MY FAV RECIPE BY NEULA ALOE SOOTHING GEL | DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 18 Jun 2020

MY FAV RECIPE BY NEULA ALOE SOOTHING GEL | DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI

Bila usia sudah berada di pertengahan 30an, kulit kita semakin hilang kelembapan dan keanjalan. Teringat 3 tahun lepas, kisah kawan pejabat El, dia cerita, anak buahnya rajin pakai gel pokok lidah buaya atau dipanggil Aloevera dirumahnya. Tiap-tiap pagi mesti potong pokok Aloevera dan sapu ke mukanya. Katanya, memang bagus untuk kulit.


Memanglah pokok Aloevera mempunyai khasiat dan kegunaan yang sangat bermanfaat untuk kegunaan manusia samada dalam bidang perubatan atau kosmetik dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Tapi kat rumah El manalah nak cari pokok lidah buaya tu. So sekarang tak payah risau mujur sekarang alove vera ada dalam bentuk gel. Ia lebih mudah disimpan di dalam peti sejuk, tahan lama dan menjimatkan masa.  


 

My Favourite Recipe By Neula Aloe Soothing Gel


Gel yang cepat menyerap memberikan rasa menyegarkan pada kulit. Memberi kesan menenangkan dan melembapkan pada kulit sensitif. Menjaga kesihatan permukaan dan badan. Ia ringan pada kulit dan boleh digunakan untuk melembapkan wajah, lengan, kaki dan rambut. Melembapkan kulit dengan cepat tanpa meninggalkan rasa melekit di kulit.



Teksturnya sangat ringan, cepat meresap ke dalam kulit dan paling besttak melekit langsung. Sejurus korang apply kat muka atau seluruh badan, gel ini cepat meresap. 


Kebaikan My Favourite Recipe By Neula Aloe Soothing Gel

 

1. Eye Pack

Korang yang ada masalah mata panda atau eye bag tu boleh sapukan gel ini. 1) Cara senang jer, just ambil kapas biasa (yang selalu pakai untuk sapu toner tu. 2)Letak gel di atas kapas. 3) Apply kapas tadi di bawah mata korang. 4) Apply selama 10-20 minit. Tapi El lagi suka letak dalam peti ais dahulu kapas tu sebelum apply di bawah mata. Feel so good. Penggunaannya yang teratur membantu mengurangkan kedutan dan lingkaran hitam di sekitar mata dan menjadikan mata tampak segar.

 

2. Base Makeup untuk kulit glowing

Kalau korang nak tahu, El selalu guna aloevera ini sebagai base makeup untuk dapatkan kulit yang glowing dan resultnya mekap korang akan lebih bertahan lama. Sebelum makeup, 1st korang apply aloevera. Sapu keseluruhan muka. Korang juga boleh mixkan aloe vera gel ni dengan foundation korang dalam ukuran ratio 2:1.




3. Mask Pack for moisturizing

Aloe Vera ini memang bagus untuk kulit kita sebab kulit kita juga perlukan kelembapan (moisture) dan pernafasan yang baik..baru lah kulit muka kita sihat, segar dan awet muda gitu. Aloevera juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai mask pack. Korang boleh apply aloevera sahaja ataupun boleh campurkan dengan bahan yang lain seperti lemon, putih telur dan sebagainya. Caranya sapukan gel aloe vera ni pada kertas mask (mask yang dah kering) ataupun sapu sahaja pada kulit keseluruhan muka kita dan biarkan selama 15-20 minit then cuci muka guna air biasa. Boleh apply seminggu 2 atau 3x seminggu.


4. Sebagai pelembap selepas terkena sunburn

Korang tahu sajalah, Malaysia ni memang panas. Kalau korang tak apply lotion/gel memang akan menyebabkan kulit kita bertambah teruk. Bila kulit terkena sunburn memang rasa sakit dan perit-perit sampai merah-merah kan? That’s why, gel aloevera ini El selalu apply kalau terkena sunburn tu. Lagi bagus kalau korang apply sebelum keluar ke mana-mana. Please protect your skin ok.

 


5. Pelembap

Kalau tak pakai makeup pun, El selalu jer apply Aloe Vera. 1st dia tak ada sebarang bau dan tak mudah melekit. Senang nak apply sebagai pelembap. Dah yang best Aloe Vera ni adalah 98% original dan sesuai untuk semua jenis kulit ialah mempunyai sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat. Hasilnya Aloe Vera dianggap hebat untuk mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar. Korang boleh apply di muka atau seluruh anggota badan selepas bangun dan sebelum tidur.

 6. Hair Treatment

Aloe Soothing Gel ini pula boleh juga digunakan sebagai hair treatment. Kalau korang ada masalah rambut rosak, bercabang, kering dan sebagainya, boleh apply gel ini mendapat kelembapan rambut, mempertahankan kekuatan rambut dan mencegah rambut dari gugur dan rosak. Caranya selepas mandi, keringkan rambut dan apply gel di keseluruhan rambut. Yang memakai tudung, selepas sapu gel di rambut, biar seketika dahulu dalam 5 minit barulah pakai tudung.


 


7. Penjagaan kelembapan untuk seluruh badan

So far, apa yang El kongsikan di atas kebaikan Aloe Vera ini sangat bagus untuk melembapkan seluruh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ianya akan menyerap ke dalam kulit dengan cepat untuk meningkatkan kelembapan. Memberikan anda rasa yang lembut dan licin di samping menyamankan kulit anda.


8. Essence Penjagaan Kuku

Kepada sesiapa yang ada masalah kuku tangan ke kuku kaki ke boleh apply gel aloe vera ni pada kuku korang. Lagi-lagi wanita yang suka memasak. Mesti ada masalah kuku tangan semua. Terkopaklah, kuku kasarlah macam-macam kat dapur tu. Trylah sapu dengan gel ini selepas habis buat kerja rumah/dapur. Insyallah dapat mengurangkan kerapuhan kuku korang tu dan kuku korang akan nampak berkilat.


9. Krim pencukur / krim selepas bercukur

Biasanya selepas shave, kulit mesti jadi sensitifkan, kemerahan, kasar dan kadang-kadang boleh jadi gatal? Selalunya El akan apply gel Aloe Vera ini selepas sahaja shave. Gel ini boleh mengurangkan kegatalan atau kemerahan pada kulit korang insyallah. Trylah.



 10. Melembutkan kulit di siku & lutut

Bencikan kalau kulit kering bahagian lutut dan sikut. Nampak buruk. Walaupun pakai baju lengan panjang tertutup bagai, tapi kenalah jaga juga. Seperti biasa apply sahaja gel Aloe Vera ini di bahagian siku dan lutut setiap hari. Insyallah kulit sentiasa lembap dan tidak rosak lagi.

 

11. Non Peeling Foot Mask

Banyak sebenarnya kegunaan gel Aloe Vera ini. Salah satu yang El nak share ialah sebagai Non Peeling Foot Mask. Gel Lidah buaya mempunyai sifat bakterus dan bakteriostatik, merangsang peredaran darah. Ia akan menghidrat kulit dan membantu mengekalkan kelembapan, mengurangkan keradangan yang memberikan sifat menenangkan dan melembapkan. Ia berkesan untuk penuaan dan memulihkan kulit yang rosak.

 

12. Kelembapan tumit retak

Korang yang mengalami kesan tumit merekah macam El ni. Bolehlah try sapu gel ini setiap hari kerana khasiatnya dapat mengurangkan kesan rekahan dan mengekalkan kelembapan pada bahagian berkenaan.

 

Selain itu juga, korang pun tahu Aloe Vera ini juga boleh merawat luka sehingga sehingga tidak meninggalkan parut dan mempercepatkan penyembuhan kesan melecur, terbakar. Sebab itu bagusnya kalau rumah kita ada simpanan gel Aloe Vera ini (kalau takada pokoklah kan)




Disebabkan bekasnya yang agak besar, memang susahlah nak bawa kemana-mana. Rugilah tak bawa sekali. So, El masukkan sedikit dalam bekas yang kecil, sesuai masuk dalam beg. So boleh digunakan bila-bila masa di mana saja berada.


El rekemen sangat gel ni. Memang 5 bintang. Aloe gel ini bukan saja untuk kita pakai, malah untuk satu family juga. Korang boleh cuba My Fav New Recipe by Neula Aloe Soothing Gel ini dan dapatkan di farmasi dan hypermarket berdekatan dengan korang ok. Atau korang boleh beli di shopee klik sini https://bit.ly/3hysH4d


Untuk maklumat lanjut korang boleh layari


Website: https://www.kirayent.com/

Facebook: https://www.facebook.com/kirayskincare/


10 ulasan:

  1. bestnya tengok kak el letak gel aloe ni dekat tangan. Rasa sejuk! Banyak manfaat dia dalam satu bekas tu. Memang berbaloi beli

    BalasPadam
  2. Fana pun ada pakai, tapi jenis aloe vera mist. Memang bagus sangat. Kalau rasa malas nak pakai moisturizer terus spray je muka guna mist. Sejukkkkk.

    BalasPadam
  3. Bagus ni satu produk boleh berkesan utk semua... berapa lak harganya?

    BalasPadam
  4. I love this kind of aloe Vera shooting gel. Makes my skin supple and feel cool. I am now using Faceshop aloe Vera gel.

    BalasPadam
  5. Wow banyaknya kegunaan y i tak tahu.. I ada simpan jugak aloevera gel. Kadang-kadang i guna. Haah setuju sgt.. Aloevera ni cepat menyerap dan tak tinggalkan rasa melekit kat kulit.

    BalasPadam
  6. Bagus kann produk ni, Sis dari mula keluar sampai sekarang masih guna, letak kat tangan dan kaki sebelum tido, beli plak masa tu kirim gan kawan pi Korea, sampai 3 bekas besar, so memang tak habis-habis lagi tu...

    BalasPadam
  7. Produk ni memang banyak kelebihan. So xpayah risau nak guna. Kat rumah pun mesti kena ada satu

    BalasPadam
  8. saya pun antara pengguna produk berasaskan aloe vera. banyak khasiatnya :)

    BalasPadam
  9. apply sejuk-sejuk memang best.

    BalasPadam
  10. gel ni atie pernah pakai..tempat lain okay..sejuk and lembab tapi klu sapu muka..jadi gatal :(

    BalasPadam