06/01/2020 - 07/01/2020 - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 25 Jun 2020

GAMBIR SARAWAK

10:48 PG 0
GAMBIR SARAWAK
Setiap Kali Lepas Bersama..
.
Anda Mengalami Masalah Ketika Bersama? Anda Perlukan Bantuan??

Anda ada masalah berikut :

√ Rasa Rendah Diri Dengan Pasangan
√ Tewas Terlalu Cepat
√ Takut Nak Guna produk Luar Yang Mengandungi Bahan Kimia Terlarang
√ Nak Beli Produk Lain Harga Agak Mahal


EX10 GEL Dirumuskan Berasaskan Ekstrak Gambir Sarawak Asli Dan Bebas Bahan Kimia,Selamat Digunakan Ketika Bersama Dengan Pasangan,Produk Yang Dapat Mengembalikan Keharmonian Rumahtangga..

Untuk kegunaan luaran sahaja (lelaki)

# KELEBIHAN EX10 GEL
.
✔️ Memberi Kepuasan Ketika Bersama
✔️ Mampu Bertahan Lama Ketika Bersama
✔️ Produk Yang Selamat Digunakan Kerana Mengunakan Bahan Organik Daripada Ekstrak Gambir Sarawak Asli
✔️ Tanpa Bau Dan Pewarna
✔️ Tak Perlu Tunggu Lama Untuk On
✔️ Harga Murah Dan Sangat Berbaloi



Gambir Sarawak Promo
2 botol RM20
1 botol RM15

Untuk pembelian sila whatsapp 016-4238053
Anda Akan Dapat:2pcs EX10 GEL Gambir Sarawak Plus

"Tambah Power Dgn EX10 GEL"

Khamis, 18 Jun 2020

MY FAV RECIPE BY NEULA ALOE SOOTHING GEL | DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI

10:41 PG 9
MY FAV RECIPE BY NEULA ALOE SOOTHING GEL | DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI

Bila usia sudah berada di pertengahan 30an, kulit kita semakin hilang kelembapan dan keanjalan. Teringat 3 tahun lepas, kisah kawan pejabat El, dia cerita, anak buahnya rajin pakai gel pokok lidah buaya atau dipanggil Aloevera dirumahnya. Tiap-tiap pagi mesti potong pokok Aloevera dan sapu ke mukanya. Katanya, memang bagus untuk kulit.


Memanglah pokok Aloevera mempunyai khasiat dan kegunaan yang sangat bermanfaat untuk kegunaan manusia samada dalam bidang perubatan atau kosmetik dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Tapi kat rumah El manalah nak cari pokok lidah buaya tu. So sekarang tak payah risau mujur sekarang alove vera ada dalam bentuk gel. Ia lebih mudah disimpan di dalam peti sejuk, tahan lama dan menjimatkan masa.  


 

My Favourite Recipe By Neula Aloe Soothing Gel


Gel yang cepat menyerap memberikan rasa menyegarkan pada kulit. Memberi kesan menenangkan dan melembapkan pada kulit sensitif. Menjaga kesihatan permukaan dan badan. Ia ringan pada kulit dan boleh digunakan untuk melembapkan wajah, lengan, kaki dan rambut. Melembapkan kulit dengan cepat tanpa meninggalkan rasa melekit di kulit.



Teksturnya sangat ringan, cepat meresap ke dalam kulit dan paling besttak melekit langsung. Sejurus korang apply kat muka atau seluruh badan, gel ini cepat meresap. 


Kebaikan My Favourite Recipe By Neula Aloe Soothing Gel

 

1. Eye Pack

Korang yang ada masalah mata panda atau eye bag tu boleh sapukan gel ini. 1) Cara senang jer, just ambil kapas biasa (yang selalu pakai untuk sapu toner tu. 2)Letak gel di atas kapas. 3) Apply kapas tadi di bawah mata korang. 4) Apply selama 10-20 minit. Tapi El lagi suka letak dalam peti ais dahulu kapas tu sebelum apply di bawah mata. Feel so good. Penggunaannya yang teratur membantu mengurangkan kedutan dan lingkaran hitam di sekitar mata dan menjadikan mata tampak segar.

 

2. Base Makeup untuk kulit glowing

Kalau korang nak tahu, El selalu guna aloevera ini sebagai base makeup untuk dapatkan kulit yang glowing dan resultnya mekap korang akan lebih bertahan lama. Sebelum makeup, 1st korang apply aloevera. Sapu keseluruhan muka. Korang juga boleh mixkan aloe vera gel ni dengan foundation korang dalam ukuran ratio 2:1.




3. Mask Pack for moisturizing

Aloe Vera ini memang bagus untuk kulit kita sebab kulit kita juga perlukan kelembapan (moisture) dan pernafasan yang baik..baru lah kulit muka kita sihat, segar dan awet muda gitu. Aloevera juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai mask pack. Korang boleh apply aloevera sahaja ataupun boleh campurkan dengan bahan yang lain seperti lemon, putih telur dan sebagainya. Caranya sapukan gel aloe vera ni pada kertas mask (mask yang dah kering) ataupun sapu sahaja pada kulit keseluruhan muka kita dan biarkan selama 15-20 minit then cuci muka guna air biasa. Boleh apply seminggu 2 atau 3x seminggu.


4. Sebagai pelembap selepas terkena sunburn

Korang tahu sajalah, Malaysia ni memang panas. Kalau korang tak apply lotion/gel memang akan menyebabkan kulit kita bertambah teruk. Bila kulit terkena sunburn memang rasa sakit dan perit-perit sampai merah-merah kan? That’s why, gel aloevera ini El selalu apply kalau terkena sunburn tu. Lagi bagus kalau korang apply sebelum keluar ke mana-mana. Please protect your skin ok.

 


5. Pelembap

Kalau tak pakai makeup pun, El selalu jer apply Aloe Vera. 1st dia tak ada sebarang bau dan tak mudah melekit. Senang nak apply sebagai pelembap. Dah yang best Aloe Vera ni adalah 98% original dan sesuai untuk semua jenis kulit ialah mempunyai sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat. Hasilnya Aloe Vera dianggap hebat untuk mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar. Korang boleh apply di muka atau seluruh anggota badan selepas bangun dan sebelum tidur.

 6. Hair Treatment

Aloe Soothing Gel ini pula boleh juga digunakan sebagai hair treatment. Kalau korang ada masalah rambut rosak, bercabang, kering dan sebagainya, boleh apply gel ini mendapat kelembapan rambut, mempertahankan kekuatan rambut dan mencegah rambut dari gugur dan rosak. Caranya selepas mandi, keringkan rambut dan apply gel di keseluruhan rambut. Yang memakai tudung, selepas sapu gel di rambut, biar seketika dahulu dalam 5 minit barulah pakai tudung.


 


7. Penjagaan kelembapan untuk seluruh badan

So far, apa yang El kongsikan di atas kebaikan Aloe Vera ini sangat bagus untuk melembapkan seluruh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ianya akan menyerap ke dalam kulit dengan cepat untuk meningkatkan kelembapan. Memberikan anda rasa yang lembut dan licin di samping menyamankan kulit anda.


8. Essence Penjagaan Kuku

Kepada sesiapa yang ada masalah kuku tangan ke kuku kaki ke boleh apply gel aloe vera ni pada kuku korang. Lagi-lagi wanita yang suka memasak. Mesti ada masalah kuku tangan semua. Terkopaklah, kuku kasarlah macam-macam kat dapur tu. Trylah sapu dengan gel ini selepas habis buat kerja rumah/dapur. Insyallah dapat mengurangkan kerapuhan kuku korang tu dan kuku korang akan nampak berkilat.


9. Krim pencukur / krim selepas bercukur

Biasanya selepas shave, kulit mesti jadi sensitifkan, kemerahan, kasar dan kadang-kadang boleh jadi gatal? Selalunya El akan apply gel Aloe Vera ini selepas sahaja shave. Gel ini boleh mengurangkan kegatalan atau kemerahan pada kulit korang insyallah. Trylah.



 10. Melembutkan kulit di siku & lutut

Bencikan kalau kulit kering bahagian lutut dan sikut. Nampak buruk. Walaupun pakai baju lengan panjang tertutup bagai, tapi kenalah jaga juga. Seperti biasa apply sahaja gel Aloe Vera ini di bahagian siku dan lutut setiap hari. Insyallah kulit sentiasa lembap dan tidak rosak lagi.

 

11. Non Peeling Foot Mask

Banyak sebenarnya kegunaan gel Aloe Vera ini. Salah satu yang El nak share ialah sebagai Non Peeling Foot Mask. Gel Lidah buaya mempunyai sifat bakterus dan bakteriostatik, merangsang peredaran darah. Ia akan menghidrat kulit dan membantu mengekalkan kelembapan, mengurangkan keradangan yang memberikan sifat menenangkan dan melembapkan. Ia berkesan untuk penuaan dan memulihkan kulit yang rosak.

 

12. Kelembapan tumit retak

Korang yang mengalami kesan tumit merekah macam El ni. Bolehlah try sapu gel ini setiap hari kerana khasiatnya dapat mengurangkan kesan rekahan dan mengekalkan kelembapan pada bahagian berkenaan.

 

Selain itu juga, korang pun tahu Aloe Vera ini juga boleh merawat luka sehingga sehingga tidak meninggalkan parut dan mempercepatkan penyembuhan kesan melecur, terbakar. Sebab itu bagusnya kalau rumah kita ada simpanan gel Aloe Vera ini (kalau takada pokoklah kan)




Disebabkan bekasnya yang agak besar, memang susahlah nak bawa kemana-mana. Rugilah tak bawa sekali. So, El masukkan sedikit dalam bekas yang kecil, sesuai masuk dalam beg. So boleh digunakan bila-bila masa di mana saja berada.


El rekemen sangat gel ni. Memang 5 bintang. Aloe gel ini bukan saja untuk kita pakai, malah untuk satu family juga. Korang boleh cuba My Fav New Recipe by Neula Aloe Soothing Gel ini dan dapatkan di farmasi dan hypermarket berdekatan dengan korang ok. Atau korang boleh beli di shopee klik sini https://bit.ly/3hysH4d


Untuk maklumat lanjut korang boleh layari


Website: https://www.kirayent.com/

Facebook: https://www.facebook.com/kirayskincare/


Jumaat, 12 Jun 2020

SEJARAH PKP 2020 SEBAGAI KENANGAN - GAMBAR PKP - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

10:46 PG 1
SEJARAH PKP 2020 SEBAGAI KENANGAN - GAMBAR PKP - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Nak simpan kat dalam blog jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Untuk aku,  follower dan generasi akan datang baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020

FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020

FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020

FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020

FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)

FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 

1) Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

2) PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

3) Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

4) Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

5) Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

6) Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

7) Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

8) Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

9) Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

10) Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

11) Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

12) Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

13) Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

14) Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

15) Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

16) Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

17) Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

18) Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

19) Taman permainan kanak-kanak ditutup.

20) Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

21) Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.

22) Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

23) Rak-rak di kedai menjadi kosong.

24) Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

25) Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

26) Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

27) Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

28) Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

29) Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

30) Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

31) Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

32) Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

33)  "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 



















Lakukan kebaikan antara satu sama lain 

Sayangi antara satu sama lain

Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! 

Jumaat, 5 Jun 2020

JOM DAPATKAN MAKLUMAT DAN TIPS KESIHATAN

10:41 PG 1
JOM DAPATKAN MAKLUMAT DAN TIPS KESIHATAN

Salam semua, Untuk menjalani kehidupan yang sihat, adalah penting untuk kita menjaga kesihatan tubuh. Tubuh badan yang sihat tidak hanya termasuk diet yang seimbang dan bersenam tetapi juga pemikiran yang positif. 


Di sini El nak perkenalkan sebuah laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan El iaitu Tips Kesihatan. Dekat sini korang boleh dapatkan informasi berkenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best sekali mestilah sebab ada banyak tips untuk gaya hidup sihat.

Apa yang El suka berkenaan web ini adalah kerana penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas.

Selain itu El juga boleh print setiap artikel yang ada kat sana kalau nak tunjukkan dekat mak ayah, sedara-mara mahupun kawan ofis, cuma perlu tekan ikon print dekat hujung artikel tu. Format printing dia memang cantik dan tak serabut.

Kalau korang nak cari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah melawat ke sana ya.