GOODIES BAG KAHWIN YANG MURAH DAN BERKUALITI SESUAI UNTUK SEMUA MAJLIS DARI GREENWORKS - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 5 Mei 2020

GOODIES BAG KAHWIN YANG MURAH DAN BERKUALITI SESUAI UNTUK SEMUA MAJLIS DARI GREENWORKS

Doorgift adalah hadiah kecil, cenderahati atau buah tangan dari pihak majlis kepada tetamu sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran memeriahkan majlis. Majlis tampak kurang berseri tanpa ada buah tangan untuk para tetamu membawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Ia juga sebagai hadiah buat mereka yang hadir memeriahkan majlis dan mendoakan yang terbaik buat pasangan yang bakal menempuh alam baru. Kebiasaannya doorgift ini akan diberi sebelum atau selepas majlis. Terpulang kepada aturcara pihak majlis. Doorgift untuk majlis perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang wajib tetapi ianya sekadar memenuhi adat semata-mata. 
Zaman dahulu doorgift majlis perkahwinan yang paling rare ialah bunga telur. Cuma, agak leceh jika kita membuatnya sendiri, mengambil sedikit masa, dan kadangkala agak mahal. Jalan terbaik adalah dengan membelinya terus secara online ataupun kedai-kedai berhampiran.

Jika korang belum ada idea untuk buat doorgift yang cantik dan unik untuk majlis perkahwinan, di sini El akal kongsikan satu pilihan doorgift yang menawarkan hadiah yang terbaik, menarik dan sesuai dalam mana jua majlis iaitu di Greenworks


Greenworks Menawarkan Goodies Bag Kahwin Yang Murah Sesuai Untuk Semua Majlis

Pening memikirkan idea goodies bag untuk majlis perkahwinan?Jangan risau, pelbagai doorgift boleh didapati di Greenworks. Pastinya yang praktikal dan sesuai dengan bajet anda. 

Greenworks merupakan pemborong dan pembekal hadiah promosi dan premium di Malaysia yang didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat SSM Malaysia. Di Greenworks, bukan sahaja menjual goodies bag kahwin malahan ada pelbagai produk custom made yang sesuai dijadikan sebagai hadiah atau doorgift. Banyak pilihan yang boleh dijadikan sebagai corporate gift, personal atau sebagai hadiah kepada orang tersayang 

Greenworks - Eco|Promotional| Premium|Gift
Jute Drawstring Pouch

Buat bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan yang sedang mencari goodies bag murah, boleh memilih Jute Drawstring Pouch sebagai goodies bag. 

Jute Drawstring Pouch ini memang sangat sesuai untuk korang. dilengkapi dengan pelbagai pilihan warna. Sesuai untuk beg perkahwinan, beg hadiah, beg perhiasan atau beg parti. Tetamu boleh pegang tali tu je. Ringan dan mudah untuk dibawa.


Jute Drawstring Pouch gift ini sangat sesuai untuk diisi pelbagai jenis filling seperti tasbih, cookies, tuala mini, kurma, buku yassin, sejadah mini, candle, perfume dan banyak lagi. 



Berkualiti dan murah

Kebetulan sepupu belah suami akan melangsungkan perkahwinan bulan depan. Dia tercari-cari goodies bag yang simple, murah dan berkualiti. Bila El syorkan Jute Drawstring Pouch ini, terus dia berkenan. Lagipun kualiti Jute Pouch ini memang jenis tahan lama dan sesuai diisi pelbagai jenis dan bentuk doorgift. 
Jute pouch ini didatangkan dengan tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar mengikut pilihan masing masing.  Warna yang available seperti Natural / Coffee / Dark Coffee / Sky Blue / Purple / Orange / Black / Green / Pink / Red / Wine Red

Jute Pouch ini yang juga boleh custom made dengan gambar dan logo pilihan korang dan dijual dengan harga semurah dari RM1.20 mengikut kuantiti dan saiz yang diinginkan.


Ini adalah antara contoh Jute Pouch yang di custom made dari pelanggan Greenworks dengan gambar pilihan. Comel dan menarikkan. Korang boleh sahaja letak apa sahaja gambar pilihan. Di Greeworks akan melaksanakan impian goodies bag korang. Kalau goodies bag kahwin maybe boleh letak gambar pasangan pengantin dan sedikit ucapan penghargaan.  

Cara Membuat Tempahan

Kalau ada diantara korang yang ingin order Jute Pouch ini bolehlah klik terus ke



Di sini korang boleh pilih size dan color korang nak. Untuk bahagian Printing Option pula bagi korang yang inginkan cetakan pada Jute Drawstring Pouch boleh buat pilihan seperti dibawah dan bayaran tambahan disertakan. Lepas itu klik Add to Quote.



Selesai klik Add to Quote, akan terpapar Check Quote ListKlik situ dan paparan seterusnya akan keluar.

Untuk bahagian ini korang semak semula size, color semua OK seterusnya boleh isi maklumat seperti yang dinyatakan. Isi Special Request (jika ada) dan klik Send Your Request. Last sekali, korang tunggu saja proses seterusnya di mana pihak Greenworks akan terima dan semak quotation dan akan beri maklum balas secepat yang mungkin. 

Pelbagai Pilihan Goodies Bag Doorgift di Greenworks

Selain pilihan Jute Drawstring Pouch, Greenworks juga menawarkan pelbagai pilihan doorgift dan produk sesuai untuk pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi dengan harga yang  murah dan berkualiti. Sesuai untuk dijadikan corporate gift, personal dan hadiah yang tersayang. Antaranya Daily Use, Stationary, Eco Friendly Gift, Lanyards, Eco Bags, IT Gadgets dan Outdoor & Travel







Jika syarikat korang bekerja mencari hadiah atau cenderamata sesuatu kursus atau seminar, Greenworks memang pilihan yang tepat kerana menawarkan produk 
sesuai untuk majlis yang akan diadakan 

Untuk sebarang pertanyaan korang boleh hubungi:

Greenworks Marketing Sdn. Bhd.
Contact : +60 12-302 7093 / +60 3-6273 1210
Location : 230, Jalan KIP 7, Taman Perindustrian KIP, Kepong, 52200, Kuala Lumpur, Malaysia
Operasi hours : Monday - Friday 9AM-6PM * except public holidays

18 ulasan:

  1. Waaa menarik, memang tengah survey gak ni untuk majlis anak..kenan plak dengan uncang comel tu haaa...nanti boleh jenguk

    BalasPadam
  2. byk pilihan tu...bole pilih mn yg berkenan dihati yg penting murah....tq for sharing

    BalasPadam
  3. Sekarang ini segalanya mudahkan? Klu dulu jenuh fikir apa lah yang nak bagi pd tetamu tapi apa apa pun sis lebih suka bagi bunga telor ... bag jute tu sesuai la masuk telur telor..

    BalasPadam
  4. comel je pouch tu. pilihan warna pun banyak design lain pun cantik2 untuk disesuaikan dengan event

    BalasPadam
  5. Cantik juga bunjut jute tu. Sekarang ni trend jute bag kalau dapat ni mesti penerima happy. Atas tu isi serbuk kopi ye?. Idea juga tu. Unik.

    BalasPadam
  6. Serbuk kopi pulak....biji kopi...

    BalasPadam
  7. Cantiknya, banyak pilihan pulak tu. Sis klau dapat goodies beg mcam ni memang happy sesangat. Simpan buat koleksi

    BalasPadam
  8. Memang bgusla. Mana yang nak buat majlis, program atau apa2 event. Dapatkan goodies kat sini. Banyak lilihan

    BalasPadam
  9. semua cantik2 memang sesuailah utk buat goodie bag apa2 majlis sekalipun

    BalasPadam
  10. Semuanya cantik2 belaka kan kak.. Kita suka goodies beg comel2 ni.. Tp kalau nk jimat, guna craft paper je senang kan...

    BalasPadam
  11. Murah dan berbaloi.. nanti boleh rekomen sape2 yg mencari beg goodies

    BalasPadam
  12. Wah. Banyak pilihan gifts kat sini. Boleh la nak rekomen kat opis bila time nak buat event - senang cari doorgift kan

    BalasPadam
  13. Tengok gift ni teringat masa zaman nak kawen dulu. susahnya mencari goodie bag murah dan cantik. Bleh la nanti rekemen kat kawan-kawan dan anak saudara.

    BalasPadam
  14. Eh betul la semua comel-comel dan murah-murah belaka. Ni yang terasa nak kahwin lagi ni

    BalasPadam
  15. Skrg ni dah mcm2 jenis doorgift dan byk pilihan ikut citarasa mading2 tp kak tetap suka dgn bunga telur

    BalasPadam
  16. sekarang ni semua dah murah kan. dulu kalau nak goodies yang moden selain kuih bahulu, agak mahal jugak

    BalasPadam
  17. Cantiknya goodies bag tue...banyak pilihan pula..boleh rekemen kt membr nad la nnti..

    BalasPadam
  18. Jute drawstring tu lawa gilaaaa.. comel je kalau bagi tetamu kan. Harap habis pkp ni boleh buat kenduri macam dulu balik. Rindu nak makan nasi minyak.heheh haa banyak lagi gift yang boleh ditempah kat sini. Menarik tu

    BalasPadam