian belakang (washing mashine)



Bilik kedua ada katil queen dan single 


Ruang tamu yang comel


Dapur pun comel jer


Ni bahagian belakang (tepi tu airport Kuala Terengganu)


Bahagian depan. Rumah Homestay ni belah kiri saja. Yang kanan tu rumah owner. Teringin ada rumah macam ni. Cantik!!


Syok ada rumah leh nampak pool cam gini kan


Kalau korang berminat nak stay sini bolehlah check facebook   Marisavillahomestay Kuala Terengganu atau
Contact No. : Marisa Wardah 019-9880081
Cikgu Adam 019-9530081