04/01/2020 - 05/01/2020 - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 28 April 2020

VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

11:07 PG 2
VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara.   

Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan
 penggerakkan,Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.  

Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” 
“roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.



Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, dimana 
mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatanuzur dan sebagainya


Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makananVit Makanan juga telah menyumbang  sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Laike pada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai.  



Vits juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dariproduk ini akan didermakan terus kepada pembelian Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini.



To purchase consumer can just click below link and all contributions will be channeled to purchase isolation gown for Hospital Kuala Lumpur, Covid Team. 


Isnin, 27 April 2020

SAJIAN RAMADAN OLIVE DARI OLIVE TREE HOTEL PENANG

12:56 PTG 7
SAJIAN RAMADAN OLIVE DARI OLIVE TREE HOTEL PENANG
Sajian Ramadan Olive| Buka Puasa Takeaway Assalamualaikum dan salam mesra semua. Tidak terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa. Dah masuk hari keempat kita berpuasa. Tentunya pelbagai masakan dan resepi baru yang korang buat. Ada yang menjadi ada yang tak menjadi. Bak kata PM kita kalau masakan tak jadi tu bolehlah share dalam page facebook Masak Apa Tak Jadi hihi. 


Sebenarnya nak cerita pasal semalam kejadian. Tok laki sis nak makan makanan hotel. Tapi musim PKP ni manalah boleh makan buffet kat hotel. Sis pun tercari-cari menu berbuka yang best di facebook. Ternampaklah satu pakej menu yang menarik perhatian sis. Harga pun berpatutan. Siap dapat mangkuk tingkat lagi. Tapi korang kena tambah RM30 sahaja untuk dapat sekali dengan mangkuk tingkat tu. Sis dah berkenan sangat dengan mangkuk tingkat tu. Terus sis buat order.  Family sis ramai. So sis order Set A for 1 person. Set B for 2 person dan 3 menu lagi ala carte. 



Alhamdulilah mangkuk tingkat sis dah sampai!!Teruja sis. Korang boleh pilih samada nak pickup sendiri atau hotel hantarkan. Jom tengok menu yang sis order.




  Untuk Set A dan B ada pembuka selera seperti buah kurma, jelatah dan papadom. Menu utama pula nasi putih, ayam rendang, daging masak hitam dan sayur goreng campuran. Ada pencuci mulut tau buah-buahan dan kuih. Setiap hidangan set ada disediakan air seperti air bandung dan teh tarik. 

Kalau korang order set A atau B, korang boleh pilih nak mangkuk tingkat ataupun tidak. Rugi kalau korang tak beli sekali dengan mangkuk tingkat. El rasa pakej yang disediakan semua sangat berbaloi






Pihak hotel juga ada sediakan menu ala carte. Yang bestnya setiap order menu ala carte akan disediakan FREE a cup of hot lemon tea. Korang boleh pilih menu Asian or Western. El pun ada order menu ala carte 



Seafood Olive Fried Rice 


 Fried Bee Hoon 


Chicken Burger 1 set 
(served with salad, breaded onion rings, french fries)

Antara menu yang popular di Selah Cafe ini seperti Chicken Mushroom Alfredo | Chicken Chop | Lamb Chop
Asian Crispy Chicken | Grilled Eel Fried Rice | Spicy Prawn Pizza


Cara nak order:

Korang yang berminat nak order bolehlah klik https://olivetreehotel.easy.co 









Selah Cafe dibuka dari pukul 10.00am-8.00pm
Korang boleh start order pada pukul 11.00am dan last order pada 7.30pm

Penghantaran:
Self pickup atau delivery

Bayan Lepas – Free
Sg Ara, Batu Maung, Gelugor, Green Lane, Jelutong, Pulau Tikus and George Town MYR10 
(Free delivery if order is MYR40 above)

        First delivery starts at 11:30 AM.
       Delivery time could take between 30 - 90 minutes depending on the area of delivery.

Promo!Promo!

FREE DRINKS - All items except breakfast and Sajian Ramadan Set items comes with 1 cup of hot lemon tea.

SALE item - #stayhomeoffer

Chicken Chop MYR15 each, Buy 10 Free 1. (https://olivetreehotel.easy.co/products/chicken-chop)

Selah’s Signature Fried Bee Hoon  (https://olivetreehotel.easy.co/products/fried-bee-hoon)

Oriental Fried Rice

Spicy Nasi Goreng Kampung

Chicken Chop with Mongolian Sauce

For Ramadan –
Sajian Ramadan Olive – Set A  & Set B

Korang yang berminat nak beli mangkuk tingkat sekali boleh klik masa korang order tu. Just tambah RM30 sahaja. Berbaloikan. Dah lah mangkuk tingkat tu cute. Sebab tu sis pun tak tahan terus order hihi

Sebarang pertanyaan dan nak order juga boleh whatsapp di
 019 559 7114 atau

No.76, Jalan Mahsuri, 
11950 Bayan Lepas, 
Penang, Malaysia. 

Tel :  +6 04 637 7777 ext.7712  
Fax : +6 04 637 7766

Instagram : @olivetreehotelpenang

Khamis, 23 April 2020

RAMADAN TAKEAWAY BY SHANGRI-LA'S RASA SAYANG RESORT & SPA

1:31 PTG 3
RAMADAN TAKEAWAY BY SHANGRI-LA'S RASA SAYANG RESORT & SPA
Throughout the government enforced nationwide lockdown and the period coinciding with Ramadan, the Muslim fasting month, Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa presents "Ramadan Takeaway", a selection of treats and feast to brighten up your meal times. With a choice of box sets for 2, 4 and 6 persons, every option comes packed with Malaysian favorites and desserts. 







This limited time promotion is a convenient way for customers to 'buka puasa' in the comfort of their home with our authentic kampung fare takeaway spread, prepared just like the good old days, to be enjoyed with their loved ones, family and friends. 


Available daily throughout the month of Ramadan, Signature Malaysian Cuisine dished out by the popular Spice Market Cafe culinary team include Ayam Kari Kapitan, Daging Masak Madu Berempah, Ikan Tiga Rasa, Udang Masak Sambal, Nasi Briyani, Malay Kuih which are then paired with assorted fruits and imported premium dates.

"Ramadan Takeaway" is available in three different menu options, 

Set A at RM350 for 6 to 7 persons, 
Set B at RM200 for 4 to 5 persons and 
Set C at RM100 for 2 to 3 persons.

For more information or to make an order, please contact Eva Hoe at 019-4090460 or email to eewah.hoe@shangri-la.com. 

All orders must be made 24 hours in advance. The mode of payment is either cash on delivery or credit card. The order time is from 10:00 a.m. to 6:00 p.m. daily. 

The customer has the choice of picking up their orders at the Garden Wing Lobby or have they delivered without charge within the area of Batu Feringgi, Tanjung Bunga and Teluk Bahang only. 

All deliveries will be made 15 minutes earlier than the customer's preferred timing.



Sabtu, 18 April 2020

RESEPI DOH ROTI CANAI MUDAH LEMBUT DAN GARING

12:57 PTG 2
RESEPI DOH ROTI CANAI MUDAH LEMBUT DAN GARING
Resepi Doh Roti Canai Mudah Lembut dan Garing.

Assalamualaikum semua. Salam sayang semua yang masih lagi membaca blog El.
Aduhhhaiii gila lama tak update blog El ni..musim PKP, Blog pun terpaksalah PKP jugak haha

Sejak musim PKP ni duduk di rumah ada saja nak mencuba segala masakan viral. Tengok dalam facebook tak habis2 kengkawan mencuba pelbagai resepi. Teruja melihatnya. 

Actually sebelum ini El dah cuba buat roti canai. Tapi malangnya tak jadi. Roti canai tak boleh tebar dan jadi keras. Akhirnya masuklah dalam tong sampah huhu.

ROTI CANAI WITH SAMBAL IKAN BILIS

So baru-baru ini akhirnya El dah tau doh roti canai yg betul2 jadi lembut dan garing. Seronok bukan main. Tak payahlah nak keluar beli roti canai dah. Jimat satu hal. Kesempatan tu, El terus buat stok roti canai dan kuah dhal frozen nti sng nk mkn..jangan lupa sambal tumis dan kuah daging masak hitam. Kasi taruh kuah banjir fuhhh nikmat


Jangan hangpa tak tau no, El memang tau tebar roti canai tauuu..sebab dulu duk tolong arwah aboh jual roti canai. Ingat lagi arwah aboh nak niaga roti canai. Dia belajar tebar roti canai tu dengan ambil kain-kain nak dibasuh tu di buat macam doh roti canai. Pelan-pelan tebar kain basahan tu. Dedulu arwah aboh basuh baju kami dengan tangan. Duk membasuh tu, arwah abah trylah menebar baju-baju tu hihi. Lama-lama jadilah. Al-fatihah tuk arwah aboh.


Oh di sini El share resepi roti canai. Resepi ini boleh dapat dalam 20-22 biji (1kg gandum)


Bahan-bahan:
-1kg Tepung Gandum
-2sudu marjerin/butter (dicairkan)
-2sudu susu pekat manis
-1biji telur
-500ml air -garam secukup rasa.


Caranya:
Ambil mangkuk/besen/periuk besar. Masukkan air dulu. Tambah garam. Kacau sebati. Tambah telur. Kacau lagi. Tambah susu pekat. Kacau lagi. Tambah marjerin. Kacau lagi. Last tambah tepung sikit2. 
Adunan roti canai tak perlu diuli sekuat tenaga, cukup sekadar meratakan tepung sehingga tiada ketulan
rehat 15min dan uli lag. Rehat 15min uli lg. Lepas tu bulat2kan kecil2 dengan marjerin dan peraplah berapa lama korang nak..sis perap agak2 5 jam kut cantik bila tebaq..

ROTI CANAI WITH SAMBAL DAGING MASAK HITAM

SELAMAT MENCUBAAA