RESEPI PUDING ROTI | BREAD PUDDING DENGAN SOS KASTARD - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 12 Mei 2020

RESEPI PUDING ROTI | BREAD PUDDING DENGAN SOS KASTARD

Salam semua. Tak tahu nak masak untuk menu berbuka nanti boleh try menu bread pudding ni. Dulu kami tak suka makan. Disebabkan favourite tok laki. So El trylah buat. 1st trial, macam tak jadi. Lepas tu baru-baru ni El try lagi. Kali ni tok laki suruh tabur atas puding tu cornflake dengan coklat cip. Bila makan krup krap krup krap baq hangMakan dengan sos kastad sejuk2 best hoi hahaha. Anak2 pun dah tersuka. 

Letak sini resepi takut lupa







Resepi Bread Pudding

8 keping roti (potong 4) disapu mentega
Kemudian letak dalam loyang. Susunlah ikut suka hati 🤣

2 cawan susu segar
3 sudu besar gula halus
2 biji telur
1sk esen vanila

Campur semua dan tuang pada roti. Boleh tabur kismis/choc chip/cornflakes. Bakar 200c 30minit

Sos kastard:

2 cawan susu cair
1/2 cawan air
4 sudu gula biasa
2 sudu besar tepung kastard

Campur semua masak dengan api perlahan. Jangan terlalu pekat sebab nanti sejuk dia akan pekat. Simpan dalam peti ais.

Update: Baru ni buat lagi bread pudding..kali ni tok laki suruh letak cornflake dengan coklat cip tu every layer. Kemainkan tok laki kami haha..Tapi memang lagi sedap..

1 ulasan:

  1. yang ada roti tak habis makan tu sesuai buat macam ni. hehe

    BalasPadam