TIPS PENJAGAAN RAMBUT DENGAN SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK | 5X HYDRA THERAPY - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 3 Mac 2020

TIPS PENJAGAAN RAMBUT DENGAN SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK | 5X HYDRA THERAPY

Bagaimana korang menjaga rambut eh?Lagi-lagi yang bertudung?Ramai dikalangan wanita yang memakai tudung kurang prihatin tentang penjagaan. Yelah dah bertutup siapa nak tengokkan. Hey salah tu, wanita bertudung lagilah kena jaga tau. Wanita bertudung juga perlukan penjagaan rambut yang rapi, kalau tak jaga, rambut korang akan berbau, banyak kelemumur, rosak dan gugur. 

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

1. Tidak perlu basuh rambut setiap hari. 2 atau 3 hari sekali sudah memadai. Cuci rambut anda 2 jam sebelum memakai tudung.
2. Keringkan secara semula jadi tanpa pengering rambut
3. Pilih fabrik tudung yang sesuai
4. Rehatkan rambut sebaik sahaja sampai dirumah. 
5. Syampu rambut dengan produk yang sesuai dengan Safi Shayla Botanical Silk. 


Safi Shayla Botanical Silk

Bagi memastikan rambut sentiasa berada dalam keadaan bersih dan segar, sangat penting agar wanita tampil lebih yakin dengan apa jua keadaan. Lebih 80% wanita di negara ini memakai hijab/bertudung sepanjang masa dan kini ianya menjadi satu trend fesyen.

Mengikut aliran semasa dan gaya hidup terkini pengguna yang sentiasa berubah, Safi tampilkan 3 jenis syampu rambut di pasaran yang mengekalkan kesegaran berpanjangan, menjadikan rambut kekal sihat, segar dan  bermaya.


Kenapa Memilih Safi Shayla Botanical Silk

Kami pilih SAFI Shayla Botanical Silk kerana banyak kelebihannya terutama pada yang bertudung macam kami ni. Kami ni kalau hangpa nak tau, kerja dari pagi sampai ke petang dan kadang kadang kena kerja kat luar. Panas uii. Kami memang rasa tak selesa bila bertudung ni mulalah kepala berpeluh. Lepas tu rambut jadi berbau, kelemumur keluaq dan rambut start gugur. Memang rasa stress hangpa hoiii


Dah bertahun tahun El merupakan pengguna produk Safi. Termasuklah untuk penjagaan rambut, Safi tetap pilihan El. Pelbagai produk penjagaan rambut yang terbaik dari Safi tetapi baru-baru ini Safi telah mengeluarkan Safi Shayla Botanical Silk


Jadinya Safi adalah penyelamat kami. Safi Shayla Botanical Silk ni best sangat hangpa hoii. Rambut hangpa jadi wangi sangat!!! Kami suka!!! Lagi satu rambut jadi ringan dan lembut selepas dicuci. Bau kepam, masalah rambut dan kulit kepala dah tak ada hoii

SAFI Shayla Botanical Silk ini banyak kelebihannya terutama pada yang bertudung macam El. Tak bertudung pun boleh pakai juga. Seisi keluarga boleh pakai tau


Kelebihan lain Safi Shayla Botanical Silk 

🌸Bau wanginya boleh bertahan sehingga 48 jam

🌸SAFI SHAYLA Botanical Silk Shampoo diformulasikan dengan 100% Actan Botanical dan 0% Paraben * - kaya dengan nutrien untuk memanjakan rambut dari akar ke ujung dengan aroma segar yang unik tahan lama hingga 48 jam **.

🌸Campuran Sutera Botanikal dengan Lipid Layer Enhancer membantu mengekalkan kelembapan sambil menguatkan & memulihkan cahaya semulajadi untuk kilauan halus & rambut yang boleh diurus.

🌸Organik Habbatus Sauda
Sumber nutrien kaya untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala.

🌸Minyak Argan
Meninggalkan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan menambah bersinar yang sihat dan menarik

🌸Rose Oil
Mengembalikan kelembapan & lipid semulajadi untuk rambut yang kusam dan tidak teratur untuk rambut kilau halus.

🌸Chamomile Oil
Chamomile oil ni sangat bagus untuk korang yang ada masalah rambut yang rapuh dan mampu menyihatkan dan menguatkan rambut korang.

🌸Sunflower Oil
Minyak bunga matahari banyak digunakan oleh jenama syampu yang lain juga kerana ianya sangat bermanfaat untuk rambut yang kering dan kusam

Untuk Safi Shayla Botanical Silk ini ada 3 jenis syampu.

Silky Sheen Care


Intense Nourishment
 

Hair Fall Rescue

 

Kami memang recommend sangat kat hangpa produk Safi ni sebab lagi satu produk Safi Shayla Botanical silk ni tiada pewarna, alkohol SLS dan tiada animal testing.

Hangpa boleh dapatkan Safi Shayla Botanical Silk ini di pasaraya besar, online seperti Lazada, Shopee, Watsons online dan banyak lagi.

20 ulasan:

  1. wah. aida lom try!
    stok safi shampoo yg lama byk lagi few bottles.
    terbaik la ingredients nyer. semakin bagus safi!

    BalasPadam
  2. Belum cuba gak...kita yg bertudung nie mmg kena ambik berat tentang rambut..kena yg sesuai untuk.elakkan gugur dan berkelemumur..thanks for sharing

    BalasPadam
  3. Sukanya shampoo yang boleh tahan bau wangi lama. Ye la kan, kita pakai tudung kan, even rambut kering pun boleh jadi berkepam dalam tu kan

    BalasPadam
  4. Pengguna shampoo safi juga. Lepas baca review el ni, buatkan nur nak tukar shampoo botanical silk ni pulak hehe

    BalasPadam
  5. Untuk penjagaan rambut memang penting dapatkan syampoo yang sesuai terutama bagi yang bertudung. Boleh try la syampoo terbaru Safi ni.

    BalasPadam
  6. oo produk safi ni ya. nanti bolehlah cuba terutama yang bertudung. cuma kena cek juga la ramuan dia

    BalasPadam
  7. Adik-adik Rawlins memang pengguna Safi. Mereka sukakan bau dan manfaatnya kepada rambut dan kulit kepala mereka.

    BalasPadam
  8. Safi ni sentiasa fav. Harga berpatutan, mudah je nak beli kat mana-mana dan saiz mesti besor besor. Hehe

    BalasPadam
  9. bagusla produk ni...ramuannya mmg nmpk bagus dan halal...nanti nak cari laa nanti...

    BalasPadam
  10. Wahhh safi keluarkan produk baru ye. Sy tak ikuti sgt produk safi ni sebab tak pakai produk ni tapi tau la yg produk safi ni bagus

    BalasPadam
  11. Cantiknya botol dia tu, nampak macam sangat fresh dan unik. Belum pakai lagi dah rasa segar kulit kepala. Terima kasih review

    BalasPadam
  12. TB suka produk safi ni.. selalu je ada macam2 upgrade. macam2 produk baru.. terbaik lah. tb pun tengah guna syampu botanical safi gak

    BalasPadam
  13. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    BalasPadam
  14. Wow wangi hingga 48 jam ke... bestnya.. saya rasa saya nak try yang hair fall rescue punya.. - Blog Sofinahlamudindotcom

    BalasPadam
  15. Ramai review kata bagus, so mesti bagus kan...nanti nak cubalah...wangi tak bau dia El?

    BalasPadam
  16. memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.

    BalasPadam
  17. Produk safi shayla memang bagus pun. emi sendiri pernah cuba pakai shampoo safi shayla. Tapi sekarang bertukar kepada shampoo jenama lain dulu.

    BalasPadam
  18. hai... patut bau harum jer..

    BalasPadam
  19. Saya juga guna jenama ni.. rambut gugur sudah kurang

    BalasPadam
  20. 3ply Disposable Face Mask!!
    Face Mask.
    We have CE certificate ✅ Please do not hesitate to contact us for more info.

    BalasPadam